KEPELBAGAIAN dalam masyarakat Malaysia dari segi bangsa, budaya dan agama wajar diangkat sebagai satu kelebihan yang perlu diraikan oleh setiap rakyat negara ini.
Dengan amalan saling hidup bersatu padu dalam suasana penuh harmoni, hendaknya tidak ada mana-mana kaum iaitu Melayu, Cina, India serta etnik lain termasuk di Sabah dan Sarawak, yang mengganggap mereka dipinggirkan.
Pandangan ini dikongsi pegawai perubatan yang juga pempengaruh media sosial Dr Malar Santhi Santherasegapan, atau lebih dikenali sebagai Dr Malar, dalam wawancara dengan Bernama baru-baru ini.
Masing-masing berpeluang membangunkan potensi diri dengan segala kemudahan termasuk pendidikan sehingga mencapai mercu kejayaan sehingga layak digelar ikon masyarakat dalam bidang tertentu.
Menurut beliau, setiap anggota masyarakat juga perlu menghargai nilai kemerdekaan dan kemajuan negara dengan terus kekal bersatu hati walau apa jua rintangan yang melanda.
Dr Malar, 40, mencuri tumpuan umum melalui laman sosial Facebook dan TikTok miliknya dengan nama akaun 'Celoteh Dr Malar' kerana fasih berbahasa berbahasa Melayu dalam berkongsi maklumat berkaitan pandemik COVID-19, vaksin dan isu lain berkaitan kesihatan.
Menurut anak kelahiran Kuantan, Pahang itu, isu remeh seperti ada pihak berasa dipinggirkan sepatutnya tidak lagi timbul dan dijadikan penghalang untuk terus memajukan diri.
"Walaupun saya berbangsa India, saya tidak pernah rasa dianaktirikan di negara ini. Apatah lagi kemerdekaan yang kita kecapi hari ini semuanya hasil perpaduan nenek moyang terdahulu demi keselesaan generasi seterusnya.
"Sebagai contoh, saya dan tiga adik-beradik yang lain menerima tawaran untuk sambung belajar di universiti tempatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, dan Universiti Malaysia Pahang. Namun begitu saya memilih untuk sambung belajar ke Universiti Perubatan Krimea (CSMU), Ukraine. Syukurlah sekarang kami semua berjaya dan dapat berkhidmat untuk masyarakat," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Ibu kepada sepasang cahaya mata berusia enam dan sembilan tahun itu mengambil contoh ketika negara dilanda krisis pandemik COVID-19, apabila semua pihak memainkan peranan masing-masing melakukan yang terbaik dalam mendepani situasi sukar itu.
"Meskipun tiada pengalaman berhadapan pandemik COVID-19, namun demi menyelamatkan nyawa semua, kami petugas kesihatan sebagai barisan hadapan tetap menjalankan tugas walaupun terpaksa merisikokan diri sendiri.
"Hasil kerjasama semua pihak, kita akhirnya berjaya memasuki fasa peralihan ke endemik. Antara iktibar yang boleh diambil ialah kesihatan perlu terus menjadi keutamaan dan jangan pernah tinggalkan amalan saling menjaga kebajikan orang sekeliling kerana kita semua adalah satu keluarga besar berbilang bangsa," katanya yang menerima Anugerah Pekerja Contoh pada Sambutan Hari Pekerja 2023 yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengakui terkejut dengan penganugerahan itu, Dr Malar bagaimanapun menyifatkannya sebagai penghargaan kepada semua petugas kesihatan yang bertungkus lumus menyelamatkan seramai mungkin nyawa.
"Saya juga harap anugerah ini boleh menjadi pemangkin kepada semua pihak untuk terus berusaha memajukan negara menerusi bidang kerjaya masing-masing," katanya yang mula aktif di laman sosial sejak tahun 2021 termasuk membantu memberi penerangan kepada masyarakat bagi mengurangkan kesesakan di hospital ketika pandemik.
TIDAK KEKOK, SALING MENYOKONG
Bagi peminat siri sitkom, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, yang cukup popular pada tahun-tahun 80an hingga ke episod akhir (2004), dengan kisah kehidupan seharian penduduk di Flat Seri Wangi, mungkin masih ingat watak Lucy, gadis berbangsa Cina, lakonan Angeline Tan, 56.
Menurut Angeline, berdasarkan pengalamannya dalam industri kreatif negara sebagai pelakon filem dan drama serta pelawak sejak tahun 1986, perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia cukup unik dan sukar untuk ditandingi oleh negara lain.
Buktinya, ketika mula-mula bekerja untuk menjayakan sitkom itu, beliau menerima tunjuk ajar daripada semua pihak yang terlibat biarpun ketika itu belum mahir berbahasa Melayu sepenuhnya.
"Tidak ada seorangpun yang mentertawakan saya malahan mereka sanggup membantu saya berlakon sehingga saya menjadi fasih berbahasa Melayu. Masih segar di ingatan saya perlu, antaranya berlatih sambil menghafal skrip selama tiga jam setiap hari sebelum memulakan penggambaran.
"Sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang menceritakan mengenai kehidupan dan konflik seharian penduduk di Flat Seri Wangi sebenarnya sudah cukup menggambarkan perkara yang berlaku dalam masyarakat sekeliling kita.
"Sebagai contoh dalam satu episod bertajuk 'Penyakit', watak Mat Deris (dilakonkan oleh Ahmad Busu) ditimpa penyakit namun ditertawakan Budin (dilakonkan oleh Imuda) dan dua rakannya. Namun perbuatan mereka ditegur oleh Mak Ngah (Khatijah Tan) kerana adalah tidak baik mentertawakan orang yang kesusahan sebaliknya mereka harus memikirkan cara bagaimana untuk membantu rakan yang sakit," katanya menambah, generasi muda harus menonton kembali sitkom ini kerana topik dan mesej yang disampaikan kekal relevan sepanjang zaman.
Angeline yang berasal dari Kuala Lumpur dan mesra dipanggil 'adik' oleh sebahagian besar 'keluarga' Pi Mai Pi Mai Tang Tu berkata, biarpun pelakon sitkom berkenaan daripada berlainan bangsa (Melayu, Cina dan India), namun tidak pernah sekalipun beliau berasa kekok untuk bekerjasama kerana semangat kebersamaan masyarakat berbilang kaum yang terjalin sejak sekian lama.
"Kesepakatan yang wujud ketika menjalani sesi penggambaran terutamanya membuktikan bahawa kita semua mampu hidup bersama tanpa mengira latar belakang kaum. Kita semua adalah anak Malaysia dan perlu sentiasa berusaha mencari titik persefahamam demi kebaikan semua pihak," katanya yang masih berhubung dengan pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu seperti Sabri Yunus , Imuda , Sathia dan Katijah Tan kerana masing-masing menganggap seperti keluarga sendiri.
Angeline juga pernah berlakon dalam filem dan drama Melayu lain seperti Yes, Tuan; KL Gangster; KL Gangster 2, Pontianak Menjerit; Redha; Duan Nago Bogho; Kerana Aku Seorang Ibu dan Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti.
MENGURUS DEFISIT SOSIAL
Sementara itu, integrasi kaum yang wujud dalam negara ini bagaikan 'bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat'.
Dalam menggunakan pepatah demikian, Felo Penyelidik Kanan Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaaan Malaysia Prof Madya Dr Zaini Othman berkata, biarpun berhadapan dengan pelbagai ujian yang mengancam keutuhan negara, namun semua pihak tetap berpadu tenaga menanganinya sebagai sebuah entiti sosial.
Menurut beliau, kesepaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa negara kini berada pada tahap baik dan utuh, yang perlu terus dipertahankan daripada sebarang ancaman perpecahan kaum.
"Negara kita terdiri daripada rakyat dengan latar belakang pelbagai wajah yang penuh dengan sentimen yang sensitif dan rapuh, atau apa yang disebut sebagai defisit sosial yang juga dilihat sebagai 'ketempangan sosial' yang boleh mengancam keutuhan negara Malaysia.
"Realitinya, defisit sosial sukar untuk dihapuskan kerana ianya bersifat organik khususnya dalam hal yang terkait dengan agama serta budaya dalam kalangan ahli masyarakat kita yang yang berbilang kaum dan agama ini. Jika berlaku sebarang kekacauan, ianya boleh mencetuskan keadaan 'anomie' (keruntuhan sosial).
"Apa yang perlu dibuat adalah kita perlu saling mengenali antara satu sama lain. Isu saling mengenali ini saya rasa amat perlu dipertingkatkan dan diperkukuhkan dalam konteks kemajmukan masyarakat. Jika hal ini dapat dilakukan secara sistematik, saya percaya ianya dapat menyumbang ke arah lebih mengukuhkan kesepaduan masyarakat," katanya.
Beliau menambah, kesedaran sejarah tentang kenegaraan dan kemasyarakatan boleh diangkat sebagai satu bentuk mekanisme wajib dalam usaha mempertingkatkan proses saling mengenal dalam kalangan warga Malaysia khususnya di peringkat pendidikan awal.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023

(Dari kiri) Dr Malar, Angeline Tan dan Prof Zaini masing-masing berpendapat betapa pentingnya rakyat berbilang kaum di Malaysia terus menjaga persefahaman dan perpaduan demi masa depan negara. - Astro AWANI

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Berucap di IIDC satu penghormatan besar buat negara - PM Anwar
Anwar menyifatkan ruang diberikan kepada beliau bagi menyampaikan ucapan pada sesi utama IIDC sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap peranan signifikan Malaysia di pentas dunia Islam.

Kalendar khusus peringati pelbagai peristiwa penting negara akan dikeluarkan
Kerajaan merancang mengeluarkan kalendar khusus yang memperingati tarikh berlakunya pelbagai peristiwa penting yang memberi impak terhadap pembentukan negara pada tahun hadapan.

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

Malaysia seru perpaduan ASEAN yang lebih utuh di sebalik peralihan dinamik kuasa global
ASEAN perlu terus memikirkan dinamik kuasa besar baharu di bawah "Trump 2.0" sambil kekal lantang dan berprinsip dalam isu geopolitik serta ekonomi.

Perbezaan bukan melemahkan, tetapi kekuatan negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menekankan bahawa kerencaman dan kepelbagaian di Malaysia tidak seharusnya melemahkan hubungan sesama masyarakat.

Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada komen isu libat kaum - Fahmi
Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada dalam mengemukakan pendapat melibatkan kaum di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.

PM Anwar rasmi Program Majlis Memperingati Tunku Abdul Rahman esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini esok.

Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.