"Sepanjang 20 tahun dalam penjara, ibu tidak pernah putus berdoa supaya saya dibebaskan dan syukurlah doanya itu dimakbulkan melalui perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk pembebasan awal," demikian luahan seorang bekas banduan yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad.
Ahmad, 50, adalah salah seorang daripada 13 banduan di beberapa penjara di Malaysia yang mendapat pengurniaan pembebasan awal daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Kebangsaan ke-63.
Dia menjalani hukuman penjara sepanjang hayat di Penjara Sungai Buloh sejak 2000 mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong ketika menyertai Pertubuhan Al-Ma'unah.
"Saya berada di Penjara Sungai Buloh selama setahun sebelum dipindahkan ke Penjara Kajang selama 10 tahun dan kemudiannya dipindahkan ke Penjara Pengkalan Chepa selama lapan tahun dan 42 hari di Penjara Kajang sebelum dibebaskan.
"Selain doa ibu yang berterusan, saya juga sentiasa berdoa supaya dapat dibebaskan selain ingin menjaga ibu yang kini sudah terlantar akibat uzur, walaupun saya tahu ia adalah satu perkara yang mustahil.
"Malah, sepanjang berada dipenjara sudah lima kali saya membuat surat pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Alhamdulillah kini saya dibebaskan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulai Chondong, di sini, hari ini.
Berkongsi pengalamannya di penjara, Ahmad berkata pada pandangan masyarakat, penjara adalah suatu tempat yang 'hitam' namun terdapat juga nilai positif yang boleh dimanfaatkan di sebalik tirai besi seperti mendalami ilmu agama selain mempelajari kemahiran menjahit.
"Saya turut mengikuti bengkel jahitan selama setahun pada 2002, serta mengambil upah menjahit ketika dalam penjara selama hampir 16 tahun dan kini saya sudah mempunyai kemahiran menjahit pakaian wanita dan lelaki termasuk pakaian seragam," katanya.
Bagi memulakan kehidupan baharu, anak keenam daripada 11 beradik itu merancang untuk membuka kedai jahitan sendiri di rumahnya untuk menjana pendapatan dan kelangsungan hidup serta memberi perhatian kepada ibunya yang uzur sejak tiga tahun lalu.
"Biarlah saya pula yang mengambil alih tugas menjaga dan menguruskan segala keperluan ibu memandangkan sudah 20 tahun saya terlepas peluang untuk menabur bakti kepadanya atas kesilapan yang dilakukan sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 02 2020

Ahmad mengambil alih mengurus keperluan ibunya yang uzur, merancang membuka kedai jahit sendiri dengan kemahiran yang dipelajari sepanjang berada di penjara, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulai Chondong, Machang, 2 Sept, 2020. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Allah kabul doa selepas solat sunat sepanjang 20 tahun di penjara
Sepanjang 20 tahun menjalani hukuman penjara, Abang Li, tidak putus-putus berdoa selepas menunaikan solat fardu serta sunat tahajud dan duha agar dia dibebaskan.

10 berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 3 September 2020.

20 tahun terkurung, bekas banduan Al-Ma'unah kekok dengan dunia luar
Ahmad, yang sepatutnya menjalani hukuman penjara sepanjang hayat, adalah antara 13 bekas ahli kumpulan Al-Ma'unah yang dibebaskan awal susulan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Berkat doa ibu dapat pengampunan Agong" - Bekas anggota Al-Ma'unah
"Sepanjang 20 tahun dalam penjara, ibu tidak pernah putus berdoa supaya saya dibebaskan dan syukurlah doanya itu dimakbulkan melalui perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk pembebasan awal,".

'Andai hukuman ini mampu hapuskan dosa, saya orang yang beruntung' - Banduan
Ahmad mengalirkan air mata kerana mengenang pesan terakhir ibunya supaya jangan meninggalkan solat dan sentiasa membaca al-Quran.