KUALA LUMPUR:Rakyat tidak perlu rasa bimbang sekiranya pengisytiharan perintah darurat benar-benar dilakukan oleh kerajaan.
Pengamal Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, langkah tersebut tidak akan menjejaskan kehidupan rakyat, sebaliknya, tindakan itu sebagai langkah menyelesaikan kemelut yang sedang melanda negara.
"Saya rasa rakyat tidak perlu bimbang, kalau kita belajar dari sejarah dua pengisytiharan darurat di Sarawak pada 1996 dan Kelantan pada 1977, ialah untuk menyelesaikan isu kemelut kerajaan.
"Ia (darurat itu) tidak memberi kesan kepada rakyat ketika itu. Proses itu hanya berlaku dalam kerajaan dan dapat diselesaikan dengan peruntukan ordinan-ordinan yang tertentu ataupun arahan-arahan tertentu," katanya kepada Astro AWANI dalam temu bual menerusi Skype, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Nik Ahmad Kamal berkata, situasi yang berlaku dalam negara ketika ini tidak sama dengan perintah darurat yang dilakukan oleh kerajaan pada 1969.
"Jadi, di situ memang berlaku sesuatu yang kita takut. Tetapi untuk kali ini ia tidak akan berlaku seperti 1969. Apa yang berlaku ialah pihak eksekutif akan cuba menangani isu kemelut politik dengan cara yang terbaik untuk memastikan ia dapat diselesaikan dan juga isu pandemik dapat ditangani dengan baik.
"Jadi, saya rasa tidak timbul rasa gentar atau rasa takut dengan apa yang berlaku nanti," katanya lagi.
Bagaimanapun, Nik Ahmad Kamal menambah, tempoh darurat tidak dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada sejauh mana kemelut itu dapat diselesaikan.
"Apa yang saya faham ia tidak ditetapkan. Ia bertujuan untuk menyelesaikan satu-satu masalah dan apabila kemelut itu selesai, ia akan ditamatkan.
"Tetapi apabila kita lihat darurat 1969, ia hanya selesai atau ditamatkan pada 2011 dan undang-undang darurat itu tamat pada 2012," katanya.
BACA: Apa itu Darurat? Ini 15 perkara anda perlu tahu
BACA: Mungkinkah kerajaan akan isytihar darurat kesihatan?
Ketika ini, timbul desas-desus bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mencadangkan pengisytiharan darurat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mengatasi ketidakstabilan politik dan mengelak lebih banyak konflik dalam sidang Parlimen akan datang.
Di bawah Perlembagaan Persekutuan, darurat hanya boleh diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong, seperti peruntukan dalam Perkara 150.
Sebelum ini, pengisytiharaan darurat dilaksanakan di Sarawak pada 1966 berikutan pergelutan kuasa kerajaan negeri dengan Persekutuan, manakala Darurat Kelantan 1977 kerana pergelutan kuasa pentadbir negeri dengan Persekutuan.
BACA: PM tiba di Istana Abdulaziz untuk menghadap Agong
Hasimi Muhamad
Fri Oct 23 2020
Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidddin Yassin tiba di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, Kuantan bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jumaat. - Gambar BERNAMA
Lebih 19,000 pencarum dapat manfaat kemudahan dialisis Perkeso - Sim
Peruntukan lebih RM400 juta disediakan bagi rawatan dialisis di pusat dialisis yang disediakan Perkeso sepanjang tahun lepas.
Rancangan peluasan Israel jejas kestabilan Asia Barat, kata Pakistan
Pakistan menggesa pelaksanaan "gencatan senjata segera dan penuh."
SEZ Johor-Singapura, eratkan lagi integrasi dalam ASEAN - PM Anwar
JS-SEZ adalah inisiatif unik apabila kedua-dua negara bekerjasama membantu mempromosikan kedua-dua negara dan menarik pelaburan.
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal 4.5 peratus pada 2025 - OCBC
Walaupun wujud turun naik bulanan, pertumbuhan eksport kekal berdaya tahan, disokong oleh tahap terendah dalam kitaran menurun eksport elektronik global.
Gencatan senjata: Malaysia bincang dengan Jepun, segerakan pembangunan semula Gaza
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akan menghubungi rakan sejawatannya Shigeru Ishiba hari ini untuk membincangkan perkembangan mutakhir itu.
#AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 16 Januari 2025
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
AWANI Sabah+ | Setiap Khamis & Jumaat 8:25 Malam
Merentasi Laut China Selatan, hingga ke puncak Kinabalu. Kami bawakan lapopran ringkas, padat dan komprehensif. 5 minit AWANI Sabah+, setiap Khamis dan Jumaat 8:25 malam hanya di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Tiga pekerja restoran pengsan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fasa Gencatan Senjata
Berikut adalah info berkenaan dengan fasa perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza.
Pengarah syarikat direman, disyaki minta, terima rasuah RM1 juta
SPRM menahan reman seorang pengarah syarikat disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta sebagai balasan memberikan kerja sebagai subkontraktor berhubung tender perkhidmatan membekal makanan dan minuman kepada pekerja.
Kongres Nasional Tahunan PKR 2021 berlangsung serentak 2022, jawatan kosong kekal
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kongres tahunan itu akan berlangsung serentak dengan kongres bagi tahun 2022.
Tiada keperluan letak negara dalam darurat selepas 1 Ogos - Raja-Raja Melayu
Raja-Raja Melayu turut sependapat bahawa suhu politik yang semakin panas wajib diredakan.
Parlimen perlu bersidang secepat mungkin - Agong
Perbincangan khas ini merupakan kali kedua seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak Al-Sultan Abdullah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019.
COVID-19: 5,150 kes baharu, 7,240 kes sembuh
Selangor menjadi penyumbang tertinggi iaitu sebanyak 1,914 kes diikuti masing-masing Negeri Sembilan (607) dan Sarawak (570).
Kuasa Agong: Antara 'prerogatif' dan 'nasihat'
Mutakhir ini, Perkara 40 dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan menjadi topik perdebatan hangat selepas Yang di-Pertuan Agong menolak melaksanakan darurat.
PN sambut baik solidariti, tekad perangi COVID-19
PN menyambut baik semangat solidariti parti komponen ahli-ahli Parlimen ang telah menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mendukung Kerajaan Perikatan Nasional.
Berunding biarlah di luar Parlimen, secara tertutup - Dr Aziz Bari
Pakar Perlembagaan, Dr Aziz Bari mencadangkan rundingan antara kerajaan dan pihak pembangkang perlu dilakukan di luar Parlimen.
Peletakan jawatan Muhyiddin antara agenda perbincangan BN - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein berkata, beliau ingin mendengar pandangan konsesus BN mengenai perkara itu terlebih dahulu.
Dakwaan Ismail Sabri gesa Muhyiddin bubar Dewan Rakyat bagi UMNO, BN palsu
Dakwaan mengatakan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membubarkan Dewan Rakyat bagi pihak UMNO dan BN adalah palsu.
Mesyuarat Khas Kabinet selesai pukul 2 petang
Mesyuarat itu dipercayai membincangkan keputusan Yang di-Pertuan Agong yang menolak pengisytiharan darurat semalam.