SHAH ALAM: Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengesa kerajaan agar bertindak tegas terhadap mana-mana majikan yang melanggar Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 sehingga pendakwaan perlu dilakukan.
Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor berkata, ini kerana terdapat majikan mengubah terma perkhidmatan itu supaya waktu kerja adalah 45 jam.
Menurutnya, pekerja tidak lagi dibayar upah bagi masa waktu rehat setelah pindaan baharu dibuat.
"Sebelum pindaan akta kerja, majikan membayar upah bagi waktu rehat tetapi setelah pindaan dibuat majikan tidak lagi berbuat demikian.
"Perlakuan majikan ini telah menyebabkan kemarahan pekerja kerana tempoh berada di syarikat tidak berubah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Media melaporkan, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 pada 1 Januari 2023.
Pindaan itu melibatkan pengurangan waktu kerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu, penambahan cuti bersalin, cuti paterniti, waktu fleksibel dan banyak lagi telah memberi sinar baharu kepada kaum pekerja.
Tambah Kamarul Baharin, setelah seminggu penguatkuasaan dibuat, terdapat aduan daripada pekerja dan kesatuan sekerja mengenai kegagalan majikan membuat pindaan selaras dengan akta baharu itu.
"Pelaksanaan waktu kerja yang dikurangkan kepada 45 jam seminggu masih lagi tidak dilaksanakan.
"Majikan tidak membuat persediaan yang sewajarnya kerana mengharapkan kerajaan menunda sekali lagi pelaksanaannya sedangkan pengurangan waktu kerja adalah memberi keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan (work life balance)," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 09 2023

Kamarul Baharin Mansor berkata pekerja tidak lagi dibayar upah bagi masa waktu rehat setelah pindaan baharu dibuat. - Foto BERNAMA

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Presiden MTUC dilucutkan jawatan, dilarang bertanding dua penggal
Mohd Effendy turut dilarang bertanding pada pemilihan pegawai MTUC bagi tempoh dua penggal iaitu selama enam tahun.

HRD Corp: MTUC yakin Skim Gerak Insan Gemilang telus, bersih
MTUC yakin Skim Gerak Insan Gemilang yang dikendalikan HRD Corp telus dan bebas daripada unsur-unsur salah guna kuasa.

Ratifikasi Konvensyen C155 tingkat keselamatan, kesihatan pekerja
Tindakan kerajaan meratifikasi Konvensyen C155 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) akan meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerja.

Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.

MTUC dakwa 900 pekerja MYAirline 'digantung tidak bertali'
MTUC mendakwa tindakan MYAirline mengeluarkan notis pemberhentian sementara operasi secara tiba-tiba sebagai tidak profesional.

PRN: MTUC cadang cuti khas Sabtu ini
MTUC mencadangkan Sabtu ini iaitu hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dijadikan sebagai cuti khas.

Gaji progresif harap dilaksana, bukan sekadar mainan politik - MTUC
Cadangan untuk memperkenalkan gaji progresif diharap mampu untuk direalisasikan dan bukan hanya sekadar mainan politik.

Gaji minimum RM1,500 seluruh sektor beri kelegaan kepada pekerja - MUTC
Lebihan gaji RM300 akan memberi kelegaan dan memberi kualiti hidup yang baik kepada pekerja.

Penetapan gaji minimum perlu berdasarkan pelbagai aspek - Kesatuan pekerja
Penetapan gaji minimum perlu dibuat berdasarkan pelbagai aspek termasuk sektor pekerjaan, kelayakan akademik, pengalaman dan kemahiran pekerja bagi memberi keadilan kepada semua pihak.

Kerajaan perlu segera ratifikasikan konvensyen ILO berkaitan hak pekerja berpesatuan - MTUC
Ia bagi memastikan pekerja dapat gaji yang bermaruah, kerja yang baik dan faedah yang layak menerusi rundingan dan perjanjian bersama.