RAKYAT Malaysia yang dikasihi,
Hari ini genap 75 tahun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan dan ia amat bermakna bagi Malaysia.
Selama lebih 63 tahun Malaysia menganggotai PBB, telah banyak coretan sejarah yang membuka mata dunia, melihat betapa besarnya sumbangan dan eratnya kerjasama Malaysia dengan PBB dalam menangani pelbagai cabaran global.
Dalam soal keselamatan, Malaysia antara negara penyumbang terbesar dalam Misi Pengaman PBB iaitu berada di tangga ke-26 daripada 119 buah negara.
Buat masa ini, seramai 838 orang anggota pengaman PBB dari Malaysia terlibat dalam misi pengaman PBB di Lebanon, Sahara Barat, Sudan/Sudan Selatan dan Republik Demokratik Congo.
Selain itu, Malaysia juga salah sebuah negara yang konsisten memperjuangkan pelucutan dan pengharaman senjata pemusnah besar-besaran termasuk senjata nuklear. Malah, baru-baru ini, saya sendiri mewakili Kerajaan Malaysia menandatangani Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW).
Dalam soal hak asasi, Malaysia antara negara paling tegas menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk memiliki sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.
Malaysia juga konsisten mengutuk sekeras-kerasnya perancangan terbaru Isreal untuk mengilhakan sebahagian wilayah Tebing Barat termasuk Lembah Jordan.
Malah, semasa menganggotai Majlis Keselamatan PBB sebagai Ahli Tidak Tetap bagi penggal 2015-2016, Malaysia merupakan antara negara peneraju bagi pembentangan Resolusi 2334 Majlis Keselamatan yang merupakan satu-satunya resolusi penempatan haram Israel yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB dalam tempoh 36 tahun.
Malaysia juga konsisten bersuara mengenai isu Rohignya. Ini termasuklah ketika Mesyuarat Menteri Luar ASEAN-PBB pada 21 Oktober lepas di mana saya sekali lagi menegaskan di hadapan semua wakil PBB dan Menteri Luar ASEAN bahawa isu ini perlu segera diselesaikan.
Beban dan tanggungjawab perlu dipikul semua pihak termasuk PBB. Bukan sahaja dalam menyelesaikan soal penempatan tetapi juga menangani isu perdagangan manusia melibatkan pelarian Rohignya.
Dalam soal ekonomi dan bantuan kemanusiaan, Malaysia bangga menjadi Hab Respons Kemanusiaan Asia Pasifik yang telah memudahcara usaha PBB dalam menyalurkan bantuan perubatan dan makanan ke negara memerlukan.
Baru-baru ini, program ini dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan dan Malaysia antara negara yang merealisasikan pencapaian ini.
Malaysia juga menyalurkan sumbangan kewangan secara berkala terutama kepada Palestin melalui sumbangan sukarela kepada United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA).
Untuk saya menyenaraikan semua bentuk kerjasama erat Malaysia-PBB sepanjang 63 tahun dalam penulisan ini, ia mengambil masa. Namun mengimbau setiap usaha Malaysia dalam PBB, terbukti Malaysia telah banyak mengupayakan PBB.
Pada masa yang sama, kita tetap mengakui hakikat bahawa Malaysia tidak berjuang berseorangan. Bagi Malaysia, PBB merupakan cerminan di mana hasil terbaik berupaya diperolehi apabila dunia bersatu.
Kepercayaan inilah yang mendorong Malaysia terus menyeru agar semua negara mengenepikan perbezaan seterusnya bersatu menangani cabaran dunia ketika ini khususnya pandemik COVID-19.
Wabak ini bukan sahaja menyebabkan krisis kesihatan tetapi juga merencatkan ekonomi, menganggu gugat rantaian bekalan dan makanan serta meningkatkan tekanan dalam kalangan masyarakat.
COVID-19 juga telah menyerlahkan kelemahan dan membuktikan ketidaksaksamaan antara setiap negara yang mesti diperbetulkan. Untuk memerangi virus yang tidak boleh dilihat ini, tiada negara termasuk Malaysia boleh berjuang bersendirian.
Semua negara mesti berkongsi beban dan tanggungjawab, berjuang bersama-sama tanpa meminggirkan mana-mana pihak. Dunia memerlukan pendekatan kolektif yang ditunjangi kasih sayang dan solidariti.
Kesungguhan Malaysia yang mahu semua negara bersatu dibuktikan dengan tindakan kita yang menyokong setiap usaha dunia menangani krisis COVID-19.
Antaranya, Malaysia bekerjasama dengan beberapa buah negara mengeluarkan kenyataan bersama bagi menyokong rayuan Setiausaha Agung PBB agar gencatan senjata dilaksanakan semasa wabak COVID-19.
Kenyataan tersebut mendapat sokongan daripada 172 buah negara yang terdiri daripada negara-negara anggota PBB, negara-negara pemerhati PBB dan pemerhati.
Malaysia juga dalam 7 bulan ini sering menegaskan agar vaksin COVID-19 diagihkan kepada semua negara tanpa ada yang terpinggir. COVID-19 tidak mendiskriminasi. Ia menyerang semua negara yang kaya atau miskin, kecil atau besar.
Justeru, bagi Malaysia, mendiskriminasi dalam pengagihan vaksin adalah tindakan yang amat tidak wajar. Saya sedar, setakat ini banyak yang telah dunia lakukan untuk menghapuskan wabak ini.
Namun saya percaya, banyak lagi yang boleh dilakukan. Pencapaian-pencapaian PBB selama ini mesti dijadikan inspirasi oleh semua negara untuk bersama-sama memetakan hala tuju, menentukan masa depan dunia yang lebih baik terutama di era pasca pandemik.
Berbalik kepada sambutan ulangtahun ke-75 PBB hari ini, saya percaya sudah tiba masanya PBB menilai pencapaiannya dan mengenalpasti penyelesaian bagi cabaran-cabaran yang dihadapi serta terus maju dengan kelestarian yang diperlukan.
Ia penting demi menjadikan PBB sebagai sebuah pertubuhan antarabangsa yang lebih berkesan. Di hari bersejarah ini, saya ingin kembali menegaskan, Malaysia tidak akan sesekali mengubah komitmen terhadap
PBB dan multilateralisme berdasarkan prinsip yang termaktub dalam Piagam PBB.
Malaysia akan terus komited sebagai rakan PBB yang boleh dipercayai. Sebagai Menteri Luar, saya bersama-sama warga Kementerian Luar Negeri di seluruh dunia akan terus mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa megah, berada dalam setiap perjuangan demi keselamatan dunia, hak kemanusiaan dan masa depan yang cerah.
Bukan sahaja untuk masyarakat antarabangsa. Tetapi lebih penting dan bermakna, untuk anak cucu
dan cicit kita yang bakal mewarisi bumi bertuah ini satu hari nanti. InsyaAllah.
Selamat menyambut Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu!
Hishammuddin Hussein
Sat Oct 24 2020

Hishammuddin berkata pencapaian PBB selama ini mesti dijadikan inspirasi oleh semua negara untuk bersama-sama memetakan hala tuju, menentukan masa depan dunia yang lebih baik terutama di era pasca pandemik. - Gambar H2O
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama
Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.

Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari
Tiada rombakan Kabinet negeri akan dilakukan susulan keputusan pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abdul Karim gagal pertahan jawatan Naib Presiden PBB, Ibrahim Baki raih undi tertinggi
Abdul Karim Rahman Hamzah gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden sayap Bumiputera PBB pada pemilihan semalam.

PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Ahad menyambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan yang diterajui Perdana Menteri Nawaf Salam serta berikrar menyokong keutamaan pentadbiran itu.

Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA
Mekanisme bidang kuasa universal boleh digunakan untuk mendakwa dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan kepada Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawai Israel.

AS tarik diri Majlis Hak Asasi Manusia PBB, henti dana untuk pelarian Palestin - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menandatangani perintah eksekutif pada Selasa untuk menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tindakan Israel di Tebing Barat adalah 'jenayah' - Pelapor Khas PBB
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Palestin Francesca Albanese, menyifatkan tindakan Israel di Tebing Barat sebagai "jenayah,".

Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.