1. Wanita parah dihempap lantai restoran runtuh
Seorang wanita mengalamai kecederaan parah akibat dihempap ketulan simen selepas lantai tingkat satu sebuah restoran di Jalan Segama di sini runtuh, semalam.
2. PGA Ulu Kinta rampas e-waste bernilai lebih RM100 juta di Pulau Pinang
Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta menahan tiga individu termasuk dua warga Myammar di sebuah kilang di Simpang Ampat, Pulau Pinang tiga hari lepas, yang dipercayai menjalankan aktiviti kitar semula sisa elektronik (e-waste) tanpa lesen dengan nilai rampasan RM106.7 juta.
3. Malaysia komited teruskan usaha pencarian MH370 - MOT
Genap 11 tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, hari ini Malaysia menegaskan komitmen untuk meneruskan operasi pencarian pesawat MH370 bersandarkan petunjuk berwibawa, sekali gus memberikan jawapan yang diperlukan keluarga mangsa.
4. Lelaki warga emas maut berbalas tembakan dengan polis di Johor Bahru
Seorang lelaki warga emas maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Taman Molek, di Johor Bahru, kira-kira 3.10 pagi tadi.
5. Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi di sektor swasta terlalu kecil - PM
Perdana Menteri berkata, Jemaah Menteri akan meminta perkara itu diberikan perhatian dan mendapatkan laporan mengenai penglibatan wanita.
6. Petros telah kemuka cadangan kerjasama dengan Petronas - TPM Fadillah
Jika tiada kata putus, rundingan akan diadakan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
7. Iktiraf penuh Palestin sebagai negara merdeka, ahli PBB langkah pertama bebas daripada Zionis
Dalam Sesi Luar Biasa Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di sini semalam, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan komitmen Malaysia adalah memastikan Palestin diiktiraf sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menjamin kedaulatan dan kemerdekaannya.
8. Dasar Wanita Negara 2025-2030 tumpu bantu mangsa keganasan - Nancy
Dasar Wanita Negara 2025-2030 yang dilancarkan hari ini, bertujuan memperhalusi dan menambah baik dasar sedia ada serta memperkukuh lagi langkah penguatkuasaan terhadap pelaku keganasan rumah tangga.
9. Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan, letupan bom di Sungai Golok - Polis
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand akan diperketat susulan kejadian itu.
10. Program MM2H terbuka kepada semua negara, bukan rakyat China sahaja - Tiong
Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bukan hanya untuk rakyat China sahaja sebaliknya dasar berkenaan terbuka kepada pemohon dari seluruh dunia, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.
