BARU berusia sebulan, bayi bernama Aisya cukup bertuah kerana sudah berpeluang bertemu dan dipangku oleh pemimpin kesayangan negara, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Aisya yang kini menjadi buah hati kesayangan pelakon Datin Seri Umie Aida dan suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dibawa oleh ibu dan ayah angkatnya bertemu Perdana Menteri di kediaman beliau baru-baru ini.
Dalam pertemuan istimewa itu, Umie berkongsi cerita keterujaan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah melihat dia dan suami membawa Aisya bertemu mereka.
Banyak nasihat dan tip yang dikongsi Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah kepadanya mengenai cara membesarkan anak.
Umie dan Khairuddin yang sememangnya menghormati dan menyayangi Perdana Menteri dan isteri berterima kasih buat kedua-dua personaliti yang sudah dianggap seperti ibu dan bapa sendiri di atas perkongsian yang amat berharga.
"Tun Siti menasihatkan Umie kalau boleh bagi Aisya minum susu badan. Itulah yang paling terbaik buat anak yang baru lahir. Insya-Allah Umie akan usahakan untuk membekalkan Aisya dengan susu badan.
"Tun Siti dan Tun Mahathir juga memberi ilmu membesarkan anak-anak. Umie amat hargai nasihat dan kesempatan yang diperoleh daripada dua negarawan yang dihormati itu," kata pelakon filem Dukun itu berkongsi pengalaman dengan Astro AWANI ketika dihubungi.
Pada kesempatan itu juga, momen yang akan terus kekal berada dalam kotak fikiran Umie ialah apabila Dr Mahathir memberi pandangannya mengenai Aisya.
"Bertuah budak ini..." kata-kata yang terpacul dari mulut Dr Mahathir membuatkan Umie dan suaminya sebak seketika.
Ketika itu juga, Umie berendapat, keputusannya untuk memelihara Aisya sangat tepat dan dia berikrar akan menjaga amanah Allah itu dengan sebaik-baiknya.
"Kehadiran Aisya adalah anugerah daripada Allah buat Umie dan suami. Rezeki mendapat Aisya memang tidak terduga. Bayangkan, kali terakhir Umie mengasuh anak 25 tahun lalu.
"Kali ini, Aisya hadir membawa kegembiraan baharu dalam keluarga kami. Semoga Aisya membesar sebagai anak yang solehah dan bertuah seperti mana kata Tun Mahathir," ujar Umie yang juga mempunyai dua anak angkat lain.
Menurut Umie, membawa Aisya bertemu dengan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah merupakan hasrat yang disimpan oleh dia dan suaminya.
"Alhamdulillah, kesempatan diperoleh dan Umie sangat gembira apabila Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah turut berkongsi kegembiraan Umie dan suami," kata primadona filem Melayu itu lagi.
Sementara itu, dalam perkongsian di laman Facebook peribadinya, Umie turut berkongsi cerita kunjungan dia, suami dan Aisya ke kediaman Perdana Menteri.
Astro Awani
Wed Jul 17 2019
Dr Mahathir diapit oleh Dr Siti Hasmah, Khairuddin dan Umie Aida memangku Aisya di kediaman beliau baru-baru ini. - Gambar Facebook Umie Aida
Naturalisasi: Pemain tempatan perlu sedia bersaing di pasaran terbuka
Di sebalik kebimbangan lambakan pemain naturalisasi boleh kurangkan peluang bakat tempatan, Nidzam melihatnya sebagai satu cabaran positif.
Semua kementerian bekerjsama lahirkan modal insan berkualiti
Kesemua kementerian dalam pentabdiran Kerajaan Madani akan terus bekerjasama dalam usaha melahirkan modal insan yang berbakat dan mempunyai skil bagi memenuhi keperluan industri-industri baharu.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan berkenaan.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghua di Pahang dan seluruh negara secara amnya.
Hafiq yakin mampu bawa cabaran lebih besar
Pelumba endurance ini melakar impian besar untuk membawa nama Malaysia ke pentas Olimpik.
7 maut dalam insiden pentas runtuh di utara India
Beberapa wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku di daerah Baghpat, Uttar Pradesh.
Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.
Aliran trafik lancar di lebuh raya utama walaupun jumlah kenderaan meningkat
Trafik di semua lebuh raya bertol melibatkan Lebuhraya Utara Selatan, PLUS E1 dan E2 di Utara, Tengah dan Selatan bergerak lancar dan terkawal.
Amaran banjir ketika hujan berterusan di seluruh UK
Puluhan amaran banjir dikeluarkan di seluruh England dan Wales ketika hujan dan angin terus melanda negara itu.
Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29.
"Bertuah budak ini... kata-kata Tun Mahathir menyentuh perasaan Umie Aida
Baru berusia sebulan, bayi bernama Aisya cukup bertuah kerana sudah berpeluang bertemu dan dipangku oleh pemimpin kesayangan negara, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.