KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun bank parti bagi tujuan siasatan dan larangan perjalanan oleh Jabatan Imigresen terhadap Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan bahawa pemohon telah melepasi keperluan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman dan terdapat isu yang boleh dibicarakan berhubung perintah pembekuan yang dipertikaikan dan larangan perjalanan.
"Isu-isu yang boleh dibicarakan ini mewajarkan hujahan lanjut oleh pihak-pihak di peringkat substantif dan tidak boleh dihapuskan oleh mahkamah pada peringkat ini," katanya.
Hakim juga berkata permohonan Bersatu untuk memulakan semakan kehakiman adalah tidak remeh dan menyusahkan.
"Saya berpandangan bahawa permohonan itu boleh diterima oleh semakan kehakiman dan sewajarnya kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman adalah dengan ini dibenarkan," kata Hakim Ahmad Kamal.
Bagaimanapun, Hakim Ahmad Kamal tidak membenarkan permohonan perintah interim parti untuk pelepasan dana daripada akaun Bersatu kerana ia akan mengganggu siasatan SPRM.
"Pada peringkat ini, membenarkan perintah interim atau pelepasan interim itu sama seperti campur tangan dalam kuasa SPRM melaksanakan kuasanya untuk pengubahan perintah.
"Justeru, saya berpendapat bahawa pengeluaran wang, yang atau mungkin berkaitan dengan kesalahan pengubahan wang haram tidak boleh dibenarkan," katanya.
Hakim seterusnya berkata pengeluaran wang jika dibenarkan, akan mengurangkan aset yang dibekukan (wang dalam akaun) kerana tujuan perintah pembekuan adalah untuk memelihara aset yang disyaki melakukan aktiviti jenayah.
"Membenarkan pengeluaran wang itu akan menggagalkan tujuan perintah pembekuan yang masih belum ditentukan dalam perbicaraan jenayah," katanya.
Dalam permohonan interim itu, Bersatu memohon pengeluaran RM1 juta bagi menampung operasi, pengurusan, gaji, kos, perbelanjaan lain dan tujuan aktiviti politik Bersatu.
Ia juga memohon pelepasan RM6 juta daripada akaunnya bagi tujuan aktiviti kempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang dan RM1 juta lagi untuk perbelanjaan yang diperlukan.
Mengenai isu larangan perjalanan, Hakim Ahmad Kamal berkata penarikan balik larangan perjalanan itu tidak bersifat akademik kerana mahkamah perlu melihat larangan itu secara keseluruhan, bukan sebagai kes terpencil.
"Selain itu, larangan perjalanan itu juga mempunyai unsur kepentingan awam dan memerlukan mahkamah melihatnya secara substantif kerana Muhyiddin, sebagai Perdana Menteri Malaysia sebelum ini mempunyai kedudukan tertentu di negara ini," katanya sambil menambah isu mengenai kesahihan larangan perjalanan itu menyentuh kebebasan asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, memerlukan pendengaran substantif oleh mahkamah ini.
Hakim Ahmad Kamal menetapkan 21 Jun untuk pengurusan kes sebelum menetapkan tarikh lain untuk mendengar merit semakan kehakiman itu.
Pada 8 Mac, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya, selaku pegawai awam Bersatu dan Muhyiddin selaku Presiden Bersatu memfailkan permohonan menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dan 19 yang lain responden pertama hingga ke-20.
Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly mewakili kerajaan manakala peguam Rosli Dahlan mewakili Bersatu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023

Hakim juga berkata permohonan Bersatu untuk memulakan semakan kehakiman adalah tidak remeh dan menyusahkan. -Gambar fail/Bernama

Pelancong warga China lemas ketika aktiviti menyelam di Semporna
Mangsa berusia 34 tahun ditemui terapung oleh jurulatih selam di permukaan air, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Semporna.

LaLiga: Atletico Madrid terima padah persembahan buruk
Getafe memanfaatkan kad merah Angel Correa yang mengangkat tinggi kakinya selepas Alexander Sorloth melakukan sepakan penalti.

EPL: Arsenal sedia kibar bendera putih
The Gunners kini ketinggalan 15 mata di belakang Liverpool, dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Lapor serangan seksual: Mangsa OKU perlu lebih sokongan, bantuan - CPS KL
Bagi mangsa, perasaan malu mungkin menebal kerana merasakan apa yang terjadi itu mengaibkan dan ada juga yang menyalahkan diri sendiri.
Mogok pekerja: hampir 300 penerbangan terjejas di Hamburg
Hampir 300 penerbangan terpaksa dibatalkan di Lapangan Terbang Hamburg pada Ahad selepas pekerja perkhidmatan darat melancarkan mogok tanpa notis awal.
Pasca perang : pemimpin Syria ikrar tumpaskan pemberontak Pro-Assad
Pemimpin baharu Syria, Ahmed Sharaa, berikrar untuk memburu pihak yang terlibat dalam pertempuran ganas antara penyokong setia bekas Presiden Bashar al-Assad dan kerajaan baharu negara itu.
Perang di Ukraine: tentera Rusia kuasai tiga penempatan baharu di Kursk
Tentera Rusia pada Ahad berjaya menawan semula tiga lagi penempatan di wilayah barat Kursk dalam usaha mengusir pasukan Ukraine yang menguasai sebahagian wilayah itu sejak tujuh bulan lalu susulan pencerobohan rentas sempadan.

Casteels angkat kaki, protes kepulangan Courtois
Casteels berang dengan tindakan Persatuan Bolasepak Diraja Belgium (KBVB) yang dilihat membuka pintu seluas-luasnya untuk Courtois.

EPL: Manchester United tak rela dicop 'park the bus'
Walaupun mendahului dalam babak pertama, mereka akhirnya terpaksa berpuas hati apabila Declan Rice menyamakan kedudukan.
Gencata senjata: Israel henti bekalan elektrik ke Gaza, tekan Hamas
Israel pada Ahad mengumumkan akan menghentikan bekalan elektrik ke Gaza.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.

Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.

Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.

Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.

Armada Bersatu umum lantikan baharu pimpinan
Armada Bersatu mengumumkan lantikan baharu kepimpinan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen IDCC.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.

PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu
Ronald Kiandee berkata, PN menolak dakwaan bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dalam usaha memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu
Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memenangi jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.

Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.