KUALA LUMPUR: Penerjun muda Bertrand Rhodict Lises muncul atlet pertama Malaysia yang menempah slot secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas berjaya melangkah ke pentas final 10 meter (m) platform lelaki pada Kejohanan Akuatik Dunia 2023, esok.
Pada saingan di Fukuoka Prefectural Pool, Jepun itu menyaksikan Rhodict menamatkan saingan separuh akhir dengan merekodkan 420.70 mata untuk berada pada kedudukan ke-10 daripada 18 peserta, menurut laman sesawang kejohanan worldaquatics.com.
Kejayaan itu menyaksikan penerjun berusia 18 tahun itu unggul menempatkan diri dalam syarat kelayakan iaitu kelompok 12 terbaik di peringkat separuh akhir yang akan beraksi di final sekali gus layak ke Paris.
Lian Junjie dari China mengungguli pusingan itu dengan mencatatkan 505.50 mata, disusuli Cassiel Rousseau dari Australia (494.10 mata) manakala Yang Hao dari China di tempat ketiga (484.90 mata).
Rhodict mampu menjadi penerjun pertama yang menghadirkan kilauan pingat di Fukuoka sekiranya beliau menonjolkan aksi cemerlang pada pentas final esok, selepas skuad negara belum lagi meraih kedudukan podium setakat ini sejak kejohanan itu bermula 14 Julai lalu.
Sementara itu, nasib berbeza menimpa penerjun negara, Enrique Maccartney Harold apabila perjalanan beliau terhenti pada pusingan kelayakan menerusi acara sama selepas hanya mencatatkan 308.20 mata untuk berada pada kedudukan ke-39 daripada 40 peserta.
Kejohanan berlangsung hingga 30 Julai ini.
Dalam satu hantaran dalam ruangan Insta Story di laman Instagram Majlis Sukan Negara (MSN), Bertrand tidak dapat menyembunyikan keterujaannya sebaik sahaja bergelar atlet pertama negara layak ke temasya sukan terbesar dunia itu tahun depan.
Beliau juga mengambil kesempatan menyatakan penghargaan kepada jurulatih, keluarga dan teman seperjuangan atas sokongan dan dorongan diberikan kepadanya selama ini.
"Banyak terima kasih kepada MSN, Insititut Sukan Negara (ISN) dan Kementerian Belia dan Sukan kerana menyokong saya. Tolong teruskan sokongan kepada saya sehingga Paris 2024," katanya
MSN pada masa sama juga turut mengucapkan tahniah atas kejayaan dilakarkan oleh penerjun kelahiran Sarawak itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2023
Pada saingan di Fukuoka Prefectural Pool, Jepu, Rhodict menamatkan saingan separuh akhir dengan merekodkan 420.70 mata. - Instagram Bertrand Rhodict
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Olimpik Paris 2024: Perjalanan Bertrand Rhodict berakhir di pusingan kelayakan
Penerjun negara, Bertrand Rhodict Lises, terlepas peluang ke separuh akhir acara 10 meter platform lelaki Sukan Olimpik Paris 2024.
Peranan sebagai pembawa bendera dorong Bertrand untuk capai enam terbaik
Diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 memberi inspirasi kepada penerjun negara Bertrand Rhodict Lises untuk menampilkan aksi cemerlang di Paris.
Olimpik Paris 2024: Misi tingkat darjah kesukaran terjunan Bertrand hampir tercapai
Bertrand semakin menghampiri misinya untuk menguasai kemahiran terjunan dengan darjah kesukaran 3.7 dan 3.6 di pentas Sukan Olimpik Paris 2024.
Bertrand, Nur Shazrin pembawa Jalur Gemilang Olimpik Paris 2024
Upacara perasmian dijadual diadakan di Sungai Seine dengan bot membawa para atlet bagi setiap delegasi negara.
Bertrand mengembara 'serap' ilmu terjun
Bertrand kini jalani latihan di Singapura bermula hingga 30 Mei ini dan kemudiannya akan ke Australia untuk menyertai kejohanan terjun di Brisbane.
Piala Dunia: Bertrand-Enrique duduki tempat kesembilan acara 10 meter platform seirama
Bertrand-Enrique mengumpul 353.67 mata selepas enam pusingan terjun manakala Yang Hao-Lian Junjie dinobat juara dengan meraih 457.23 mata.
Piala Dunia: Bertrand duduki tempat ke-10 acara 10m platform lelaki
Atlet terjun negara itu, mengumpulkan 389.85 mata selepas enam terjunan pada acara berlangsung di Parc Olympique.
Bertrand harap dimasukkan dalam program RTG
Pemuda Sarawak berusia 18 tahun itu dijangka mengetahui kedudukannya selepas mesyuarat Jawatankuasa RTG minggu depan.
RTG: Nasib Bertrand diketahui akhir bulan ini - Hannah
Biarpun Bertrand bukan di bawah RTG, MSN tetap memberi sokongan kepadanya untuk menjalani persiapan membuat penampilan di Sukan Olimpik.
Paris 2024: MAS rancang program latihan khas untuk Bertrand
Persekutuan Renang Malaysia merancang program latihan khas untuk Bertrand Rhodict Lises, satu-satunya atlet terjun yang layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.