Umat Islam perlu bersangka baik antara satu sama lain bagi mengelakkan perpecahan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata kasih sayang sesama Islam adalah antara akhlak Rasulullah SAW yang paling penting yang perlu dijiwai oleh umat Islam.
"Dunia media sosial hari ini menyebabkan kita jauh daripada akhlak Rasulullah, umpamanya kita begitu mudah percaya dan sebarkan berita yang tidak diketahui kesahihannya.
"Bahkan masalah-masalah remeh kadang kala diperbesarkan tanpa kita melihat yang kita berbicara itu saudara Islam kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Haul Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani anjuran Amanah Al-Wariseen dan Darul Jailani International di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini pada Sabtu.
Seramai 15,000 umat Islam dari dalam dan luar negara antaranya Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Afrika Selatan, Jordan, Kanada, Jerman, Indonesia, New Zealand dan Singapura menghadiri majlis itu yang bertemakan "Meraikan Rasulullah, Menyatukan Hati Ummah."
Turut hadir ialah bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.
Selain Asyraf Wajdi, turut menyampaikan ceramah pada majlis itu ialah ulama terkenal dari Makkah Umar Hamid Al-Jailani, Abu Bakr Al-Adni Al-Masyhoor dari Yaman, Sayyidi Sheikh Muhammad Yahyah Al-Ninowy dari AS, Hassan Al-Attas dari Singapura, dan Al-Sheikh Dr Mohammed Ibrahim Abdul Baeth dari Mesir.
Bernama
Sun Feb 14 2016
ASYRAF WAJDI: Kasih sayang sesama Islam adalah antara akhlak Rasulullah SAW yang paling penting yang perlu dijiwai. -Gambar fail
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
Bersangka baik sesama Islam - Asyraf Wajdi
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kasih sayang sesama Islam adalah antara akhlak Rasulullah SAW yang paling penting yang perlu dijiwai oleh umat Islam.