Permohonan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah bagi menggantung keputusan Mahkamah Tinggi, berkaitan pembubaran DUN oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah pada 30 Julai lalu, akan didengar di Mahkamah Rayuan hari ini.
Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Yaacob Md Sam, dianggotai Datuk P Ravinthran dan Datuk Ahmad Nasfy Yasin.
Panel hakim yang sama juga akan mendengar rayuan gabungan ADUN itu, diketuai bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 21 Ogos lalu.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Bubar DUN - Mahkamah dengar permohonan 33 ADUN hari ini
BACA: Mahkamah Rayuan tetapkan 7 Sept dengar permohonan 33 ADUN Sabah
Ogos lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim menolak permohonan gabungan ADUN itu untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan TYT Tun Juhar Mahiruddin membubarkan DUN pada 30 Julai.
Shim menetapkan bahawa responden kedua dalam kes itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, bertindak menurut Perlembagaan Sabah dalam memohon Juhar, selaku responden pertama, membubarkan DUN.
BACA: DUN Sabah bubar: Ini 10 perkara anda perlu tahu dari sidang akhbar Shafie Apdal
BACA: Bubar DUN Sabah: Kronologi kes cabar keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah oleh Musa Aman
Menurutnya, pengisytiharan pembubaran DUN itu juga adalah mengikut perlembagaan dan sah.
Susulan pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 September sebagai hari pengundian pilihan raya negeri (PRN) Sabah.
Astro Awani
Sun Sep 06 2020
![Permohonan 33 ADUN berkaitan bubar DUN Sabah didengar hari ini Permohonan 33 ADUN berkaitan bubar DUN Sabah didengar hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/41599017444_DUNSabah.jpg)
Pada 21 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak kes semakan kehakiman berhubung 33 wakil rakyat yang mencabar pembubaran DUN Sabah. - Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![LAPOR LANGSUNG: Prosiding rayuan Musa Aman, 32 ADUN Sabah disambung hari ini LAPOR LANGSUNG: Prosiding rayuan Musa Aman, 32 ADUN Sabah disambung hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-08/41502849261_IstanaKehakiman.jpg)
LAPOR LANGSUNG: Prosiding rayuan Musa Aman, 32 ADUN Sabah disambung hari ini
Permohonan 33 ADUN Sabah bagi menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan pembubaran DUN disambung di Mahkamah Rayuan hari ini.
![Permohonan 33 ADUN berkaitan bubar DUN Sabah didengar hari ini Permohonan 33 ADUN berkaitan bubar DUN Sabah didengar hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41599017444_DUNSabah.jpg)
Permohonan 33 ADUN berkaitan bubar DUN Sabah didengar hari ini
Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Yaacob Md Sam, dianggotai Datuk P Ravinthran dan Datuk Ahmad Nasfy Yasin.
![Mahkamah Rayuan tetapkan 7 Sept dengar permohonan 33 ADUN Sabah Mahkamah Rayuan tetapkan 7 Sept dengar permohonan 33 ADUN Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/61591775518_IstanaKehakiman.jpg)
Mahkamah Rayuan tetapkan 7 Sept dengar permohonan 33 ADUN Sabah
Hari yang sama untuk mendengar rayuan 33 ADUN yang diketuai oleh bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 21 Ogos itu.
![Sabah Memilih: Bukti perlembagaan negeri dipertahankan - Shafie Apdal Sabah Memilih: Bukti perlembagaan negeri dipertahankan - Shafie Apdal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81597984125_MohdShafieApdal.jpg)
Sabah Memilih: Bukti perlembagaan negeri dipertahankan - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, keputusan itu turut menepis andaian bahawa beliau mempunyai kuasa 'mutlak' untuk membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai lalu.