Apabila Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran menyatakan kementeriannya kini sedang memperhalusi cadangan untuk meningkatkan umur persaraan daripada 60 tahun kepada 65 tahun, terus sebaris lirik lagu nyanyian Nirwana Band dari Indonesia terlintas difikiran, ‘Sudah cukup cukup sudah, cukup sampai di sini saja’.
Lagu ini tiada kaitan dengan kisah umur persaraan, cuma jika benar umur persaraan akan dilanjutkan lagi maka ramai rakyat Malaysia yang kecewa dan patah hati. Membaca ruangan komen di media sosial dan hasil undian secara atas talian oleh agensi berita menatijahkan majoriti tidak bersetuju had umur ditingkatkan lagi. ‘Sudah cukup sudah’ dengan had umur sedia adalah mesej jelas yang ingin disampaikan.
Semua ini berpunca dari cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang memohon kerajaan memperkenal pemberian elaun bantuan sara hidup (COLA) minimum RM500 kepada pekerja sektor swasta dan meningkatkan had umur persaraan kepada 65 tahun dalam Belanjawan 2020. Justifikasi MTUC untuk memberi perlindungan sewajarnya kepada pekerja, selain meningkatkan tahap ekonomi rakyat terpinggir.
BACA: Tiada keperluan lanjut had umur bersara - PM
Jika kerajaan menerima cadangan ini, ia bukanlah kali pertama had umur persaraan di Malaysia dinaikkan. Pada 2001, ia kali pertama dinaikkan dari 55 tahun kepada 56 tahun diikuti kali kedua pada 2008 iaitu dari umur 56 tahun kepada 58 tahun pula. Pada 27 Jun 2012, kerajaan telah membentangkan Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 di Parlimen yang menetapkan umur persaraan dilanjutkan sehingga 60 tahun dan ia diluluskan untuk dikuatkuasakan mulai 2013 sehingga kini.
Peningkatan umur persaraan pastinya akan mempunyai kesan rantaian atau chain reactions khususnya kepada pasaran tenaga kerja. Mengambil contoh dalam perkhidmatan awam misalnya, pelanjutan umur bermakna peluang-peluang pekerjaan baharu salam sektor awam tertutup atau tertangguh. Sifrnya mudah kerana tanpa berlakunya persaraan, tiadalah kekosongan jawatan dan pengambilan pekerja baharu juga terbeku sedangkan peluang pekerjaan baharu pula terhad.
Memikirkan pula kepada yang mereka yang sedang berada dalam perkhidmatan, peluang kenaikan pangkat jugak akan terkesan dek kerana ‘orang atasan dan lama’ belum bersara, maka mereka dilapisan bawah perlu tunggu lebih lama giliran atau peluang untuk naik mungkin tertutup terus.
Faktor produktiviti yang memfokuskan kepada daya kerja dan daya saing pekerja juga perlu difikirkan. Sudah memasuki kategori warga emas, mampukah mereka berdaya maju dan mampu meningkatkan produktiviti seperti yang diinginkan. Dengan kemudahan kesihatan yang lebih baik, diakui terdapat yang masih cergas dan kudrat seperti orang muda, tetapi dibimbangi lebih ramai yang menjadi sekadar rakam masuk dan rakam pulang sahaja. Sepanjang waktu bekerja lebih banyak berehat dan diberi kelonggaran membuat kerja ringan atas faktor usia.
Pengangguran tinggi dikalangan siswazah kini adalah petunjuk bahawa permintaan kepada pekerjaan jauh melebihi tawaran atau peluang yang ada. Ketegasan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bangun membantah dan membangkang cadangan ini punyai alasan yang kukuh. Beliau prihatin pada nasib 500,000 anak muda semasa yang masih menganggur dan akan lebih bertambah dimasa mendatang sekiranya dilaksanakan pelanjutan ini. Kita ini suka melaksanakan sesuatu kerana ingin mengikut seperti negara maju, tetapi terlebih dahulu lebih baik jika ukur baju dibadan sendiri, jangan sampai untung secupak rugi segantang.
*Penulis merupakan Pegawai Tadbir di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta Exco Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM
**Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Mohd Zaini Othman
Tue Sep 03 2019

Pengangguran tinggi dikalangan siswazah kini adalah petunjuk bahawa permintaan kepada pekerjaan jauh melebihi tawaran atau peluang yang ada. - Gambar hiasan
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

'Bersara 65 tahun? Sudah cukup cukup sudah'
Kita suka melaksanakan sesuatu kerana ingin mengikut seperti negara maju, tetapi terlebih dahulu lebih baik jika ukur baju dibadan sendiri, jangan sampai untung secupak rugi segantang.