Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman hari ini sekali lagi memohon maaf dan menegaskan bahawa beliau tiada niat mempersendakan agama Islam berikutan kesilapannya berpakaian menyerupai dewa Cina, Dewa Cao Guo Jiu pada sambutan Tahun Baharu Cina di Sungai Buloh, Ahad lepas.
Sebaliknya beliau berkata, kehadirannya pada program kemasyarakatan Cina itu hanya semata-mata atas kapasitinya sebagai ADUN dan bukan berniat untuk menyertai sebarang aktiviti keagamaan.
"Itu program kemasyarakatan Cina, program bantuan dan edar limau sempena Tahun Baharu Cina...semua orang buat. Cuma bezanya saya pakai baju maharaja (yang didakwa menyerupai Dewa Cao Guo Jiu).
"Masyarakat juga sebahagian daripada tugas kami, malah Dewan Himpunan (Penyokong PAS) juga sebahagian daripada kami, tetapi kalau saya tersilap pandangan, saya mohon maaf," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Mohd Khairuddin dalam pada itu berharap isu itu tidak terus diperbesar dan dipanjangkan serta memohon diberi ruang untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.
Foto Mohd Khairuddin yang juga Setiausaha PAS Selangor berpakaian menyerupai Dewa Cao Guo Jiu dalam satu majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Wangsa Permai dekat Sungai Buloh pada Ahad lepas, menjadi viral dan dipertikaikan banyak pihak kerana dianggap tidak sensitif dengan kedudukannya sebagai pemimpin dan wakil rakyat sebuah parti Islam.
ADUN Paya Jaras itu dalam kenyataan susulannya, telah memohon maaf dan menjelaskan bahawa beliau mengenakan pakaian berkenaan selepas penduduk di situ memaklumkan ia adalah pakaian ala Maharaja China.
"Keyakinan saya bahawa perayaan Chinese New Year adalah berbentuk perayaan masyarakat Cina, dengan sebab itu saya percaya pakaian itu adalah budaya dan ia tidak ada kena mengena dengan agama.
"Sebagai menghormati majlis budaya bangsa lain, saya tak menolak untuk memakainya. Saya serahkan isu ini kepada kepimpinan pusat untuk putuskan kedudukan saya dan kalau saya tersalah dari segi hukum, saya mohon keampunan daripada Allah dan saya mohon maaf jika ada yang tersinggung," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad dalam kenyataan pula berkata PAS memerlukan satu garis panduan terperinci mengenai budaya dan agama masyarakat bukan Islam.
Tambahnya, beliau akan mengarahkan Dewan Ulama PAS Selangor dan Lajnah (Biro) Perpaduan Nasional PAS Selangor menghasilkan kajian serta garis panduan tersebut kerana ia penting bagi PAS di negeri itu yang berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam sepanjang masa.
Bernama
Wed Feb 10 2016
Mohd Khairuddin berharap isu itu tidak terus diperbesar dan dipanjangkan serta memohon diberi ruang untuk terus berkhidmat kepada masyarakat. - Foto Facebook Mohd Khairuddin Othman
Umat Islam perlu kembali kepada al-Quran sebagai panduan utama - Raja Perlis
Baginda bertitah al-Quran adalah penyelesaian muktamad bagi perbezaan yang mungkin timbul dalam kalangan umat Islam.
100 pemimpin wanita sertai program perantis tahun INI - Nancy
Sebanyak 100 pemimpin wanita daripada pelbagai latar belakang profesional di seluruh negara dijangka menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) tahun ini.
Perpustakaan Syed Naquib Al-Attas bakal bertaraf premier - PM
Kerajaan bercadang menaik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) kepada perpustakaan bertaraf premier.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha ini diharap dapat dimanfaatkan generasi muda agar mereka meraih inspirasi hasil nukilan karya ilmuan ulung tanah air itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha ini diharap dapat dimanfaatkan generasi muda agar mereka meraih inspirasi hasil nukilan karya ilmuan ulung tanah air itu.
10 negeri dijangka ribut petir, hujan lebat sehingga 1 pagi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam Ahad mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri sehingga 1 pagi Isnin.
PDRM perketatkan keselamatan Prabowo Subianto esok
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, prosedur keselamatan tersebut diambil susulan terdapat pertindihan tarikh dan waktu dengan kunjungan 1,000 pesawah ke Putrajaya esok.
[TERKINI] PM Anwar minta lawatan Prabowo tidak diganggu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta himpunan 1,000 pesawah di Putrajaya pada Isnin tidak mengganggu urusan lawatan rasmi Presiden Indonesia yang dijadual berlangsung pada waktu sama.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Januari 2025.
10 Berita Pilihan - (26 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM minta himpunan 1,000 pesawah di Putrajaya ditunda
Seramai 1,000 pesawah yang merancang untuk berhimpun di Putrajaya pada Isnin diminta untuk menunda ke satu tarikh lain.
Keutuhan maruah, kekuatan kaum Melayu dibina atas asas nilai Islam - PM Anwar
Keutuhan maruah dan kekuatan sedia ada masyarakat Melayu dibina atas asas nilai Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.