TANJONG KARANG: Menjadi kelaziman Muhammad Farid Arbak, 29, yang bertugas sebagai Pegawai Bomba Bantuan mengusung mayat orang awam, namun pengalaman berbeza dirasai apabila mengangkat jenazah ibunya sendiri selepas maut dalam nahas.
Muhammad Farid berkata, kejadian yang mengorbankan ibunya, Norhamidah Kamar, 59, pada Khamis amat dirasai.
"Sepanjang saya bekerja lebih 20 jenazah pernah saya angkat, tetapi semalam (Khamis) tidak menyangka saya memasukkan jenazah emak di dalam bungkusan plastik," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Kampung Sungai Yu di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, Norhamidah maut di tempat kejadian selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza dipandunya hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu melanggar sebatang pokok di Jalan Sungai Terap, Kampung Sungai Yu.
Muhammad Farid yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor berkata, kemalangan yang meragut nyawa ibunya itu diketahui selepas menerima panggilan daripada jirannya ketika sedang bertugas di balai.
Menurutnya, sejurus menerima panggilan itu dia bergegas ke tempat kejadian dan terkejut melihat ibunya sudah terbaring di atas jalan raya dalam keadaan ditutup dengan kain batik.
"Saya tidak putus berdoa supaya nyawa emak panjang, tetapi berasa tidak sedap hati selepas melihat orang ramai mengerumuni emak," katanya.
Jelasnya, kali terakhir dia bertemu Allahyarham Norhamidah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Kuala Selangor pada pagi Khamis.
"Emak bekerja sebagai guru di sana dan kebetulan semalam (Khamis) arwah tertinggal telur itik dan telur masin yang dikirim rakan.
"Disebabkan tempat kerja tidak jauh dari tempat emak mengajar, saya sempat menghantar pesanan yang diminta," jelasnya.
Bagaimanapun, Muhammad Farid tidak dapat menahan sebak apabila masih terngiang-ngiang suara Allahyarham Norhamidah yang mengejutkannya bersahur pada pagi sebelum kejadian.
Malah, katanya, sehari sebelum kejadian mereka sekeluarga sempat berbuka puasa bersama dan menunaikan solat sunat tarawih di surau berhampiran.
"Inilah Ramadan terakhir saya bersama emak, namun sebagai Islam dan percaya kepada ketentuan-NYA tetap reda lebih-lebih lagi emak menemui Ilahi di bulan mulia ini," katanya
Suami kepada Allahyarhamah Norhamidah, Arbak Atan, 60, berkata, sebelum kejadian dia sempat menghubungi isterinya itu yang dalam perjalanan dari sekolah pulang ke rumah.
Katanya, kebetulan dia bersama seorang anak perempuan dan cucunya singgah membeli ubat di sebuah farmasi di Tanjong Karang.
"Sampai di pintu gerbang berhampiran rumah, saya melihat beberapa anak muda memanggil saya dan memaklumkan isteri terlibat dalam kemalangan.
"Saya terkejut nampak isteri sudah terbaring kaku dan terus menghampirinya, namun sebaik memegang tangan isteri nadinya sudah tiada.
"Pada waktu itu saya hanya mampu mengucap dua kalimah syahadah dan berdoa agar arwah isteri pergi dalam keadaan husnul khotimah," ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Kuala Selangor menuju pulang ke rumahnya di Jalan Sungai Terap, Kampung Sungai Yu.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan di sebelah kanan.
"Kenderaan mangsa kemudian terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi bahu jalan sebelah kanan jalan.
"Kemalangan itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian," katanya.
Mohd Ambia berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 08 2022

Muhammad Farid (kanan) dan Arbak (kiri) menunjukkan gambar Allahyarham Norhamidah. - Foto Sinar Harian
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Biasa usung mayat, kali ini angkat jenazah ibu maut kemalangan
Muhammad Farid berkata, kemalangan yang mengorbankan ibunya, Norhamidah Kamar, 59, pada Khamis amat dirasai.