Keputusan ujian akhir ke atas vaksin denggi oleh sebuah konglomerat farmaseutikal terkemuka yang diumumkan hari ini menunjukkan keberkesanan keseluruhan sebanyak 60.8 peratus melawan penyakit itu.
Sanofi Pasteur, cabang vaksin konglomerat Perancis, Sanofi, telah menjalankan kajian lebih dua dekad untuk menangani penyakit denggi yang membunuh setengah juta orang setiap tahun.
Ujian klinikal terakhirnya telah dijalankan ke atas 20,875 kanak-kanak berusia 9-16 tahun di lima negara Amerika Latin iaitu Brazil, Columbia, Honduras, Mexico dan Puerto Rico.
Keputusannya menunjukkan vaksin itu mampu mengurangkan kadar mangsa yang terpaksa diwadkan sebanyak 80.3 peratus, setelah tiga suntikan berjadual.
Ia juga ditunjukkan sebagai selamat digunakan di samping memberi perlindungan tinggi terhadap denggi berdarah.
Keputusan ujian di Amerika Latin menunjukkan keberkesanan sebanyak 50.3 peratus terhadap serotaip 1 (ST1), 42.3 peratus terhadap ST2, 74 peratus terhadap ST3 dan 77.7 peratus terhadap ST4.
SEORANG DIWADKAN SETIAP MINIT
Walaupun keputusan menunjukkan respon lemah bagi serotaip 2, Sanofi yakin vaksin itu merupakan cara terbaik setakat ini menangani wabak denggi.
Kewujudan vaksin itu adalah selari dengan sasaran WHO untuk mengurangkan kadar morbiditi sebanyak 25 peratus dan mortaliti sebanyak 50 peratus menjelang 2020, kata Dr Muruga Vadivale, Pengarah Kanan Perubatan Hal Ehwal Denggi bagi Rantau Asia-Pasifik Sanofi-Pasteur.
"Kita harus ingat, setakat ini tiada rawatan bagi denggi mahupun imunisasi atau apa-apa perlindungan lain bagi penyakit itu. Hampir separuh populasi dunia menghadapi risiko jangkitan. Dianggarkan pada setiap minit, sepanjang tahun, satu mangsa terpaksa diwadkan kerana denggi.
"Sebagai seorang profesional perubatan, saya amat teruja dengan keputusan ujian klinikal ini. Ini kerana buat pertama kalinya dalam 20 tahun kajian dan usaha, denggi akhirnya bakal dapat dielakkan dengan vaksin," kata Dr Muruga yang berpangkalan di Singapura kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
KEPUTUSAN YANG MEMBERANGSANGKAN
Pada 11 Julai lalu, Sanofi mengumumkan dalam jurnal perubatan terkemuka, The Lancet, bahawa vaksin denggi yang dihasilkannya telah melepasi fasa III ujian klinikal di Asia Tenggara. Ujian fasa III adalah antara ujian terakhir bagi sesuatu ubat sebelum ia dapat diletakkan di pasaran.
Ujian klinikal yang dijalankan ke atas 10,275 kanak-kanak sihat berumur antara dua dan 14 tahun di Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam itu menunjukkan keberkesanan sebanyak 56.5 peratus bagi kumpulan yang divaksinkan berbanding dengan kumpulan kawalan, dalam pantauan aktif selama 25 bulan itu.
Data itu juga menunjukkan perlindungan lebih baik terhadap virus denggi jenis DEN3 dan 4 (75 peratus). Bagaimanapun, seperti keputusan ujian klinikal di Amerika Latin, ia menunjukkan perlindungan yang kurang terhadap DEN1 (50 peratus) dan DEN2 (35 peratus).
Namun ujian klinikal di Asia Tenggara menunjukkan vaksin itu 88 peratus berkesan mengelakkan denggi berdarah. Pakar virologi Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit melihat keputusan konsisten kedua-dua ujian itu sebagai positif.
"Walaupun maklumat terperinci tidak akan diketahui sehingga keputusan kajian diterbitkan sepenuhnya, kita dapat membuat kesimpulan vaksin ini telah melepasi ujian keselamatan dan menawarkan perlindungan pada peringkat berbeza bagi keempat-empat serotaip.
"Mengurangkan hingga separuh jumlah mangsa denggi, memgurangkan dua pertiga jumlah mangsa yang terpaksa diwadkan sekaligus mengurangkan kos dan mengelakkan denggi berdarah dalam jumlah yang lebih kurang sama merupakan antara hasil keputusan yang penting.
"Secara peribadi, saya merasakan kita telah menjumpai senjata yang mampu digunakan untuk memerangi wabak denggi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Bernama
Thu Sep 04 2014

Keputusan menunjukkan vaksin itu mampu mengurangkan kadar mangsa yang terpaksa diwadkan sebanyak 80.3 peratus, setelah tiga suntikan berjadual.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

Kes demam denggi menurun pada ME52, satu kematian dilaporkan
Jumlah keseluruhan kes demam denggi tahun lepas adalah sebanyak 122,423 kes dengan 117 kematian.

Kematian akibat denggi di Bangladesh hampiri 500
Bangladesh terus bergelut dengan wabak denggi yang semakin meruncing apabila hampir 30,000 kes dan 173 kematian direkodkan sepanjang November.

Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.

Kes demam denggi meningkat pada ME 45, dua kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,583 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 45 bagi tempoh 3 hingga 9 Nov lepas berbanding 1,346 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.

Pahang rekod 1,409 kes demam denggi, lima kematian
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) merekodkan sebanyak 1,409 kes demam denggi dengan lima kematian setakat 28 Sept lepas.

Kes demam denggi meningkat pada ME 36, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,870 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 36 iaitu pada tempoh 1 hingga 7 Sept.

Kes demam denggi menurun, satu kematian direkod pada ME34 - KKM
Kes demam denggi mencatatkan penurunan pada Minggu Epidemiologi ke-34 (ME34) iaitu bagi tempoh 18 hingga 24 Ogos lepas kepada 1,980 kes berbanding 2,294 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME31, lima kematian direkod
KKM memaklumkan kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME31 adalah sebanyak 88,255 kes berbanding 71,193 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Kes demam denggi meningkat pada ME26, lima kematian dilaporkan
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME26 adalah sebanyak 75,263 kes berbanding 59,057 kes bagi tempoh sama tahun lepas.