PUTRAJAYA: Ketika menyusuri bendera-bendera Malaysia yang berkibar megah di sepanjang Jambatan Seri Gemilang di Putrajaya, dua ahli silat yang berbaju melayu lengkap bersampin dan bertanjak umpama pendekar zaman dahulu, menarik tumpuan mata yang memandang.
Ada yang menyapa dengan laungan 'terbaik bang', ada yang memberi tanda 'thumbs up' dan ada yang membunyikan hon kepada Mohd Khairul Kamaruzaman, yang merupakan guru silat dari Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia dan anak muridnya Izwan Khuzzairie Azhar Ahmad.
Bagi Mohd Khairul, 36, dan Izwan Khuzzairie, 23, memperagakan pakaian tradisional umpama persalinan pejuang zaman dahulu itu adalah cara mereka untuk menzahirkan rasa cintakan negara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64.
Mohd Khairul berkata, apabila mengenakan pakaian tersebut di kawasan tumpuan awam, ia meniupkan semangat patriotisme dalam diri selain menjadi hasratnya untuk mengingatkan orang ramai, tentang bagaimana pejuang terdahulu berpakaian ketika berusaha menetang penjajahan.
"Kita perlu tunjukkan identiti pahlawan-pahlawan dahulu, zaman sekarang ramai yang tidak faham. Sepatutnya masing-masing buang rasa malu dan segan... apa salahnya sempena Hari Kebangsaan ini kita memakai pakaian tradisional lengkap," katanya kepada Bernama.
Selain Jambatan Seri Gemilang, Mohd Khairul dan Izwan Khuzzairie turut menyusuri kawasan umum dengan berpakaian baju melayu lengkap bertanjak dan bersampin itu, di kawasan Tasik Putrajaya dan taman permainan di Presint 18 di sini.
"Bila saya pakai, ramai yang tegur dan majoriti orang yang lihat menyokong apa yang saya dan anak murid lakukan... ada yang membunyikan hon dan memberi salam," kata Mohd Khairul.
Bapa kepada tiga orang anak yang berasal dari Kelantan itu berkata, rakyat Malaysia perlu sentiasa mengingati pengorbanan pejuang terdahulu, kerana tanpa mereka keamanan yang dikecapi ketika ini tidak akan dapat dinikmati.
"Meskipun negara dilanda pandemik COVID-19, kita masih boleh menyambut sambutan Hari Kemerdekaan dengan pelbagai cara, dan apa yang penting adalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti memakai pelitup muka," katanya.
Sementara itu, Izwan Khuzzairie berkata golongan muda seharusnya menggunakan medium media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok, untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaaan ke-64.
"Muat naik gambar dengan Jalur Gemilang dan letakkan tanda pagar atau 'hashtag' tertentu yang membolehkan orang luar tahu, yang kita berada dalam bulan kemerdekaan. Kita patut bangga yang negara telah merdeka dan hidup aman damai, meskipun berbilang kaum," kata pelajar tahun tiga Universiti Teknikal Malaysia itu.
Beliau berkata meskipun kemeriahan sambutan bulan kebangsaan pada tahun ini berbeza disebabkan pandemik COVID-19, namun ia bukan penghalang untuk rakyat Malaysia bersama-sama kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 29 2021
![Berpakaian umpama pendekar untuk terjemah semangat patrotisme Berpakaian umpama pendekar untuk terjemah semangat patrotisme](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51630201468_TBKIBARJALUR.jpg)
Mohd Khairul (kiri) dan Izwan Khuzzairie berbaju Melayu lengkap bersampin dan bertanjak, menyusuri Jalur Gemilang yang berkibar megah di sepanjang Jambatan Seri Gemilang bagi menzahirkan rasa cintakan negara. --fotoBERNAMA
Mangsa banjir di PPS Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak setakat jam dua petang tadi menurun kepada 5,294 orang berbanding 5,384 pagi tadi.
Ketidakstabilan politik jejas pembangunan Sabah - Joachim
Timbalan Ketua Menteri II Sabah Datuk Seri Joachim Gunsalam mengakui tidak seperti Sarawak, situasi politik negeri itu yang tidak stabil merencatkan pelan pembangunan dan kenajuan Sabah.
Enam klinik kesihatan di Sarawak laksana projek CCMS tahun ini
Pada tahun ini, 100 klinik kesihatan bakal melaksanakan projek CCMS ini dan enam di antaranya akan dilaksanakan di Sarawak yang memfokuskan kawasan luar bandar.
Jangan ganggu! hubungi pihak berkuasa jika ternampak buaya
Perrbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati sekiranya ternampak kehadiran buaya terutama di musim banjir, sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa.
Peruntukan tambahan RM7.8 juta tangani isu kulat di Hospital Sibu
Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi menangani isu kulat yang menjejaskan premis dan peralatan kesihatan di Hospital Sibu
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan barang kawalan di daerah Tawau dalam satu serbuan di sebuah rumah atas air di Jalan Tawau Lama, di sini pada Rabu.
Pastikan peruntukan mencukupi hadapi bencana - Shafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap kerajaan dapat menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi menghadapi bencana kerana ia boleh berlaku di mana sahaja pada bila-bila masa.
Tanah Runtuh: 16 lokasi kritikal di Belaga diperiksa
Sebanyak 16 lokasi tanah runtuh dikenal pasti di sepanjang Jalan Menjawah Belaga, dengan beberapa kawasan berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan tindakan segera.
UNIMAS dalam proses akhir lancar Pelan Anti Rasuah Organisasi
Naib Canselor UNIMAS Prof Dr Ahmad Hata Rasit menjelaskan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) bermatlamat membentuk warga unimas berintegriti dan mematuhi etika dalam segala aspek tatakelola sekali gus mengurangkan risiko salah laku rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
![Penunjuk perasaan Bangladesh bakar, roboh kediaman keluarga bekas PM Sheikh Hasina Penunjuk perasaan Bangladesh bakar, roboh kediaman keluarga bekas PM Sheikh Hasina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738837168_SheikhHasina.jpg)
Penunjuk perasaan Bangladesh bakar, roboh kediaman keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Kediaman Dhanmondi 32 di Dhaka mula runtuh akibat hentaman jentolak lewat malam Rabu, selepas kebakaran tercetus di tingkat tiga bangunan itu pada sebelah malamnya.
![Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655824887_TBPEMUISI.jpg)
Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.
![Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61725088241_TBHariKebangsaan.jpg)
Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arahkan Kementerian Komunikasi untuk mempertimbangkan buah tangan sebagai penghargaan kepada pasukan human graphic.
![[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan [KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725273067_AnwarIbrahimMajli.jpg)
[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan
Artikel majalah Economist mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mendapat sokongan Barat sebelum ini.
![Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725243978_tbsambutanHariKeba.jpg)
Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York
Semangat Malaysia yang mengiringi perwakilan di sana menjadi sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna.
![Jadikan semangat Hari Kebangsaan ke-67 pendorong tingkat prestasi - PM Anwar Jadikan semangat Hari Kebangsaan ke-67 pendorong tingkat prestasi - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725244029_tbAnwarIbrahim.jpg)
Jadikan semangat Hari Kebangsaan ke-67 pendorong tingkat prestasi - PM Anwar
Suasana Sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu membuktikan bahawa rakyat Malaysia berupaya lakukan sesuatu dengan jauh lebih baik jika ada kesungguhan.
![Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725194587_konsulat.jpg)
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste
![Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725189083_TBMrT.jpg)
Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bukan sahaja dirasai rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing melalui pelbagai cara termasuk mencipta lagu khas bersempena dengan hari bersejarah.
![Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725172009_TBBudapestjpg.jpg)
Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.
![Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725165199_TBKadetMalaysia.jpg)
Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka
Para kadet itu yang menghayati semangat Merdeka berkongsi pandangan mereka mengenai kepentingan hari bersejarah ini.
![Biden ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia Biden ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716240052_TBJoeBiden.jpg)
Biden ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 kepada seluruh rakyat Malaysia.