Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyangkal dakwaan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cif Inspektor Azilah Hadri yang mendakwa beliau membuat arahan secara terus untuk membunuh warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Dalam catatan terbaharu di Facebook rasminya, Najib berkata, proses perbicaraan dari Mahkamah Tinggi hingga ke Mahkamah Persekutuan tidak mensabitkan beliau dalam jenayah itu.
Malah, Ahli Parlimen Pekan itu juga menegaskan telah mengarahkan pegawainya untuk membuat laporan polis bagi membuktikan penglibatannya selepas sering kali dikaitkan dengan tuduhan itu sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.
“Pihak polis juga mengesahkan tiada bukti untuk kaitkan saya dengan kes tersebut. Seorang lagi pegawai polis yang dijatuhkan hukuman mati dalam kes ini pun pernah bersumpah bahawa saya tidak terlibat,” katanya lagi sambil memetik dua laporan portal Malaysiakini berhubung isu berkenaan.
BACA: Kes bunuh Altantuya: Teks penuh akuan bersumpah Azilah Hadri
Najib memberi reaksi berkenaan susulan penerbitan surat akuan sumpah oleh Azilah yang mendakwa mendapat arahan secara terus daripada bekas Presiden UMNO itu untuk membunuh Altantuya, kononnya kerana wanita itu merupakan perisik Rusia dan menyimpan banyak maklumat penting mengenai pertahanan negara.
“Tiba-tiba ada cerita perisik Rusia terkeluar pula. Dakwa saya yang arahkan pembunuhan Altantuya kerana dia perisik Rusia.
“Ada akuan bersumpah tiba-tiba keluar dari pihak polis yang telah dijatuhkan hukuman mati. Peguam bela (Datuk Hazman Ahmad) sekian lama dia juga terkejut dengan akuan bersumpah tertiba dari anak guamnya (Azilah),” soal Najib lagi.
Menurut Najib, secara logiknya, jika beliau begitu berkuasa dan kejam hingga boleh mengarahkan pembunuhan seorang wanita yang kononnya mengugut RM500,000 daripada kenalan beliau, mengapa kesemua ahli politik Pakatan Harapan (PH) baik-baik sahaja sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri antara 2008 hingga 2018.
“Tak dijelaskan juga kenapa perisik Rusia (itu) perlu ugut dibayar US$500,000,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Dec 16 2019
![Arah Azilah bunuh Altantuya, ini reaksi Najib Razak Arah Azilah bunuh Altantuya, ini reaksi Najib Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51575446318_TBMDB.jpg)
Menurut Najib, beliau telah mengarahkan pegawainya buat laporan polis mengenai kes Altantuya ekoran tuduhan yang beliau hadapi bertahun lamanya. - Gambar fail
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Keluarga Altantuya desak kerajaan siasat tuduhan Azilah Keluarga Altantuya desak kerajaan siasat tuduhan Azilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735899347_TBALTANTUYA.jpg)
Keluarga Altantuya desak kerajaan siasat tuduhan Azilah
Keluarga Altantuya Shaariibuu mendesak Kerajaan Madani menjalankan siasatan terperinci terhadap tuduhan yang terkandung dalam afidavit Azilah.
![Saya tidak terlibat pembunuhan Altantuya - Najib Saya tidak terlibat pembunuhan Altantuya - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728626478_altantuyanajibraz.jpg)
Saya tidak terlibat pembunuhan Altantuya - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, menegaskan beliau tidak mengenali atau mengarahkan pembunuhan itu.
![Bunuh Altantuya: Hukuman mati Azilah diganti penjara 40 tahun, 12 sebatan Bunuh Altantuya: Hukuman mati Azilah diganti penjara 40 tahun, 12 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728539572_tbAzilahHadriAltant.jpg)
Bunuh Altantuya: Hukuman mati Azilah diganti penjara 40 tahun, 12 sebatan
Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan antara 30 hingga 40 tahun.
![Bapa Altantuya mohon hukuman mati Azilah diringankan kepada dipenjara Bapa Altantuya mohon hukuman mati Azilah diringankan kepada dipenjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728538475_tbShaariibuuSetev.jpg)
Bapa Altantuya mohon hukuman mati Azilah diringankan kepada dipenjara
Shaariibuu Setev menyatakan permohonannya adalah atas dasar hormat yang mendalam pada sifat kemanusiaan rakyat Mongolia.
![Mahkamah Persekutuan dengar semakan hukuman mati Azilah Hadri hari ini Mahkamah Persekutuan dengar semakan hukuman mati Azilah Hadri hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728494177_Tukul.jpg)
Mahkamah Persekutuan dengar semakan hukuman mati Azilah Hadri hari ini
Mahkamah Persekutuan dijadual mendengar permohonan semakan hukuman mati bekas Azilah Hadri, yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, hari ini.
![Gagal bayar RM9.24 juta, keluarga Altantuya fail notis kebankrapan terhadap Razak Baginda Gagal bayar RM9.24 juta, keluarga Altantuya fail notis kebankrapan terhadap Razak Baginda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724925055_Altantuya.jpg)
Gagal bayar RM9.24 juta, keluarga Altantuya fail notis kebankrapan terhadap Razak Baginda
Keluarga mendiang Altantuya Shaariibuu memfailkan notis kebankrapan terhadap Abdul Razak Baginda.
![Sirul perlu mohon semakan hukuman mati – Saifuddin Sirul perlu mohon semakan hukuman mati – Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700985972_TBKEADILAN.jpg)
Sirul perlu mohon semakan hukuman mati – Saifuddin
Ia juga menyukarkan usaha untuk menyiasat dakwaan Sirul bahawa dia menerima RM1 juta bagi menutup mulut dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006.
![Sirul hanya boleh dibawa ke Malaysia jika ada permohonan semakan hukuman mati - KPN Sirul hanya boleh dibawa ke Malaysia jika ada permohonan semakan hukuman mati - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700196920_RazarudinHusainIG.jpg)
Sirul hanya boleh dibawa ke Malaysia jika ada permohonan semakan hukuman mati - KPN
Malaysia hanya boleh mengemukakan extradisi ke atas Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh, Altantuya Shaariibuu sekiranya bekas anggota polis itu membuat permohonan semakan ke atas hukuman mati.
![Pembunuhan Altantuya: Dakwaan Sirul jadi kambing hitam tak pernah dibangkitkan di mahkamah - KPN Pembunuhan Altantuya: Dakwaan Sirul jadi kambing hitam tak pernah dibangkitkan di mahkamah - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700549861_RazarudinHusainIG.jpg)
Pembunuhan Altantuya: Dakwaan Sirul jadi kambing hitam tak pernah dibangkitkan di mahkamah - KPN
Dakwaan bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh Altantuya Shaariibu telah dikambing hitamkan untuk menutup mulut tidak pernah dibangkitkan di mahkamah.
![Sirul akui terima RM1 juta untuk tutup mulut Sirul akui terima RM1 juta untuk tutup mulut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700873230_TBSirul.jpg)
Sirul akui terima RM1 juta untuk tutup mulut
Dakwanya, dia dijadikan kambing hitam dan terperangkap dalam permainan politik serta mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia.