Gajah pygmy Borneo terbaru yang ditemui mati di sebuah ladang di Sukau pada Sabtu dikenalpasti sebagai 'Girang' berdasarkan kolar satelit yang ditemui di lehernya.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga berkata, bangkai haiwan itu ditemui di dalam parit di tepi jalan ladang berkenaan oleh seorang pekerja ladang, pada kira-kira jam 5.50 pagi.
“Pihak ladang kemudiannya membuat laporan kepada pihak kami lalu sepasukan anggota JHL bersama agensi lain bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.
“Hasil siasatan mendapati, gajah itu antara yang dipasang kolar satelit dan diberikan nama sebagai ‘Girang’. Ia seekor gajah betina. Kolar satelit itu ditemui pada lehernya.
“Hasil siasatan turut mendapati, Girang dipercayai mati sejak 14 November lalu,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
BACA: Lagi gajah pygmy ditemui mati
Terdahulu, seekor gajah pygmy Borneo ditemui mati pada Sabtu di kawasan Melangking, Sukau, meningkatkan rekod kematian haiwan itu di Sabah kepada 23 ekor tahun ini.
Sementara itu, Augustine turut mendedahkan, hasil bedah siasat mendapati, Girang tidak memiliki kesan kecederaan luaran atau kesan peluru pada bahagian badannya.
“Namun, bedah siasat mendapati organ gajah itu seperti jantung, paru-paru, hati, limpa dan buah pinggang dilaporkan mengalami ‘severe congestion’.
“Gajah ini dipercayai keracunan yang kemudiannya membawa kepada kegagalan organ lalu menyebabkan kematian,” katanya.
Susulan itu, Augustine berkata, pihaknya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan untuk tindakan lanjut.
Siasatan diteruskan di bawah Seksyen 37 Enakmen Perlindungan Hidupan Liar 1997.
Radhi Muslim
Sat Nov 16 2019
![Kematian gajah pygmy: 'Girang' dipercayai alami keracunan Kematian gajah pygmy: 'Girang' dipercayai alami keracunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61573942434_AugustineTuuga.jpg)
Augustine berkata, hasil bedah siasat mendapati, Girang tidak memiliki kesan kecederaan luaran atau kesan peluru pada bahagian badannya. - Gambar fail
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
![Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737951686_PalestiniansGaza.jpg)
Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau
Mesir beri amaran akibat buruk yang mungkin timbul daripada tindakan tidak bertanggungjawab ini.
AWANI Ringkas: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738896678_TBgrabgoto.jpg)
Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan
Penggabungan Grab dan GoTo mencetuskan perbincangan mengenai kawalan pasaran, persaingan serta kesannya terhadap pengguna dan tenaga kerja di Malaysia.
Malaysia berpotensi jadi hub Semikonduktor global
Menurut Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib. ini kerana industri semikonduktor di negara ini berjaya menunjukkan kemajuan yang pesat sehingga mampu mengatasi negara Taiwan.
![Pelakon veteran, Roslan Saleh meninggal dunia Pelakon veteran, Roslan Saleh meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738895856_TBBelasungkawaRosl.jpg)
Pelakon veteran, Roslan Saleh meninggal dunia
Jenazah Allahyarham Roslan akan dibawa ke Masjid Tanah, Melaka untuk dikebumikan dijangka selepas solat Jumaat.
AWANI Pagi: Generasi Z manja dan lemah?
Diskusi #AWANIPagi 8.30 Khamis akan bersama Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Nurul Afreen Naquiah Haminudin, mengupas mitos dan fakta tentang generasi ini.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
![Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738894824_TBbanjirsabah.jpg)
Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini
Di Sarawak, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi.
![Scomi Energy dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada 12 Feb kerana gagal kemuka pelan regularisasi Scomi Energy dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada 12 Feb kerana gagal kemuka pelan regularisasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738893978_TBscomi.jpg)
Scomi Energy dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada 12 Feb kerana gagal kemuka pelan regularisasi
Bursa Securities tolak permohonan Scomi Energy untuk lanjutan masa bagi mengemukakan pelan regularisasi dan mengekalkan tarikh akhir 31 Jan 2025.
Grab x GoTo: Gabungan Strategik atau Risiko Tinggi?
Penggabungan Grab dan GoTo dijangka mengubah landskap superapp di ASEAN. Adakah ini langkah strategik untuk keuntungan mampan atau sekadar usaha bertahan? Kupas cabaran, peluang, serta impaknya terhadap pengguna, pelabur, dan ekosistem digital serantau.
!['Jangan ganggu harimau dahan jika terserempak' 'Jangan ganggu harimau dahan jika terserempak'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637621568_harimaudahan.jpg)
'Jangan ganggu harimau dahan jika terserempak'
Setakat ini, JHL Sabah belum dapat mengesahkan kesahihan haiwan itu berkeliaran di jalan raya.
![Bangkai gajah pygmy dipotong, disiat ditemukan di Tongod, Sabah Bangkai gajah pygmy dipotong, disiat ditemukan di Tongod, Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611415714_Bangkaigajah.jpg)
Bangkai gajah pygmy dipotong, disiat ditemukan di Tongod, Sabah
Bangkai haiwan dilindungi itu ditemukan oleh pekerja ladang berkenaan dekat Kampung Imbak pada pagi Rabu lepas, dalam keadaan reput dipercayai mati selama empat atau lima hari.
![JHL buru buaya 'dibelasah' sekumpulan remaja kerana serang rakan JHL buru buaya 'dibelasah' sekumpulan remaja kerana serang rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71596239894_buaya.jpg)
JHL buru buaya 'dibelasah' sekumpulan remaja kerana serang rakan
Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah akan memasang perangkap buaya di Sungai Kampung Mengkabong, dekat Tuaran.
![Gajah Borneo ditemui mati akibat keracunan makanan Gajah Borneo ditemui mati akibat keracunan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/61586595958_gajahracun.jpg)
Gajah Borneo ditemui mati akibat keracunan makanan
Seekor gajah Borneo betina ditemui mati di sebuah ladang di kawasan Malua, dipercayai akibat keracunan.
![Dua gajah betina ditemui mati Dua gajah betina ditemui mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81581337329_Gajah.jpg)
Dua gajah betina ditemui mati
Dua gajah betina Borneo ditemui mati, masing-masing satu di ladang kelapa sawit di Sukau, Kinabatangan dan Hutan Simpan Deramakot hari ini.
![Nelayan meninggal dunia diserang buaya ketika memeriksa pukat Nelayan meninggal dunia diserang buaya ketika memeriksa pukat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51553429854_buaya.jpg)
Nelayan meninggal dunia diserang buaya ketika memeriksa pukat
Allahyarham, Roslin Kalan, 47, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Duchess of Kent Sandakan kira-kira jam 3.20 pagi, pada Ahad selepas diserang buaya pada 28 November lalu.
![Op Khazanah rampas tulang gajah, tanduk rusa, senjata api, peluru Op Khazanah rampas tulang gajah, tanduk rusa, senjata api, peluru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61574736827_TBRAMPASjpg.jpg)
Op Khazanah rampas tulang gajah, tanduk rusa, senjata api, peluru
Pegawai Memerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 Sandakan, Supt Toipi Lamat berkata, operasi berkenaan bermula 19 November lalu.
![Bangkai badak sumbu Sumatera, Iman dicadang diawetkan Bangkai badak sumbu Sumatera, Iman dicadang diawetkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51574512201_Iman.jpg)
Bangkai badak sumbu Sumatera, Iman dicadang diawetkan
Bangkai Iman, badak sumbu Sumatera yang dilaporkan mati semalam akan dicadangkan untuk diawetkan.
![Penduduk gempar lihat kejadian buaya baham seekor anjing Penduduk gempar lihat kejadian buaya baham seekor anjing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41574420534_buaya.jpg)
Penduduk gempar lihat kejadian buaya baham seekor anjing
Gempar dan mencemaskan, apabila seekor buaya membaham seekor anjing dengan mudah dalam satu kejadian di Pantai Felda Sahabat 16,dekat sini, pada Khamis.
![Kematian gajah pygmy: 'Girang' dipercayai alami keracunan Kematian gajah pygmy: 'Girang' dipercayai alami keracunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61573942434_AugustineTuuga.jpg)
Kematian gajah pygmy: 'Girang' dipercayai alami keracunan
Bedah siasat mendapati organ gajah itu seperti jantung, paru-paru, hati, limpa dan buah pinggang dilaporkan mengalami 'severe congestion'.