SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tiada sebarang halangan untuk berdamai dengan Kerajaan Perpaduan selagi diberi ruang untuk memberi kritikan membina demi kebaikan bersama.
Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, bagaimanapun, perdamaian itu dikhuatiri akan menyebabkan pihak pembangkang hilang suara memberi teguran dan pandangan.
Beliau berpendapat, jika itu yang berlaku pihaknya tidak bersetuju untuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membuka lembaran baharu dengan Kerajaan Perpaduan.
“Apapun perjanjian, jika demi kepentingan rakyat, ekonomi dan pembangunan negara saya rasa tidak ada masalah malah mengalu-alukannya kerana ia sememangnya keutamaan kami.
“Cuma kita bimbang bila buat perjanjian damai, kita pula kena ikut apa yang ditentukan oleh Kerajaan Perpaduan sedangkan semua pihak tahu mereka pun dalam keadaan yang tidak jelas, dasar tidak menentu dan bercelaru,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, menurut Mas Ermieyati, jangan disebabkan perdamaian itu, ada pihak yang akan mempertikaikan kewibawaan Sanusi dalam memberi teguran dan kritikan.
“Jadi, syarat damai adalah masih boleh menegur dan mengkritik kerajaan bukan menerima seadanya,” jelas beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 16 2023

Bersatu tiada sebarang halangan untuk berdamai dengan Kerajaan Perpaduan selagi diberi ruang untuk memberi kritikan membina demi kebaikan bersama, kata Naib Ketua Srikandinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. - Gambar fail BERNAMA

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Gencatan politik: "Tolong kasihan kami, jangan bergaduh" - Rakyat merayu!
Bagi rakyat, besar harapan mereka agar krisis politik yang melanda negara ketika ini dapat diselesaikan segera, sekali gus memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat.