Kejadian kira-kira pukul 1.48 petang tadi itu melibatkan sebuah kereta api biasa dan sebuah tren ETS.
Kereta api KTM dengan 13 gerabak itu dalam perjalanan dari Butterworth menuju ke Kuala Lumpur, tren ETS berkenaan bergerak dari Kuala Lumpur menghala ke Ipoh.
Berdasarkan maklumat awal, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mengesahkan kemalangan melibatkan tiga gerabak.
Tiga penumpang dilapor mengalami cedera ringan dan dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

