ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Mac 2025.


1. Ridzuan Ridzokumura tidak sangka dentuman yang kedengaran bunyi isterinya jatuh

Sekitar jam 1 pagi Jumaat lalu, usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzuan Ridzokumura ada terdengar bunyi dentuman seperti orang jatuh di luar kondominium yang didiaminya.



2. Muhammad Darwisy ada masalah jantung sejak lahir - Baddrol Bakhtiar

Pemergian Muhammad Darwisy iaitu anak bongsu kepada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar ke rahmahtullah awal pagi tadi ada kaitan dengan masalah jantungnya yang dihadapinya sejak lahir.


3. 'Jangan kacau, itu (Bella) saya punya' - Syed Saddiq

Keakraban antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan selebriti, Bella Astillah menjadi bualan ramai khususnya selepas mereka terlibat sebagai duta jenama pakaian.


4. 'Saya tidak bersedia ke penjara' - Eda Ezrin

Nasib ibu kepada dua anak bersama suami serta empat rakan mereka akan diketahui esok apabila Mahkamah Wilayah Narathiwat menetapkan 6 Mac sebagai tarikh keputusan kes.


5. Dewan Rakyat lulus RUU Perkhidmatan Parlimen

Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kedua dan ketiga di Parlimen.


6. Perkongsian strategik Arm: Negara bakal hasilkan ‘cip AI buatan Malaysia’ – PM Anwar

Melalui kerjasama tersebut, cip berkemajuan tinggi itu akan direka, dikilangkan, diuji dan dipasang di sini, sebelum dipasarkan ke seluruh dunia.


7. Jangan mudah buat andaian kes Ismail Sabri - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak mudah membuat andaian terhadap siasatan yang dihadapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


8. Harith Iskander, Cecelia Yap dikompaun RM10,000

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenakan kompaun sebanyak RM10,000 setiap seorang terhadap pelawak Harith Iskander dan Cecelia Yap berhubung muat naik kandungan dan komen jelik berkaitan agama Islam di Facebook pada 18 Januari lalu.


9. Pegawai perbendaharaan ditemui meninggal dunia di Pejabat Kementerian Kewangan

Seorang pegawai perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) ditemui meninggal dunia di pejabatnya di sini pada Rabu.


10. 'Apa perkembangan kes Harith, Cecilia Yap? - Akmal Saleh

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meminta pihak berkuasa menjelaskan perkembangan siasatan kes menghina agama Islam yang melibatkan selebriti, Harith Iskander dan Cecilia Yap Song.