SEJUMLAH 22 daripada 27 ketua kampung di sini telah meletak jawatan berkuatkuasa 1 Februari dengan alasan 'terlalu banyak main politik' berlaku dalam pelantikan bagi jawatan tersebut.
Mereka telah menandatangani surat bertarikh 29 Januari yang dihantar kepada ketua pegawai eksekutif Perbadanan Labuan (LC) selaku pihak berkuasa tempatan.
Pengerusi jawatankuasa penyelaras ketua kampung Labuan Mazlan Mohd Din berkata beberapa sebab mendorong ketua-ketua kampung meletak jawatan dengan sikap mengambil berat kepada penduduk kampung menjadi faktor utama.
"Kami telah mengadakan perbincangan panjang-lebar di kalangan ketua kampung sebelum membuat keputusan untuk meletak jawatan demi kepentingan penduduk kampung," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata senarai ketua kampung baharu yang tular selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kuasa telah mencetuskan spekulasi bahawa ketua kampung baharu akan dilantik di 27 kampung.
Mazlan berkata walaupun perintah 'penggantungan tugas' dikeluarkan tidak lama selepas pilihan raya umum ke-14 tahun lepas, semua ketua kampung terus menjalankan tugas seperti biasa selepas dinasihat untuk berbuat demikian oleh LC dan anggota Parlimen Labuan sementara pelantikan baharu dibuat.
"Pelantikan itu telah tertangguh sejak pertengahan tahun lalu, dan kami semua berada dalam kebingungan mengenai status kami," katanya.
Mazlan berharap beliau berharap peletakan jawatan ketua kampung akan membantu mempercepatkan pelantikan ketua kampung baharu, yang telah tertangguih selama tujuh bulan yang lalu.
Beliau berkata ketiadaan ketua kampung rasmi menyebabkan isu-isu seperti pensijilan untuk pelbagai dokumen tidak dapat diuruskan dan ini menimbulkan kesulitan kepada penduduk kampung
Kontrak 27 ketua kampung secara rasmi tamat pada 31 Dis, 2019.
Sebulan sebelum penggal baharu persekolahan bermula, ramai penduduk kampung dan estet perumahan menghadapi kesukaran bagi mendapatkan pengesahan ketua kampung untuk dokumentasi sekolah.
Mazlan berkata kelewatan dalam memuktamadkan pelantikan ketua kampung adalah disebabkan tiada persetujuan berhubung pencalonan beberapa calon, dengan sesetengah penduduk tidak bersetuju dengan nama yang dicadangkan.
Ramai penduduk kampung membuat posrtng dalam Facebook, mendakwa bahawa beberapa calon tidak mempunyai rekod prestasi dan tidak mempunyai hubungan baik dengan penduduk kampung dan mungkin mengalami kesulitan untuk menjalankan tugas mereka secara efektif.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 31 2019
Sebahagian daripada ketua kampung yang menandatangani surat bertarikh 29 Januari untuk dihantar kepada ketua pegawai eksekutif Perbadanan Labuan. - Twitter: Bernama
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
Pemimpin masyarakat setempat perlu kerjasama sekat aktiviti sebar ajaran sesat
Pemimpin masyarakat setempat perlu bekerjasama dan bersatu dalam usaha membanteras aktiviti penyebaran ajaran sesat di kawasan masing-masing.
MB Perak umum BKK Raya 2024 sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri, ketua kampung
Kerajaan Perak bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK RAYA) 2024 sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri dan ketua kampung.
Lantikan ahli majlis PBT, ketua kampung akan diselesaikan segera - Saarani
Kerajaan negeri Perak kini dalam fasa akhir untuk melengkapkan proses pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ketua-ketua kampung baharu yang akan diselesaikan dalam masa terdekat.
Pemimpin, ketua kampung perlu ada data asas kampung
Pemimpin atau ketua kampung perlu mempunyai data asas kampung mereka yang lengkap, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
PM Ismail Sabri berbuka puasa bersama ketua kampung
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama ketua kampung dari seluruh negara di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana.
Wakil rakyat jangan pinggirkan kami - Ketua Kampung Orang Asli
Terima siapa sahaja yang mentadbir Kerajaan Negeri Johor, asalkan mereka tidak melupakan masyarakat Orang Asli di Senggarang.
Program turun padang, lembutkan warga emas terima vaksin
Seramai 400 penduduk Kampung Lonek telah berjaya mendapat manfaat daripada program ini dengan menerima suntikan dos pertama vaksin.
Kerajaan Sabah arah semua ketua kampung pantau, kawal COVID-19
Arahan itu selaras kuasa diberikan kepada ketua kampung, di bawah Ordinan Pentadbiran Luar Bandar [Sabah Bab 132] (OPLB) demi membendung penularan COVID-19 di Sabah.
Tok Batin kumpulan pertama penerima vaksin di kalangan Orang Asli Perak
Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata, mereka perlu menjadi contoh untuk meyakinkan anak-anak buah masing-masing.
Ketua kampung, JPKK diingatkan sentiasa turun padang - Hajiji
Sebagai pemimpin di peringkat akar umbi, mereka perlu menjalankan amanah dan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab.