KUALA LUMPUR: Business Events Sarawak (BESarawak) berjaya memperoleh 100 acara perniagaan dengan unjuran jumlah impak ekonomi sebanyak RM325.3 juta, termasuk perbelanjaan perwakilan langsung berjumlah RM177.3 juta dan hasil cukai RM19.6 juta pada tahun kewangan 2022.
Menurutnya dalam kenyataan semalam, angka ini adalah 111 peratus dan 196 peratus melebihi sasaran acara dan pulangan ekonomi yang ditetapkan pada tahun berkenaan.
Pencapaian yang signifikan ini dijangka memanfaatkan penduduk tempatan menerusi kewujudan 25,896 pekerjaan tambahan, katanya.
BESarawak berkata mesyuarat secara bersemuka kembali giat diadakan yang menyaksikan penganjuran 100 acara perniagaan pada tahun kewangan 2022, sekali gus meraih jumlah impak ekonomi sebanyak RM230.3 juta.
Perbelanjaan perwakilan langsung menyalurkan RM125.1 juta kepada ekonomi, manakala 18,275 pekerjaan dihasilkan dalam tempoh 12 bulan lepas.
Menurut kenyataan itu, Sarawak turut mencatat kejayaan luar biasa dalam pembidaan antarabangsa apabila meraih 100 peratus bidaan dengan unjuran jumlah impak ekonomi RM179.4 juta dan lebih 14,000 peluang pekerjaan, sekali gus menjadikan tahun kewangan 2022 sebagai tahun pembidaan paling berjaya berbanding dua tahun lepas.
Selain itu, katanya tahun kewangan 2022 adalah tahun ketiga industri acara perniagaan itu melaksanakan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.
PCDS 2030 memfokuskan kepada enam sektor ekonomi utama iaitu pembuatan, pertanian, pelancongan, perhutanan, perlombongan dan perkhidmatan, di samping tujuh sektor pengupaya yang terdiri daripada transformasi digital, inovasi, pendidikan dan modal insan, infrastruktur asas, utiliti, pengangkutan dan tenaga boleh baharu.
Pengerusi BESarawak Datuk Seri Abang Abdul Karim Tun Abang Openg berkata, menerusi acara perniagaan, Sarawak meletakkan asas kepada pembangunan mampan dengan hasrat mengekalkan impak transformatif kepada masyarat setempat untuk tahun-tahun yang seterusnya.
"Kami kekal pada landasan tepat untuk memperoleh acara yang mempunyai kepentingan seiring dengan objektif kerajaan Sarawak untuk merangsang ekonomi dan pertumbuhan sosial, di samping mengembangkan perniagaan teras kami, mengoptimumkan kos dan peluang serta memperkukuh kerjasama pihak berkepentingan Sarawak dan kumpulan bakat untuk meningkatkan kecekapan industri," katanya.
Abang Abdul Karim berkata Sarawak semakin diiktiraf di seluruh dunia sebagai destinasi impak legasi, dengan acara perniagaan dioptimumkan untuk memberikan kesan positif dan berkekalan kepada masyarakat.
Bagi acara yang diraih pada tahun kewangan 2022, legasi mencatat kadar kejayaan berjumlah 82 peratus dengan 91 daripada 100 acara tersebut, bertujuan memberi manfaat kepada sektor-sektor, perdagangan dan pelaburan, komuniti, persekitaran dan tadbir urus.
Sebanyak 485 impak telah dikenal pasti dengan sektor tertinggi adalah perkhidmatan, pelancongan, pertanian, pendidikan dan modal insan, inovasi dan transformasi digital.
Bagi acara yang dianjurkan pula, kesemua 100 acara perniagaan itu dikategorikan sebagai berteraskan legasi, mencatat 100 peratus kadar kejayaan.
Sebanyak 553 impak dicatatkan dengan sektor tertinggi turut melibatkan sektor perkhidmatan, pelancongan, pertanian, pendidikan dan modal insan, inovasi dan transformasi digital.
"Kempen Tribe Legacy Sarawak banyak menyumbang kepada kejayaan Sarawak tahun ini. Naratif utama kami adalah menonjolkan nilai dan mempercepat pertumbuhan dengan menilai mesyuarat berdasarkan kemampuannya untuk menjana hasil dan memberi manfaat kepada dunia," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif BESarawak Amelia Roziman berkata Sarawak adalah antara kelompok kecil di dunia yang menceburi impak legasi sebagai saranan nilai, dan langkah ini terbukti mendorong kejayaan untuk mendapatkan acara yang akan menyumbang semula kepada ekonomi dan masyarakat.
Bagi tempoh 2006 dan 2022, Sarawak menganjurkan 1,082 acara perniagaan dengan jumlah impak ekonomi sebanyak RM3.23 bilion dan menawarkan lebih 258,000 peluang pekerjaan kepada komuniti tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023

Menurut Abang Abdul Karim, kempen Tribe Legacy Sarawak banyak menyumbang kepada kejayaan Sarawak tahun ini. - Foto BESARAWAK

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.

BESarawak lepasi sasaran pulangan ekonomi, impak legasi tahun kewangan 2022
Angka ini adalah 111 peratus dan 196 peratus melebihi sasaran acara dan pulangan ekonomi yang ditetapkan pada tahun berkenaan.

Sarawak Pavilion akan membuat kemunculan di IMEX Frankfurt dari 23-25 Mei
Sarawak akan mengambil bahagian dalam pavilion sulungnya secara solo di pameran perdagangan global untuk acara perniagaan.

Menjelang 2030: Sarawak sasar impak ekonomi keseluruhan bernilai RM2.2 bil bagi sektor acara perniagaan
Perkara itu dipacu oleh sasaran sebanyak 1,245 penganjuran acara perniagaan dalam tempoh tersebut yang mengambil kira terhadap elemen kesan legasi (legacy impact) dan kelestarian.

BESarawak lancar IJBEL, jurnal pertama dunia mengenai industri acara perniagaan
Sebanyak 11 kertas kerja telah diterbitkan dan separuh daripadanya melaporkan mengenai usaha legasi dan kemampanan yang telah dimulakan.