Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan seekor anjing,
Tertuduh, Ng En Choah, 47 dari Nenasi, Pekan mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Bagaimanapun Majistret Nurulnaim Abdullah tidak merekodkan pengakuan bersalah tertuduh selepas mendapati lelaki itu mempunyai rekod masalah mental dan masih menjalani rawatan.
Berdasarkan kertas pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Norhayati Abdullah, tertuduh didakwa secara kejam memukul dan menyepak haiwan tersebut dalam kawasan sebuah premis di Jalan Semambu-Jabor di sini.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 9 pagi, 10 Oktober lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015.
BACA JUGA: Bayi 'dibuang' tepi kedai di Seri Kembangan, cedera digigit anjing
BACA JUGA: Ini puncanya pelajar perempuan bertudung bawa anjing jalan-jalan - UPM
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru untuk pemeriksaan kesihatan mental selama sebulan sebelum menetapkan 14 November depan untuk keputusan laporan mental tertuduh.
Sinar Harian
Tue Oct 16 2018

Mahkamah memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru untuk pemeriksaan kesihatan mental - Foto Sinar Harian

Perbelanjaan baiki tandas sekolah seluruh negara cecah RM1 billion - PM
Perdana Menteri menyedari banyak masalah yang dihadapi termasuk pembangunan, kantin dan tandas sekolah yang memerlukan perhatian segera.

Tema raya ‘Meriah lain macam’, Astro bakal himpun 160 rancangan
Bertemakan Meriah lain macam pada raya tahun ini, Astro bakal menghimpunkan lebih daripada 160 kandungan raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga.

ICJ adakan pendengaran awam berkaitan kewajipan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki
Mahkamah akan mengadakan pendengaran awam yang dijadualkan bermula Isnin, 28 April 2025, di Peace Palace, The Hague, ibu pejabat ICJ.

LPP sasar lahirkan 5,000 usahawan tahun ini
Lembaga Pertubuhan Peladang menyasarkan untuk melahirkan 5,000 usahawan dalam kalangan peladang dan anak peladang yang berpendapatan bersih tidak kurang RM5,000 tahun ini.

Suntikan modal tidak manfaatkan pemegang saham, pengurusan Sapura Energy - PM Anwar
Dalam usaha penstrukturan semula SEB, pemegang saham utama sebelum ini tidak lagi terlibat dalam pengurusan syarikat tersebut.

Utusan Khas Trump akan ke Moscow bincang gencatan senjata - White House
Utusan khas Presiden Trump bagi Timur Tengah dijadual berkunjung ke Moscow hujung minggu ini untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai Rusia.

Muat naik kandungan palsu sentuh sensitiviti agama, lelaki disiasat MCMC
Kandungan tersebut dipercayai dimuat naik pada 9 Mac, yang mendakwa laungan azan melalui pembesar suara di Masjid Ayer Kuning tidak lagi dibenarkan.

Harimau Malaya lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim - FAM
Keputusan untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim selepas mendapat perkenan daripada Pemangku Sultan Johor sebagai tanda permulaan revolusi Harimau Malaya.

Baca al-Quran empat jam sehari rutin harian Neelofa sepanjang Ramadan
Neelofa memulakan harinya seawal jam 4.30 pagi dengan mengerjakan solat sunat sebelum bersahur dengan suami.
AWANI Pagi: Panduan Mahu Kaya, Jadi Bangsa Enam Angka
8:30 pagi Khamis bersama pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan, Azraei Muhamad berkongsi buku tulisannya yang menawarkan panduan untuk menjadi kaya dan mengumpul kejayaan sehingga muncul sebagai bangsa enam angka dalam masa ditetapkan.

DVS kuat kuasa pelesenan bagi empat aktiviti libatkan haiwan
Langkah ini selaras dengan Seksyen 15 Akta Kebajikan Haiwan 2015, Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Fi Pelesenan) 2021.

Polis buru pihak bertanggungjawab panah monyet, biawak
Saksi yang mempunyai maklumat atau mengetahui mengenai pelaku kejadian ini boleh menghubungi polis di talian hotline 03-8888 2010 atau talian hotline Ibu Pejabat Polis Brickfields, 03-2297 9222.

Berlaku kejam pukul dan sepak anjing, lelaki didakwa
Tertuduh, Ng En Choah, 47 dari Nenasi, Pekan mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut

Akta Kebajikan Haiwan 2015 dikuat kuasa - Shabery
Pemunya yang didapati bersalah dalam lima keperluan utama yang digariskan boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti penalti bermula RM10,000 hingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun.