BALAI RINGIN: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyerahkan kepada pakar untuk menentukan takrifan wilayah bagi Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Jelas Abang Johari status berkenaan belum muktamad dan bergantung kepada hasil perbincangan di bawah MA63 antara Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak
“Ini adalah cadangan Perdana Menteri dan apabila dia berkata demikian kita terima sahaja.
“Bagaimanapun takrifan sebenar kita serahkan kepada pakar untuk menentukan terma sebenar dan kita ketika ini masih berbincang di bawah MA63,” jelas Abang Johari pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Stadium Mini Balai Ringin pada Sabtu.
Beliau turut merujuk kepada Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan mengenai takrifan persekutuan.
“Sebenarnya apa yang berlaku ialah kita telah menimbulkan peruntukan kita dalam perlembagaan iaitu artikel 160(2) dari sudut intepretasi persekutuan dalam peruntukan sekarang.
“Ia merujuk kepada Persekutuan Tanah Melayu sahaja iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dalam MA63,” ujarnya.
Mengulas lanjut, kata Abang Johari atas semangat kebersamaan dalam pembentukan Malaysia, perlembagaan tersebut perlu dipinda supaya selari dengan MA63 termasuk Perkara 1(2).
“Jadi kita di Sarawak meminta supaya perlembagaan ini dipinda iaitu ia mestilah mengikut MA63.
“Selain daripada Persekutuan Tanah Melayu kita mesti gabungkan supaya Perkara 1(2) dapat dipinda iaitu Malaysia terdiri daripada Satu Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak," jelasnya.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Makan Tengah Hari bersama kepimpinan Masyarakat di Kuching, Sarawak awal bulan ini menggunakan istilah wilayah Sarawak bagi menggantikan negeri.
Jelas Muhyiddin , Sarawak salah satu daripada tiga wilayah di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
BACA: Terma wilayah permulaan terbaik untuk kembalikan semangat MA63 - Fadillah
Shafik Ahmad
Sat Apr 10 2021
Abang Johari berharap beberapa Perkara dalam Perlembagaan Malaysia dipinda agar selari dengan Perjanjian Malaysia 1963. - Foto Astro AWANI
Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Cabang eksekutif harus putuskan untuk keluarkan perkataan 'negeri' daripada DUN Sarawak - Speaker
Cabang eksekutif Sarawak harus memutuskan sama ada mengeluarkan perkataan 'negeri' daripada Dewan Undangan Negeri Sarawak, kata Speaker Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.
Belum ada permohonan rasmi Sabah, Sarawak guna 'wilayah' - Armizan
Belum ada permohonan rasmi daripada kerajaan Sabah dan Sarawak mengenai rundingan penggunaan istilah 'wilayah' dan 'negeri' bagi kedua-dua negeri tersebut.
Pewartaan 'wilayah' Sarawak dibincang Khamis depan - Abang Jo
Status Sarawak sebagai wilayah masih belum berkuat kuasa sekali gus menjadikan ia antara hak yang terhakis.
Masukkan status wilayah untuk Sabah, Sarawak dalam Perlembagaan
Pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan bagi mengiktiraf atau memberi status wilayah kepada Sabah dan Sarawak.
Sabah, Sarawak kini berstatus wilayah, bukan lagi negeri - Ahmad Zahid
Pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur menjadikan Sabah dan Sarawak lebih strategik sebagai kawasan pertumbuhan baharu.
COVID-19: 12,528 kes baharu, jumlah kematian harian tertinggi dicatatkan
Menerusi ciapan di laman Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes kumulatif Malaysia kini ialah 905,851 kes.
Wilayah Sabah, Sarawak cuma syok sendiri tanpa pindaan Perlembagaan - Naib Presiden Warisan
Pengumuman Sabah dan Sarawak sebagai wilayah dilihat sebagai 'syok sendiri' melainkan pindaan dibuat kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan.
Hajiji Noor alu-alukan penggunaan istilah 'wilayah' untuk Sabah
Isu tular berhubung pertukaran pengunaan istilah wilayah ke atas Sabah dan Sarawak belum dapat disahkan lagi kesahihannya.
Gempa bumi 5.8 magnitud landa wilayah Maluku
Gempa bumi dengan kekuatan 5.8 skala Richter melanda wilayah Maluku di timur Indonesia pada Ahad, menurut laporan agensi meteorologi dan geofizik.
MRM lancar NadiWilayah, sasar lahirkan 100 usahawan dalam enam bulan
Presidennya, Firdaus Wong berkata, MRM memperuntukkan dana berjumlah RM500,000 dan menyasarkan untuk mewujudkan 100 usahawan dalam masa enam bulan melalui inisiatif tersebut.