Susulan kes penemuan seekor beruang matahari, dalam sebuah kondominium di Kuala Lumpur Jun lepas, kini muncul satu lagi kes melibatkan seekor haiwan yang sama dikurung di sebuah rumah kediaman di kawasan perumahan Demak Laut dekat sini.
Kelibat spesis haiwan dilindungi yang dikurung dalam sangkar besi di rumah berkenaan dirakam oleh seorang individu yang kemudiannya memuatkan video berkenaan di Facebook, yang dikongsi dengan lebih 665 netizen.
Difahamkan satu laporan dibuat kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) minggu lepas, yang kemudiannya memberitahu bahawa mereka sedia maklum mengenai perkara itu dan penjaga haiwan berkenaan memiliki permit untuk memeliharanya.
Anggota Majlis Pencinta Alam Malaysia (MNS), Musa Musbah, yang mengambil inisiatif melawat haiwan itu mengesahkan kes berkenaan kepada Bernama di samping memaklumkan bahawa penjaga beruang itu memang memiliki permit untuk memeliharanya.
BACA: 'Kesian, jumpa tepi jalan' - Wanita beri sebab kurung beruang matahari
"Berdasarkan maklumat yang kita perolehi memang beruang berkenaan disimpan lebih dari tujuh tahun. Memang permit ini diperbaharui oleh pemiliknya, cuma kita sebagai badan bukan kerajaan yang ambil berat soal haiwan rasa tidak patut haiwan terlindung ini dikurung sedemikian," katanya.
Menurutnya beruang matahari itu dilihat sering menggigit sangkar besi yang agak kecil itu seolah-olah ingin melepaskan diri, dan beliau harap pihak berkuasa akan menyelamatkan haiwan yang malang itu.
Sementara itu Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim ketika dihubungi Bernama berkata beruang matahari disenaraikan sebagai haiwan yang dilindungi sama ada di Semenanjung dan Labuan yang berada di bawah bidang kuasa jabatan itu, mahupun di Sarawak dan Sabah di bawah kerajaan negeri.
"Kalau di Semenanjung and Labuan, perlu ada permit khas dari menteri, selalunya permit hanya akan diberi sekiranya pemohon boleh mengemukakan alasan-alasan kukuh.
"Tetapi mengikut dasar hidupan liar, kita tak benarkan orang awam bela beruang, sebab dia hidupan liar dikategorikan ganas dan binatang ini tak banyak di hutan kita," katanya dan menambah beruang itu boleh membesar sehingga seberat 100 kilogram.
Sementara itu World Wide Fund for Nature Malaysia dalam satu kenyataan menggesa supaya beruang itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk rehabilitasi, dan menegaskan bahawa haiwan liar bukan untuk dibela dan seharusnya dibiarkan bebas di habitat asalnya.
"Beruang matahari tidak seharusnya disimpin sebagai haiwan peliharaan. Ia memerlukan ruang yang luas untuk aktiviti hariannya, dan ia aktif pada hari siang, mahupun malam. Ruang yang terhad boleh memberi tekanan kepadanya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 24 2019
GAMBAR FAIL: Seekor beruang spesis beruang matahari yang berkeliaran di sekitar Felda Belara berjaya ditangkap Perhilitan Terengganu di Felda Balara. - BERNAMA
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Perhilitan Terengganu tangkap beruang matahari jantan sesat
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menangkap seekor beruang matahari jantan dalam satu operasi di Kampung Kubang Ikan, Jertih.
Perhilitan tangkap gajah, beruang matahari di Kuala Krai
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor gajah liar dan beruang matahari di Kuala Krai, semalam.
Perhilitan tangkap beruang matahari betina berkeliaran di Jeli
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor beruang matahari betina yang berkeliaran di sekitar kebun di Kampung Sungai Satan, Jeli semalam.
Perhilitan tangkap seekor lagi beruang matahari di Tanah Merah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor lagi beruang matahari di Kampung Air Asahan Hulu.
Perhilitan tangkap beruang matahari betina di Tanah Merah
Perhilitan Kelantan menangkap seekor beruang matahari betina di Kampung Air Asahan Hulu, Tanah Merah, hari ini.
Beruang matahari rosakkan kebun kelapa masuk perangkap
Haiwan tersebut memasuki perangkap yang dipasang anggota Perhilitan selepas menerima aduan berhubung serangan hidupan liar itu pada 28 Februari lalu.
Peserta ternakan kelulut UMT rugi RM30,000 akibat serangan beruang matahari
Kejadian disedari oleh seorang daripada peserta kira-kira 8 pagi tadi ketika mahu membersihkan kawasan ternakan kelulut itu.
Penduduk gusar beruang masuk kampung
Seorang mekanik kereta di Kampung Padang Tapong dikejutkan dengan kehadiran seekor beruang matahari di kawasan rumahnya pada malam Isnin.
Perhilitan Kelantan tangkap beruang matahari di Jeli
Beruang matahari tersebut merupakan seekor daripada dua yang dikesan berkeliaran di kampung tersebut sejak September lepas.
Lega beruang matahari masuk perangkap
Penduduk di Kampung Jerek akhirnya berlapang dada apabila seekor beruang matahari yang berkeliaran dan bersarang di situ telah masuk ke perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman N