NAMA Nicholas Saputra adalah jenama yang sangat kuat dalam dunia perfileman Indonesia juga Malaysia.
Nicholas digilai peminat sejak pertama kali meledak dengan wataknya sebagai Rangga dalam filem fenomena, Ada Apa Denga Cinta (AADC) lebih 15 tahun lalu.
Seiring popularitinya selain soal karier, kehidupan peribadinya juga ikut disorot media dan peminat.
Namun sehingga kini, lelaki dengan wajah ‘misteri’ tersebut mampu bertahan untuk mengekalkan rahsia dan privasi kehidupannya.
Menurut Nicholas, ‘rahsia’ kehidupannya menjadi kekal privasi adalah dengan mengatakan tidak kepada banyak pelawaan atau permintaan yang datang.
Dia yang sejak remaja sudah terbiasa menjadi tumpuan berkata, kerana sering dikejar-kejar membuat dirinya perlu membataskan banyak perkara termasuk berani menolak.
“Sejak muda saya sudah melihat impak dalam kerjaya buat diri saya, keluarga mahupun jiran.
“Jadi saya belajar mengatakan tidak. Untuk berkata tidak atau menolak adalah kuasa yang sangat powerful meski sukar untuk mengatakan tidak,” ujar Nicholas dalam temu bual bersama YouTube CXO Media seperti dilaporkan Kompas.
Meski terkadang pernah berfikir dengan menolak permintaan mungkin membuat dirinya namak ego, tapi bintang tersebut membuang perasaan itu jauh-jauh.
Katanya dengan mengatakan tidak, dia sebenarnya secara tidak langsung melindungi diri sendiri dan banyak perkara di sekelilingnya.
“Saya pernah berfikir bila menolak permintaan seperti saya egois tapi saya buang perasaan itu jauh-jauh. Semua ini adalah proses, dan saya sudah terbiasa menolak kemudian berhadapan dengan orang yang permintaan mereka ditolak,” katanya lagi.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
Gempak
Mon Mar 27 2023

NICHOLAS: Sejak muda saya sudah melihat impak dalam kerjaya buat diri saya, keluarga mahupun jiran, jadi saya belajar mengatakan tidak. - Foto GEMPAK

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sudah berusia 40 tahun, Nicholas Saputra tak pernah sunyi hidup solo
Nico mengaku tidak pernah berasa sepi hidup bersendirian malah dirinya tenang di rumah tanpa ditemani individu lain.

Berkata tidak kepada orang buat Nicholas Saputra rasa 'sangat berkuasa'
'Rahsia' kehidupan Nicholas kekal privasi adalah dengan mengatakan tidak kepada banyak pelawaan atau permintaan yang datang.

Poster rasmi filem arahan Dain Said, Interchange akhirnya didedahkan
Poster rasmi filem Interchange arahan Dain Said didedahkan kepada umum hari ini. Filem itu dibintangi Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, Prisia Nasution dan Nadiya Nisaa'.

Filem 'Interchange' kembara ke satu dunia, trailer rasmi Malaysia didedahkan
'Interchange' dibintangi ramai bintang terkemuka Malaysia dan Indonesia antaranya Shaheizy Sam, Nicholas Saputra dan Iedil Putra.

Selepas Locarno, Interchange ke Festival Filem Toronto
Interchange telah dijemput ke tayangan perdana Amerika Utara di Festival Filem Toronto pada September depan.

Apa jadi pada Cinta dan Rangga? Trailer baru Ada Apa Dengan Cinta 2 didedahkan
Filem lakonan Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo itu bakal menemui para peminat di Malaysia pada 28 April ini.

Interchange: Mengembara buat Nicholas Saputra kenali Belian
Wawancara eksklusif bersama Nicholas Saputra, pemeran watak Belian dalam filem terbaru Dain Said, Interchange di lokasi penggambaran filem itu di Kuala Lumpur.

Shaheizy Sam, Iedil Putra & Nicholas Saputra bintangi Interchange
Tiga pelakon popular dari Malaysia dan Indonesia akan bergandingan dalam filem terbaru arahan Dain Said, Interchange.