PERKAHWINAN penerbit drama terkenal, Datuk A. Aida dengan aktor Ariff Aziz yang berusia sembilan bulan berakhir dengan perceraian.
A. Aida dan Ariff bercerai dengan talak satu pada April lalu.
“Benar, kami sudah bercerai pada April lalu,” kata A. Aida seperti dilaporkan portal MHE TV.
A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang memfailkan permohonan cerai pada 4 April lalu, sebelum disahkan berpisah pada 25 April lalu di Mahkamah Syariah Gombak Timur.
Menurut A. Aida, sekalipun perceraian bukan kehendaknya, namun dia redha dengan perpisahan itu.
Dalam masa sama, A. Aida menyedari yang dia akan dikaitkan dengan satu lagi kontroversi lagi selepas ini.
“Jodoh pertemuan, ajal maut dalam jagaan Allah SWT. Saya sendiri tidak mahu bercerai berai macam ni, tetapi apa boleh buat.
“Perkahwinan kami hanya bertahan tidak sampai setahun, saya reda,” katanya seperti dilaporkan portal itu.
A. Aida dan Arif disatukan sebagai suami isteri pada 21 Julai tahun lalu di sebuah hotel di Subang Jaya selepas tiga bulan menjalinkan hubungan cinta.
Pasangan berkenaan tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.
Sebelum berkahwin dengan Ariff, A. Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kumpulan Spring, Ameng pada 1994.
Bagaimanapun, rumah tangga mereka berkecai pada 2003. A. Aida dan Ameng dikurniakan dua orang anak perempuan, Wan Az Aleesa, 22, dan Wan Azevanatassha, 17.
Produser itu juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pegawai polis, Sufian Sulaiman pada 2007 sebelum berpisah pada 2013.
Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 10.
A. Aida juga dilaporkan pernah berkahwin dengan seorang lagi anggota polis, namun tiada sebarang laporan mengenai perkahwinan kedua itu dihebahkan kepada umum.
Astro Awani
Tue Jun 18 2019

Perkahwinan A. Aida dan Ariff Aziz hanya bertahan sembilan bulan sahaja. - Gambar Instagram ARIFF AZIZ

Boehringer Ingelheim Malaysia diiktiraf majikan terbaik tempatan tahun ketujuh berturut-turut
Boehringer Ingelheim Malaysia sekali lagi diiktiraf sebagai 'Majikan Terbaik' dalam pasaran negara ini untuk tahun ketujuh berturut-turut.

Malaysia perluas hubungan ekonomi, kurangkan kebergantungan kepada pasaran tunggal - MITI
Kerajaan akan terus memperkukuh hubungan ekonomi dan diversifikasi pasaran dengan negara-negara utama termasuk negara BRICS.

Kes penipuan di Negeri Sembilan meningkat, kerugian cecah RM21.2 juta
Ahmad Dzaffir berkata jumlah kes juga meningkat kepada 526 pada Jan dan Feb 2025 berbanding 331 kes bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Kesediaan Zelenskyy untuk berunding langkah positif ke hadapan - AS
Mike Waltz menyifatkan kesediaan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, untuk berunding dengan Rusia sebagai "langkah positif ke hadapan" untuk menamatkan konflik.

YTL Communications terima Anugerah Inovasi Bersepadu 5G-A×AI di Barcelona
Anugerah GTI diberikan untuk mengiktiraf sumbangan dan inovasi yang luar biasa dalam pembangunan 5G yang memacu evolusi jalur lebar mudah alih global.

Emma Raducanu sifatkan pengalaman diganggu penghendap 'boleh diuruskan dengan lebih baik'
Raducanu menerima kawalan keselamatan lebih ketat di California selepas penghendapnya berjaya mendekatinya dua kali semasa dia bersendirian.

60 tan bekalan kelapa untuk Terengganu sempena Ramadan, Syawal
Sebanyak 10 tan kelapa tua yang diimport dari Indonesia telah diterima untuk kegunaan sepanjang minggu pertama puasa.

Penglibatan PM muktamadkan rundingan kerjasama strategik MIDA-Arm Holdings
Ia merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh ekosistem semikonduktor negara serta mempercepat pembangunan teknologi tempatan.

Ken Nee tekad kembalikan skuad terjun ke podium Olimpik
Beliau percaya misi itu mampu direalisasikan memandangkan Malaysia mempunyai barisan penerjun muda yang berbakat.

Sabah laksana pelbagai inisiatif tangani masalah bekalan air - Shahelmey
Ia termasuk pembinaan projek LRA Kasigui bagi meningkatkan bekalan air di Putatan serta sebahagian kawasan selatan Kota Kinabalu.

A. Aida, Ariff Aziz bercerai April lalu
Perkahwinan penerbit drama terkenal, Datuk A. Aida dengan aktor Ariff Aziz yang berusia sembilan bulan berakhir dengan perceraian.