Debat "Tiga Lebuhraya dan Terowong Dasar Laut" di Kompleks Masyarakat Penyayang di sini malam tadi yang pada awalnya berlangsung tenang bertukar kecoh apabila wakil panel kerajaan negeri Pulau Pinang menggunakan perkataan kurang sopan.
Kekecohan berlaku apabila Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Pulau Pinang Lim Hock Seng yang gagal mengawal kemarahannya telah mengeluarkan perkataan 'bodoh' dan 'celaka' terhadap lawannya Setiausaha Agung Gerakan Datuk Liang Teck Meng.
Namun Liang tetap tenang tetapi penyokong kedua-dua pihak telah menimbulkan suasana kecoh selepas penyokong pemimpin Gerakan itu memprotes perkataan yang digunakan Lim.
Debat yang membincangkan projek Pelan Induk Pengangkutan (PIP) bernilai RM27 bilion itu dikendalikan oleh moderator Lee Khai bermula 9 malam dan berakhir pada kira-kira 10.30 malam dengan dihadiri lebih seribu penyokong kedua-dua pihak.
Bercakap kepada pemberita selepas debat itu, Liang menyatakan rasa kecewa dengan tindakan Lim yang merupakan seorang wakil rakyat yang sangat berpengalaman tetapi gagal berbahas dengan rasional dan waras.
Katanya, Lim tidak menjawab setiap soalan yang dibangkitkan mengenai projek pembinaan terowong dasar laut dan juga tiga lebuh raya utama.
"Saya berasa seronok berpeluang untuk berbahas malam ini supaya rakyat akan lebih faham tentang projek ini namun kecewa dengan kelakuan dan perbahasan Lim yang menggunakan perkataan kurang sopan seperti bodoh dan celaka," katanya.
Liang mengesyorkan Audit Negara diundang untuk membuat penauditan terhadap PIP sekiranya tiada apa-apa yang cuba disembunyi oleh kerajaan negeri pimpinan DAP.
"Kerajaan negeri harus menjemput Audit Negara untuk membuat pengauditan terhadap projek ini sekiranya tiada apa-apa yang cuba disembunyikan daripada rakyat," katanya.
Beliau juga berkata pelbagai soalan telah dikemukakan untuk mendapat penjelasan daripada Lim namun tidak ada satu soalan pun cuba dijawab sebaliknya Lim cuba mempersoalkan isu-isu yang tidak berkaitan.
"Apa yang cuba dibawa oleh Lim sudah lari daripada tajuk. Saya cuba mempersoalkan keperluan terowong dasar laut, mengapakah kerajaan berbelanja begitu banyak dalam kajian kebolehlaksanaan dan apakah sebab dalam kenyataan bercanggah antara kerajaan dan kontraktor projek namun tiada jawapan diterima," katanya.
Bernama
Wed Jun 29 2016
![Debat isu terowong dasar laut kecoh, Exco guna perkataan kurang sopan Debat isu terowong dasar laut kecoh, Exco guna perkataan kurang sopan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/61467131577_LiangTeckMeng.jpg)
Liang tetap tenang tetapi penyokong kedua-dua pihak telah menimbulkan suasana kecoh selepas penyokong pemimpin Gerakan itu memprotes perkataan yang digunakan Lim. - Gambar fail
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![Debat isu terowong dasar laut kecoh, Exco guna perkataan kurang sopan Debat isu terowong dasar laut kecoh, Exco guna perkataan kurang sopan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/61467131577_LiangTeckMeng.jpg)
Debat isu terowong dasar laut kecoh, Exco guna perkataan kurang sopan
Debat "Tiga Lebuhraya dan Terowong Dasar Laut" yang pada awalnya berlangsung tenang bertukar kecoh apabila wakil panel kerajaan negeri Pulau Pinang menggunakan perkataan kurang sopan.