DAVOS: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru semua negara untuk bersedia menghadapi pandemik seterusnya.
Menurut Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, persediaan adalah soal bila pandemik akan datang tiba dan bukannya soal jika wujud pandemik seterusnya.
WHO mengukuhkan istilah "Penyakit X" untuk penyakit yang tidak diketahui.
"Apa-apa pun yang berlaku adalah soal bila, bukan jika kita perlu bersedia untuk penyakit yang kita tidak tahu yang mungkin akan datang. Atas sebab itulah kita menamakan Penyakit X," katanya.
Selain itu, Ghebreyesus turut menyenaraikan bidang seperti perancangan kesediaan dan infrastruktur penjagaan kesihatan yang negara boleh sediakan walaupun tanpa banyak pengetahuan tentang "Penyakit X".
Beliau juga menekankan kepentingan melabur dalam penjagaan kesihatan primer dan persediaan menghadapi wabak seperti COVID-19.
"Negara berpendapatan tinggi terkejut kerana pelaburan mereka dalam beberapa dekad yang lalu adalah pada teknologi tinggi, teknologi canggih dalam perkhidmatan tertiari, malah pembedahan robotik. Tetapi pelaburan mereka dalam penjagaan kesihatan primer tidak ada. Malah sesetengah negara tidak dapat melakukan pengesanan kontak rapat.
"Jadi untuk menyediakan negara, saya fikir komitmen yang diperbaharui untuk mengukuhkan penjagaan kesihatan primer adalah sangat penting," ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian dalam forum persediaan untuk pandemik seterusnya di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos pada Rabu.
Dalam forum ini pakar-pakar turut berkongsi perspektif mereka mengenai kesediaan berdepan pandemik setrusnya.
Astro Awani
Thu Jan 18 2024
Ghebreyesus menyenaraikan bidang seperti perancangan kesediaan dan infrastruktur penjagaan kesihatan yang negara boleh sediakan walaupun tanpa banyak pengetahuan tentang "Penyakit X". - Foto fail/AP
Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin
Malaysia dengan tegas menolak sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air mereka dan menegaskan perlunya penyelesaian kekal yang menghormati hak serta kedaulatan mereka.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Wisma Putra menyifatkan pemindahan paksa sebagai bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa serta pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Wisma Putra menyifatkan pemindahan paksa sebagai bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa serta pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat palestin di Gaza
ASEAN menyatakan kekesalan terhadap pengumuman pengusiran rakyat Palestin dari Gaza dan menegaskan pendiriannya menolak sebarang pelanggaran undang-undang antarabangsa, kata Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan
Beliau berkata Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini bersama negara anggota lain sepakat bahawa tindakan itu tidak boleh diterima.
Beliau berkata Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini bersama negara anggota lain sepakat bahawa tindakan itu tidak boleh diterima.
Afrika Selatan harap Trump lawat negara itu menjelang Sidang Kemuncak G20
Afrika Selatan berharap Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan melawat negara itu tahun ini sempena Sidang Kemuncak G20.
Harga minyak mentah tidak menentu berikutan dasar trump - BMI
BMI menjangka harga minyak mentah mengalami ketidaktentuan yang ketara dalam tempoh beberapa bulan berikutan pasaran mengambil kira impak dasar baharu AS.
Nissan dijangka tamat perbincangan penggabungan dengan Honda, tolak status anak syarikat - Sumber
Nissan Motor Co dijangka menamatkan perbincangan penggabungan dengan Honda Motor Co susulan penolakan terhadap cadangan Honda baru-baru ini untuk menjadikannya sebagai anak syarikat.
Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan tidak dibekukan - SPRM
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan dengan sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan tidak dibekukan, sebaliknya mereka hanya dipanggil untuk membantu siasatan. #AWANInews
Tindakan terhadap khatib akan ditentukan Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib JAIPk
Timbalan Pengarah JAIPk Zakaria Abd Razak berkata siasatan telah dijalankan oleh Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar.
Ibu bapa mengaku tidak bersalah dera anak kandung
Pasangan tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap anak lelaki mereka berusia 10 tahun sehingga terpaksa dirawat di hospital.
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
AS tarik diri, Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO dijangka berlangsung dalam suasana krisis
Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin dijangka berlangsung dalam suasana krisis berikutan kesan daripada keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menarik diri.
Keputusan AS keluar WHO hanya rugikan rakyat sendiri - Penganalisis
Keputusan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak memberi kesan yang ketara kepada sistem kesihatan global.
Trump keluarkan AS daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengeluarkan Amerika Syarikat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin.
Trump arah Amerika Syarikat tarik diri dari WHO sekali lagi
Perintah eksekutif ini, yang dibuat pada hari pertama penggal kedua Trump, memenuhi janjinya untuk menolak institusi global.
AS$10 bilion diperlukan untuk pulihkan sistem kesihatan Gaza - WHO
WHO memerlukan akses yang pantas, tanpa halangan dan selamat untuk mempercepatkan aliran bantuan ke Gaza.
Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Peningkatan jangkitan pernafasan di China masih dalam julat biasa musim sejuk - WHO
Pihak berkuasa melaporkan penggunaan hospital kini lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lepas.
Ibu negara Vietnam, Hanoi, bandar raya paling tercemar di dunia
Ibu negara Vietnam, Hanoi, menduduki tangga teratas sebagai kota paling tercemar di dunia pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).
Ketua WHO tuntut pembebasan pengarah hospital di Gaza
Tedros Adhanom Ghebreyesus desak agar Pengarah Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, Hussam Abu Safia, dibebaskan dengan serta-merta.
Sistem kesihatan Gaza di ambang kehancuran, WHO desak henti serangan ke atas hospital
Tedros berkata Hospital Al-Ahli dan Hospital Pemulihan Al-Wafa di Bandar Gaza telah diserang tentera Israel, menyebabkan kerosakan pada kedua-dua bangunan itu.