Proses penyerahan borang pencalonan bagi pemilihan Umno 2013 sedikit kecoh berikutan pencabar jawatan Ketua Pergerakan Pemuda, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, membuat provokasi di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Syed Rosli, 37, yang juga Penolong Setiausaha Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan dilihat cuba menarik perhatian media apabila seolah-olah menyampaikan ucapan di ruang kaunter mengambil nombor giliran selepas menyerahkan borang pencalonan bagi jawatan itu pada 8.20 pagi.
Beliau turut melafazkan sumpah laknat berbunyi: "Wallahi, Watallahi, Wabillahi. Bahawa sesungguhnya saya, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, bersumpah laknat bersama Al-Quran sekiranya saya menjadi Ketua Pemuda, saya tidak akan melakukan perbuatan seperti rasuah.
"Saya juga mencabar Ketua Pemuda dan barisan kepimpinan Pemuda untuk sama bersumpah laknat sekiranya mereka merasakan mereka memimpin dengan bersih," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Syed Rosli mendakwa Pergerakan Pemuda di bawah kepimpinan Khairy Jamaluddin, yang juga Menteri Belia dan Sukan, dilihat lemah dan lesu selain terpalit dengan isu rasuah.
"Kalau tak bersih, jangan pimpin Umno. Rakyat tengok Umno ini rasuah. Saya ahli biasa tetapi saya dah jemu dengan gelagat Pemuda Umno. Saya menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda kerana saya mahu melihat Pemuda lebih berani dan membuktikan Umno ikhlas memperjuangkan nasib orang bawahan," katanya.
Syed Rosli menafikan hasratnya untuk bertanding jawatan utama sayap itu adalah bagi kepentingan diri.
Pemilihan Umno kali ini menyaksikan sejumlah 24 jawatan dipertandingkan di peringkat sayap Pemuda terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan 20 Exco.
Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian serta pemilihan bagi jawatan Exco pusat bagi ketiga-tiga sayap parti itu akan diadakan serentak pada 12 Okt.
Bernama
Sat Sep 21 2013
Iran dedah dron baharu diberi nama 'Gaza'
Kewujudan dron itu berpotensi menjamin keselamatan di sempadan dan membendung ancaman pengganas.
Polis kesan suami tampar isteri
Suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.
Koridor Netzarim masih ditutup untuk penduduk Gaza
Keadaan sedemikian menyebabkan banyak keluarga terpaksa tidur dalam suhu sejuk beku sementara menunggu koridor berkenaan dibuka.
Masters Indonesia: Man Wei Chong-Tee Kai Wun ikrar terus perbaiki kelemahan
Wei Chong sebaliknya memilih untuk tidak terleka dengan kejayaan sulung mereka dalam kejohanan bertaraf super 500 semalam.
Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.
Peraduan Fotografi peringati Andrei Stenin dibuka
Peraduan Fotografi Akhbar Antarabangsa ke-11 untuk Jurugambar Muda, yang diadakan untuk memperingati jurufoto terkenal Andrei Stenin, mengalu-alukan penyertaan dan tawar hadiah wang tunai sehingga 700,000 Ruble
UMNO cadang had umur anggota sayap Puteri 40 tahun - Khaled Nordin
Cadangan berkenaan sudah dibawa ke peringkat negeri dan bahagian UMNO di seluruh negara untuk dibincang serta diperhalusi secara mendalam.
Pemilihan kepimpinan pusat PKR pada 24 Mei
PKR memutuskan pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti berkenaan akan dilaksanakan pada 24 Mei depan.
PDRM ketatkan prosedur keselamatan sempena lawatan Presiden Indonesia
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, prosedur keselamatan tersebut diambil susulan terdapat pertindihan tarikh dan waktu dengan kunjungan (penyerahan memorandum) 1,000 pesawah ke Putrajaya pada Isnin.
Zahid ajak umat Islam doa kesejahteraan ummah
Dalam satu hantaran di Facebook, beliau berkata peristiwa Israk Mikraj membawa mesej mendalam tentang kekuatan iman, kepatuhan kepada perintah Allah SWT dan hikmah solat sebagai tiang agama.