Seorang wanita warga Indonesia bakal berdepan hukuman mati selepas dicekup bersama dadah dalam satu serbuan di Kampung Melati Burut, dekat Bombalai, di sini pada Isnin.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 11 pagi, sebanyak 50.60 gram dadah dirampas bersama suspek berusia 43 tahun itu.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komosioner Fadil Marsus berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota polis telah dihantar ke rumah wanita berkenaan.
"Sebaik tiba, anggota memperkenalkan diri dan mengetuk pintu rumah suspek. Suspek keluar dan tiba-tiba melarikan diri selepas mengetahui kehadiran polis.
"Wanita itu dilaporkan lari ke tandas dan membuang sesuatu.
"Pemeriksaan lanjut menemui beg silang yang berisi tiga paket plastik berisi dadah semuanya seberat 50.60g," katanya dalam satu kenyatan, pada Isnin.
Fadil berkata, suspek dan barang rampasan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk tindakan lanjut.
"Nilai anggaran rampasan sebanyak RM4,500 dan kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah," kata beliau.
Radhi Muslim
Mon Feb 04 2019
Suspek dicekup bersama dadah dalam satu serbuan di Kampung Melati Burut. - Foto PDRM
Trump naikkan tarif keluli dan aluminium
Presiden Donald Trump menaikkan tarif import keluli dan aluminium pada Isnin dengan membatalkan pengecualian serta kuota bebas cukai bagi pembekal utama seperti Kanada, Mexico, Brazil, dan beberapa negara lain.
Tindakan ini berpotensi meningkatkan ketegangan dalam perang perdagangan global.
Tindakan ini berpotensi meningkatkan ketegangan dalam perang perdagangan global.
Polis Israel serbu kedai buku Palestin
Polis Israel menyerbu sebuah kedai buku Palestin terkenal di Baitulmaqdis Timur dan menuduh pemiliknya menjual buku yang dikatakan menghasut keganasan.
Antara buku yang dimaksudkan adalah buku mewarna kanak-kanak berjudul "From the Jordan to the Sea".
Antara buku yang dimaksudkan adalah buku mewarna kanak-kanak berjudul "From the Jordan to the Sea".
Banyak negara gagal penuhi sasaran iklim PBB
Banyak negara pencemar utama gagal memenuhi tarikh akhir Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengemukakan sasaran iklim baharu.
Ia sekali gus menjejaskan usaha menangani pemanasan global ketika pengaruh politik semakin mempengaruhi dasar iklim.
Ia sekali gus menjejaskan usaha menangani pemanasan global ketika pengaruh politik semakin mempengaruhi dasar iklim.
Hujan lebat, banjir kilat landa beberapa kawasan Australia
Hujan lebat dan banjir kilat melanda beberapa bahagian Australia pada Isnin berikutan permulaan musim monsun.
Google Maps paparkan 'Gulf of America' untuk pengguna di AS
Alasan yang diberikan, ia merupakan 'amalan dalam menerapkan perubahan nama apabila ia telah dikemas kini dalam sumber rasmi kerajaan.'
Seorang maut selepas jet peribadi terhempas di Arizona
Sebuah jet peribadi dilaporkan terhempas selepas bertembung dengan sebuah lagi pesawat di landasan Lapangan Terbang Scottsdale, Arizona pada Isnin, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut.
Elon Musk mahu beli Openai, CEO Sam Altman kata "No, Thank You"
Musk, yang telah lama berselisih faham dengan Ketua Pegawai Eksekutif Openai, Sam Altman telah mengemukakan beberapa aduan undang-undang terhadap syarikat itu.
2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (jpbn), jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 1,061 orang daripada 332 keluarga pagi ini, berbanding 1,047 orang melibatkan 325 keluarga pada Isnin malam.
Projek dalamkan dasar Sungai Sebiew perlu disegerakan - Tiong
Sistem tebatan banjir sedia ada, ada yang tidak mempunyai perancangan yang betul dan tidak lagi berupaya menjalankan fungsi yang sepatutnya.
Iswardy Morni lepas semua jawatan PKR esok
Harapan Iswardy untuk bertanding PRU16, dilantik sebagai Sentor berkecai selepas didapati bersalah hina Agong.
Wanita Indonesia dicekup bersama dadah di Tawau
Seorang wanita warga Indonesia bakal berdepan hukuman mati selepas dicekup bersama dadah dalam satu serbuan di Kampung Melati Burut, dekat Bombalai, pada Isnin.