TANAH MERAH: Majlis Pemulihan Negara (MPN) tidak mempunyai kuasa eksekutif sebagaimana kementerian atau agensi, sebaliknya, hanya memberi perkhidmatan nasihat kepada kerajaan berkaitan pelaksanaan langkah-langkah yang perlu diambil dalam Pelan Pemulihan Negara.
Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menepis dakwaan yang dilontarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini terhadap majlis itu dan beliau menganggap kenyataan tersebut bersifat muslihat politik semata-mata.
"Gagal atau tidak MPN bergantung kepada keputusan kerajaan dan rakyat untuk menilai sejauh mana majlis itu bertindak dalam membantu kerajaan serta Jemaah Menteri membuat keputusan berkaitan pemulihan ekonomi dan sosial negara.
"Kami badan yang memberi nasihat, jadi nak kata gagal atau tak gagal itu terserah, kalau kerajaan fikir cadangan kita baik, dia akan teruskan. Tapi saya faham proses pemulihan ini tidak mudah.
"Kalau ada perkara baharu yang tidak disenaraikan dan penting untuk dilakukan, kita akan maklumkan kepada kerajaan. Oleh itu, saya serahkan kepada rakyat untuk menilai (MPN), kadang-kadang apabila orang politik buat kenyataan, ada muslihat politik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Perikatan Nasional (PN) peringkat Negeri Kelantan di Padang Majlis Daerah Tanah Merah hari ini, yang dihadiri Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar Kelantan.
Sebelum ini, media melaporkan Ahmad Zahid baru-baru ini mendakwa penubuhan MPN sejak awal tidak membuahkan hasil dan hanya berfungsi sebagai penasihat kerajaan serta menyarankan agar ia dibubarkan.
- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 02 2022

Tan Sri Muhyiddin Yassin menepis dakwaan yang dilontarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini terhadap majlis itu dan beliau menganggap kenyataan tersebut bersifat muslihat politik semata-mata. - Gambar BERNAMA

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Majlis Pemulihan Negara dibatalkan - PM
Kerajaan tidak memerlukan lagi MPN kerana fungsinya bertindih dengan fungsi agensi dan badan kerajaan yang lain.

"Kenyataan Puad Zarkashi dangkal, saya jalan tugas pro bono sahaja" - Muhyiddin
Mantan Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya berkata, pihaknya tidak menerima sebarang peruntukan mahupun elaun ketika beliau memegang jawatan berkenaan.

MPN syor tingkatkan inisiatif penggalakan pelancongan
Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan supaya kerajaan mempertingkatkan inisiatif penggalakan pelancongan dan penambahbaikan infrastruktur negara.

Rakyat sambut baik cadangan dikemukakan MPN
Seminar tersebut menggesa agar kerajaan segera memulihkan negara melalui 10 penekanan aspek keterangkuman sosial dan bermaruah (dignity).

Syor kerajaan wujudkan Polisi Laluan Hijau khas PMKS - MPN
Ia akan membantu mengurangkan pelbagai kerenah birokrasi yang perlu dihadapi PMKS dalam membuat sebarang permohonan.

MPN perlu jadi kementerian penuh, diterajui Perdana Menteri - Muhyiddin
Kementerian mempunyai lebih kuasa dalam membuat keputusan berhubung soal pengurusan ekonomi serta kebajikan rakyat berbanding majlis.

Segera selesaikan isu pengambilan pekerja asing - MPN
Isu ini akan merencatkan proses pemulihan negara terutama yang membabitkan sektor dan industri pembinaan.

Laporan situasi terkini COVID-19 dibentang kepada MPN 26 Julai
Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun kes COVID-19 dalam negara menunjukkan peningkatan ketara sejak kebelakangan ini, beliau yakin keadaan adalah terkawal.

Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin
Dakwaan Ahmad Zahid terhadap MPN bersifat muslihat politik, kata Muhyiddin.

Majlis Pemulihan Negara gagal, bubarkan sahaja - Zahid Hamidi
Katanya, kewujudan MPN sejak dari awal lagi tidak membuahkan hasil.