SHAH ALAM: Bersara daripada perjuangan kerana faktor usia disifatkan sebagai teori barat sekular dan tidak berwawasan akhirat, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, para rasul tidak bersara daripada melaksanakan tugas mereka disebabkan faktor usia dan yang paling utama mereka mempunyai wawasan akhirat yang kekal abadi.
“Saranan sedemikian wajib ditolak, sekalipun yang mengatakannya itu bertaraf ahli falsafah, pemikir, ilmuwan, profesor dan sebagainya, kerana ilmunya tanpa berpandukan hidayah.
“Ukuran mereka itu hanyalah faktor umur, bukan faktor mukallaf,” katanya menerusi Minda Presiden Pas pada Selasa.
Abdul Hadi berkata, al-Quran menceritakan bahawa semua rasul berdakwah dan berpolitik dalam menghadapi kerajaan dan rakyat pada zaman masing-masing sepanjang hayat, sehingga tamat ajalnya di alam dunia.
Jelasnya, hanya sejumlah kecil dalam kalangan rasul yang sempat memimpin negara manakala sebahagian besarnya tidak berkesempatan sehinggakan mereka wafat dan sebahagian lagi bersama pemerintah tanpa memimpin negara.
"Nabi Daud AS menjadi khalifah, Nabi Sulaiman AS pula menjadi raja dan Nabi Muhammad SAW memimpin dan memerintah negara dengan adil bersama petunjuk ALLAH SWT. Mereka semua berdakwah dan berpolitik sehingga wafat.
“Manakala Nabi Ibrahim AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS dan lain-lain tidak sempat melihat kerajaan berdaulat yang menjadikan kitab ALLAH sebagai petunjuk dan terus berjuang sehingga masing-masing wafat.
"Nabi Nuh AS berdakwah dan berjuang sehingga 950 tahun lamanya tidak bersara sehingga baginda wafat,” kata Abdul Hadi.
Abdul Hadi menjelaskan, para rasul itu menjadi ikutan dan teladan kepada seluruh manusia dengan berdakwah membawa Islam yang sempurna bagi menyelamatkan dan mengajak manusia kepada perkara yang baik dan mencegah kemungkaran.
“Khususnya, kemungkaran yang dilakukan oleh pihak yang memerintah negara melibatkan aspek politik yang menyebabkan kemungkaran yang besar menimpa umat dan negara,” tegasnya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 04 2023
Menurut Abdul Hadi, para rasul tidak bersara daripada melaksanakan tugas mereka disebabkan faktor usia dan yang paling utama mereka mempunyai wawasan akhirat yang kekal abadi. - Fail/Astro AWANI
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata Gaza
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kertas siasatan syarikat lori disyaki punca kemalangan kini lengkap
Pengusaha syarikat lori itu telah dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.