KUALA KRAI: Seorang pengusaha madu kelulut di Kampung Geretak Kangkong, di sini, kerugian RM20,000 apabila 30 daripada 180 sarang kelulutnya dimusnahkan beruang sejak akhir tahun lepas.
Che Awang Mat Zin, 69, yang mengusahakan madu kelulut di tanah seluas 0.4 hektar berkata kejadian terbaharu berlaku semalam.
Menurutnya, selain log kelulut, haiwan liar itu turut merosakkan pagar yang dibina di kawasan madu kelulutnya itu.
"Setiap satu log berharga RM700, akibat serangan haiwan liar itu saya kerugian kira-kira RM20,000.
"Akibat kejadian itu hasil tuaian dan pendapatan saya terjejas, sebelum ini saya mampu meraih pendapatan RM1,500 hingga RM2,000 sebulan hasil jualan madu kelulut," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Che Awang berkata sebelum ini dia pernah membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan segera.
"Perhilitan telah mengambil tindakan dengan memasang perangkap haiwan itu beberapa bulan lepas namun tidak berhasil kerana haiwan itu 'cerdik'.
"Jika haiwan ini berterusan berkeliaran bukan sahaja sarang kelulut saya musnah, malah penduduk dan kebun penduduk di sini turut terancam, saya harap pihak berwajib akan terus mengambil tindakan bagi mengatasi masalah ini," kata pesara kerajaan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 19 2022

Selain log kelulut, haiwan liar itu turut merosakkan pagar yang dibina di kawasan madu kelulutnya itu. - Gambar hiasan
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Industri madu kelulut berpotensi tinggi dikembangkan - Dr Zaliha
Berdasarkan data Jabatan Pertanian, pengeluaran madu kelulut di Malaysia mencecah hampir 146kg dengan nilai melebihi RM21 juta.

Madu kelulut, roti pratha, rempah dari Malaysia dapat permintaan di AS - Enescorp
Firma penyelidikan pasaran berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Enescorp International LLC, yang telah membantu 15 syarikat Malaysia dalam industri makanan menembusi pasaran di AS.

Beruang musnah sarang madu kelulut, pengusaha rugi RM20,000
Selain log kelulut, haiwan liar itu turut merosakkan pagar yang dibina di kawasan madu kelulutnya itu.

Perusahaan madu kelulut di Kapit, jana pendapatan lumayan
Bermula dengan hanya dua log madu kelulut, seorang pengusaha produk itu di Kapit kini boleh berbangga apabila terus mendapat permintaan yang tinggi.

Pengawal keselamatan jana pendapatan sampingan hasil ternak kelulut
Dia mula menceburi penternakan lebah kelulut kira-kira lima tahun lalu dan mampu meraih pendapatan lebih RM3,000 sebulan.

Madu kelulut jana pulangan lumayan, baik untuk kesihatan
Pharmaniaga Bhd menerusi Pharmaniaga Naturals melancarkan produk ARNIA madu kelulut 100 peratus asli, iaitu ARNIA Mono-Floral dan ARNIA Multi-Floral.

Beruang matahari ceroboh kampung, penduduk bimbang keselamatan keluarga
Penduduk yang sebelum ini tidak pernah diganggu haiwan liar yang ganas sejak tinggal di penempatan itu, mengakui kehidupan mereka agak terjejas sejak kebelakangan ini.

Felda Taib Andak bakal dijadikan hab pengeluaran madu kelulut
Untuk menjadikan rancangan itu satu realiti, setiap peserta akan diberi kursus dan juga latihan selama dua minggu bermula bulan hadapan.

Ternak kelulut sumber pendapatan menguntungkan di pedalaman Terengganu
Sebahagian mereka kini mula beralih kepada penternakan kelulut yang menghasilkan madu sebagai sumber pendapatan baharu dan sampingan yang menguntungkan.

Swasta digalak buka makmal proses madu kelulut - Ahmad Shabery
Pihak swasta digalak membuka makmal atau pusat pemprosesan madu kelulut bagi menghasilkan madu berkualiti dan mampu menjana keuntungan.