BALING : Kehidupan seorang bekas pemandu lori yang menjadi ketua keluarga berubah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020 apabila dia disahkan menghidap penyakit kanser kulit.
Juhari Said, 49, tidak menyangka ketulan yang timbul di lehernya selain sering mengalami pendarahan hidung serta sesak nafas sebelum ini menjadi petanda awal kepada penyakit tersebut.
Menurutnya, tidak tahan dengan rasa sakit yang menyerangnya, dia telah ke Hospital Sungai Petani di Sungai Petani untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut sebelum dirujuk doktor pakar di Hospital Selayang, Selangor.
"Dia naik macam bisul seketul dan keluar darah keliling kuping semasa membuat kimoterapi. Saya pernah dimasukkan darah dua pain di Hospital Selayang sebelum dirujuk ke Hospital Sungai Petani.
"Selepas itu ketulan ini jadi seperti hari ini. Saya fikir kalau perlu kimoterapi lagi saya rasa tidak larat dah," katanya semasa menerima kunjungan aktivis masyarakat, Natipah Abu yang hadir memberikan sumbangan.
Juhari dan isteri, Nor Shakila Zainun, 40, bersama tiga anaknya kini tinggal di rumah bapa mentuanya di Kampung Baru Batu Besar, dekat sini.
Sementara itu, Nor Shakila berkata, mereka kini sepenuhnya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyara kehidupan.
Ujarnya, dia juga tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga anak bongsu, Muhammad Aiman Saifuddin, 6, yang juga Sindrom Down dan mempunyai masalah jantung berlubang.
"Rasa sedih tu memang ada sebab sebelum ini suami keluar bekerja untuk menyara kami tapi sekarang kami mengharapkan bantuan mak ayah dan adik-beradik lain," katanya lagi.
Natipah pula berkata, kos rawatan susulan Juhari dilihat agak tinggi dan memerlukan ihsan orang ramai untuk membantunya.
Mana-mana pihak yang mahu membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Nor Shakila Zainun (1013029000203710) atau menghubunginya di nombor 019-9828746.- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 19 2023

Juhari Said tidak menyangka ketulan yang timbul di lehernya selain sering mengalami pendarahan hidung serta sesak nafas sebelum ini menjadi petanda awal kepada penyakit tersebut. - Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bertahun-tahun derita kanser kulit
Kehidupan seorang bekas pemandu lori yang menjadi ketua keluarga berubah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020 apabila dia disahkan menghidap penyakit kanser kulit.

Penduduk kampung resah Sungai Rui dicemari arsenik
Rata-rata penduduk berhampiran sungai itu bergantung harap kepada pulangan hasil ikan loma ketika musim kemuncaknya.

14 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual
Bahagian NPRA Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan 14 produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual termauk merkuri.

Pelakon Hugh Jackman dikesan hidap kanser kulit buat kali kedua
Pelakon Hugh Jackman mendedahkan pertarungannya dengan penyakit kanser kulit buat kali kedua di laman Facebooknya.