Jabatan Penjara sedang mengubah suai struktur bangunan Pusat Tahanan Kamunting di sini bagi menempatkan tahanan kumpulan militan Daish.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Datuk Hassan Sakimon berkata pengubahsuaian itu dijangka siap akhir tahun ini bagi membolehkan tahanan Daish yang ditahan di negara ini diasingkan dengan banduan lain.
"Kita sedang buat pengubahsuaian kerana tahanan ini berbeza dengan tahanan lain dan mereka tidak boleh bercampur dengan tahanan lain.
"Kalau militan Daish bercampur, ia boleh mempengaruhi tahanan lain. Pihak kami juga menempatkan pegawai penjara yang dilatih khas bagi menjaga banduan militan berkenaan supaya banduan lain tidak terpengaruh dengan militan Daish," katanya kepada pemberita.
Hassan menyampaikan sijil pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas Penjara membabitkan 158 pegawai penjara di Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia di sini, hari ini.
Pada 16 Julai lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia kini menahan 213 orang yang terlibat dalam kegiatan Daish termasuk 27 warga asing.
Hassan berkata tahanan kumpulan militan Daish yang ditangkap itu kini sedang ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor dan Penjara Machang, Kelantan.
Menurut beliau, pihaknya telah menyediakan makanan dan penghantarannya akan dibuat secara berasingan selain mengawasi kesemua surat menyurat serta aktiviti perjumpaan dengan keluarga mereka.
Sementara itu beliau berkata Jabatan Penjara kini menghadapi masalah kesesakan tahanan di penjara yang menampung lebih 53,399 orang banduan berbanding 52,350 orang tahanan yang boleh ditempatkan di penjara di negara ini.
Bagaimanapun, pihaknya kini masih dapat mengawal kesesakan tahanan yang melakukan pelbagai kesalahan seperti Akta Pencegahan Jenayah 1999, Akta Pencegahan Anti Keganasan 2002, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Pindaan) 2015 (SOSMA) dan militan Daish, kata Hassan.
Beliau berkata Jabatan Penjara juga dalam perancangan untuk membina sebuah penjara baharu di Lahad Datu, Sabah dalam Rancangan Malaysia Ke-11 untuk mengatasi kesesakan tersebut.
"Reka bentuk penjara itu sedang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR)," katanya.
Selain itu, beliau berkata terdapat 1,184 kekosongan jawatan yang belum diisi di Jabatan Penjara.
Bernama
Wed Jul 20 2016

Pengubahsuaian itu dijangka siap akhir tahun ini bagi membolehkan tahanan Daish yang ditahan di negara ini diasingkan dengan banduan lain. -Gambar www.panoramio.com

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Hamas bebas tiga tebusan, Israel lepas 369 tahanan Palestin
Bas pertama tiba di Ramallah disambut sorakan orang ramai yang mengibarkan bendera Palestin.

Pengampunan banduan: Kemuka permohonan, Agong punyai kuasa prerogatif - Istana Negara
Seri Paduka Baginda juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah.

15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas
Pemerintah turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta.

Kebanyakan banduan wanita rakyat Malaysia di Thailand terdiri pesalah dadah
Kebanyakan banduan itu ialah wanita berasal dari Kelantan yang tinggal berhampiran negeri bersempadan Thailand.

Banduan gembira, pembebasan awal hadiah Krismas bermakna buat keluarga
Ravi dibebaskan lebih awal menerusi program PBSL Ihsan MADANI yang membolehkannya meraikan Krismas bersama ahli keluarga.

Orang ramai berkumpul di penjara Sednaya, jejak ahli keluarga ditahan
Pertemuan penuh emosi banduan bersama ahli keluarga yang selama ini menyangka mereka telah dihukum mati disaksikan menerusi video itu.

Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.

Banduan dipenjara dua tahun rempuh, langgar dua anggota polis
Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan mencuri kereta, hari ini sekali lagi dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana merempuh dan melanggar motosikal polis.

Banduan bebas awal terharu diberi pengampunan Agong
Lelaki yang sepatutnya menjalani hukuman penjara 10 tahun itu merupakan satu-satunya banduan di Negeri Sembilan yang dibebaskan awal.

Mahkamah Persekutuan putuskan boleh dengar semakan banduan terima pengampunan hukuman mati
Mahkamah Persekutuan putuskan bahawa ia boleh mendengar semakan semula difailkan banduan yang telah diberi pengampunan bagi hukuman mati.