Ibu bapa diminta agar sama-sama memainkan peranan dalam memastikan kelancaran proses pelajar kembali ke sekolah, 24 Jun ini.
Ini kerana, cabaran utama bukan sahaja terletak kepada kepatuhan terhadap prosedur standard operasi (SOP) tetapi juga dalam menanam kembali minat anak-anak untuk melalui sesi persekolahan dan pembelajaran seperti biasa.
Guru yang juga finalis Top 50 Global Teacher Prize 2015, Yasmin Noorul Amin, berpendapat, guru juga melalui tempoh sukar sepanjang tiga bulan lalu dan kini perlu membiasakan pula dengan norma persekolahan baharu.
"Guru pun tak minta nak duduk di rumah, mereka juga pening nak pastikan pelajar terus belajar ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
"Ada guru yang ambil pendekatan meletakkan bahan bantu mengajar di sekolah untuk diambil oleh ibu bapa sepanjang tempoh ini dan ia satu usaha yang baik.
"Bagi pelajar sekolah menengah pelajar pula, mereka melalui kelas online melainkan jika ada kekangan seperti ketiadaan gajet atau talian internet.
"Perlu diingatkan pembelajaran bukan sahaja di sekolah, pelajar lebih banyak menghabiskan masa di rumah, jadi ibu bapa dan guru jangan tuding jari, jangan marah-marah sebaliknya kena saling berkomunikasi kerana cara dan kehendak setiap anak-anak tak sama," katanya ketika ditemu bual menerusi panggilan Skype dalam Buletin AWANI, pada Sabtu.
Menyifatkan SOP yang dikeluarkan kerajaan sebagai menyeluruh dan komprehensif, Yasmin bagaimanapun mahu mengambil pendekatan tunggu dan lihat berkaitan impak keberkesanannya.
"SOP yang dikeluarkan sudah bagus, tetapi untuk menentukan jika ia berkesan, kena tengok apabila sesi persekolahan dibuka nanti.
"Saya agak risau tentang penjarakan sosial kerana kita tahu pelajar-pelajar ini sudah lama tidak jumpa rakan-rakan di sekolah. Jadi saya bimbang tentang bagaimana penjarakan sosial akan dikuatkuasakan nanti.
"Jika ada pelajar yang tiba-tiba jatuh sakit, bagaimana pula, adakah kita akan hantar mereka balik? Sukar untuk dijangka kerana kita tahu ada pesakit COVID-19 yang tidak bergejala.
"Begitu juga dengan kesihatan guru-guru, saya bimbang kerana rata-rata guru di sekolah menengah berusia 35 tahun ke atas dan mereka berisiko.
"Buat masa sekarang, kita cuma boleh tunggu dan lihat. Apa pun, saya pasti semua guru tidak sabar untuk berjumpa semula dengan para pelajar yang disayangi," ujarnya.
Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum ini menetapkan 24 Jun sebagai tarikh pembukaan sekolah melibatkan murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara.
Madiha Abdullah
Sat Jun 13 2020
Keberkesanan SOP pembukaan sekolah bagi pelajar tingkatan 5 dan 6 hanya boleh dilihat selepas pelaksanaannya.
Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 - Hajiji
3,000 rumah SMJ lagi akan dibina tahun ini di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, dengan peruntukan RM250 juta.
Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Menurut Wisma Putra, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Trump mahu negara Arab bina perumahan penduduk Palestin di lokasi lain
Trump berkata beliau telah membangkitkan perkara itu dalam perbualan telefon dengan Raja Jordan Raja Abdullah II.
Pembatalan WBB bukan keputusan bersifat 'flip flop' - Dr Dzulkefly
Keputusan Jemaah Menteri itu adalah bertujuan untuk memastikan libat urus dengan semua pihak dapat dilakukan secara menyeluruh.
Doktor sahkan tahanan Israel tidak diberi dadah oleh Hamas
Doktor tentera Israel pada Sabtu menyatakan bahawa kesihatan empat askar wanita yang dibebaskan adalah "sangat baik" dan mengesahkan mereka tidak diberikan perangsang atau dadah semasa ditawan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Aduan harga barang, perkhidmatan catat jumlah tertinggi - KPDN Terengganu
Aduan tertinggi melibatkan harga barang dan perkhidmatan iaitu 18 kes yang diterima melalui pelbagai medium termasuk sistem dalam talian.
ASEAN25: Cabaran tangani kadar kelahiran rendah lebih besar daripada perubahan iklim
Timbalan Editor ASEAN Briefing Ayman Falak Medina berkata walaupun perubahan iklim akan menjadi cabaran untuk ASEAN, beliau percaya cabaran lebih besar adalah menangani penurunan kadar kelahiran dan kesuburan.
AWANI Ringkas: KPKT akan promosi pasar sebagai produk pelancongan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekurang-kurangnya 70 terbunuh dalam serangan ke atas hospital di Sudan
Serangan ke atas Saudi Hospital, satu-satunya hospital yang berfungsi di al-Fashir, telah mengorbankan 70 nyawa dan mencederakan 19 orang.
TikTok: Pengguna di AS dakwa tapisan kini lebih ketat
TikTok memaklumkan dasar dan algoritma mereka tidak berubah, dan sedang bekerja keras bagi memastikan aplikasi itu dapat distabilkan dengan segera.
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.