Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti bukti daripada gambar dan video sewaktu perhimpunan yang diisytihar haram Bersih 4 hujung minggu lepas bagi mengesan lebih ramai individu untuk membantu siasatan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata tindakan tersebut perlu diambil bagi merakam percakapan dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan jika terbukti bersalah.
"Polis akan memanggil lebih ramai lagi yang terlibat dalam Bersih selain tujuh individu yang dipanggil ke Bukit Aman.
"Kami berjaya mengawalnya (perhimpunan). Kami akan ambil apa juga tindakan dan akan ada orang lagi akan dipanggil.
"Kami sekarang sedang melihat gambar dan video untuk mengesan mereka yang terlibat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Teknologi Keselamatan Asia Tenggara (IFSEC Asia Tenggara) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Dilapor pada Selasa lepas, polis mengambil keterangan tujuh anggota jawatankuasa pemandu dan sekretariat Bersih iaitu pengerusi Maria Chin Abdullah, timbalan Pengerusi Sarajun Hoda Abdul Hassan, Masjaliza Hamzah, Mandeep Singh, Farhana Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan Adam Adli Abdul Halim.
Mengenai persidangan itu, Khalid berkata sememangnya PDRM dan pihak yang terdedah dengan risiko jenayah memerlukan kecanggihan bidang teknologi ketika ini untuk meningkatkan tahap keupayaan dan kesiapsiagaan keselamatan negara.
Katanya antara teknologi tersebut adalah kamera litar tertutup yang canggih, 'sistem kenal pasti wajah' untuk menghalang mereka yang tidak dikenali memasuki mana-mana bangunan serta kamera khas untuk mengesan dengan lebih jelas nombor pendaftaran kenderaan.
Khalid berkata teknologi tersebut juga antara dipohon pihaknya kepada kerajaan untuk dipertimbangkan dan diluluskan dalam membantu memerangi jenayah dengan lebih efisien lagi.
"PDRM sentiasa berhasrat untuk menjadi sebuah pasukan yang moden dengan kelengkapan teknologi yang maju. Menuju ke arah itu, kami memerlukan bantuan dari segi teknologi-teknologi yang baik.
"Penyalahgunaan laman sosial juga jelas terjadi pada masa kini dan jika terdapat teknologi yang boleh mengesan individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan maklumat palsu serta fitnah, ia boleh dipertimbangkan PDRM," katanya.
IFSEC yang berlangsung dari 2-4 Sept antara lain mempamerkan hampir 350 produk keselamatan dan teknologi canggih daripada pasaran antarabangsa selain penerangan cara-cara untuk bertindak serta memantau kes jenayah, pengganas, kemalangan, atau bencana alam secara efisien dan lebih berkesan.
Bernama
Thu Sep 03 2015

KHALID: Polis akan meneliti bukti daripada gambar dan video sewaktu perhimpunan yang diisytihar haram Bersih 4 hujung minggu lepas bagi mengesan lebih ramai individu untuk membantu siasatan. -Gambar fail
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.

Dua pegawai pejabat pendidikan direman bantu siasatan kes rasuah
Suspek lelaki dan wanita itu ditahan pada 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah.

Kemalangan maut: Polis mohon saksi di Bandar Baharu tampil bantu siasatan
Kejadian melibatkan kereta jenis Honda Civic berwarna hitam dengan sebuah lagi kenderaan dipercayai lori.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 Mac 2024.

Bekas pesakit mental ditahan bantu siasatan kes pengawal keselamatan maut
Polis menahan seorang lelaki yang juga bekas pesakit mental bagi membantu siasatan kes seorang pengawal keselamatan yang ditemukan maut di sebuah tapak pusat perkhemahan Gunung Lang, di sini awal pagi

Kes penipuan pelaburan i-Serve, dua lagi ditahan
PDRM menahan dua lagi individu berhubung kes penipuan pelaburan i-Serve pada awal pagi Isnin.

Polis kesan tiga sekeluarga bantu siasatan kes dadah
Polis Diraja Malaysia sedang mengesan tiga sekeluarga bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.

SPRM nafi Justin Lim tidak diberi notis panggilan
SPRM menafikan dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Sersol Bhd, Datuk Justin Lim Hwa Tat bahawa dia tidak diberi sebarang notis panggilan untuk membantu siasatan.

Kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan, polis minta saksi salur maklumat
Penumpang belakang kereta Proton Saga Aeroback, seorang perempuan berumur 59 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian.

SPRM sedang kesan Siti Liyana Sakijan bantu siasatan kes
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram.

Saksi kemalangan di Pantai Sepat diminta tampil
Nahas terbabit melibatkan mangsa berusia 17 tahun itu dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas sendiri.