TENOM: Saksi ketujuh perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew hari ini menyambung keterangan dengan memberitahu mahkamah bahawa satu gambar dalam telefon bimbit dianalisisnya adalah daripada tangkap layar sebuah aplikasi perbualan.
Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) ASP Latifah Abdul Aziz, 43, berkata hasil analisis itu juga mendapati gambar yang dipercayai berunsur seksual itu bukan diambil oleh kamera telefon bimbit berkenaan.
Beliau berkata selain itu sistem telefon bimbit itu juga secara automatik menghasilkan satu nama fail untuk gambar berkenaan mengikut tarikh tangkap layar itu dibuat.
"Sekiranya gambar itu diambil daripada kamera telefon bimbit, laluan (dalam susunan fail telefon bimbit) akan berbeza, dan akan wujud satu folder bernama 'DCIM' (menempatkan gambar itu).
"Manakala dalam gambar (tangkap layar) ini folder berkenaan tidak wujud," katanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad di sini hari ini.
Latifah berkata tarikh tangkap layar itu dilakukan boleh ditentukan, iaitu pada 7 Ogos 2021.
Nor Azizah: Jadi, maksudnya gambar itu mesti berada di dalam barang kes sebelum tarikh 7 Ogos 2021.
Latifah: Ya.
Majistret Nur Asyraf Zolhani kemudian menetapkan perbicaraan disambung pada 21 hingga 23 Jun depan.
Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023

Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Bicara Ebit Lew: Gambar dipercayai berunsur seksual adalah tangkap layar aplikasi perbualan
Selain itu sistem telefon bimbit itu juga secara automatik menghasilkan satu nama fail untuk gambar berkenaan mengikut tarikh tangkap layar itu dibuat.

Bicara Ebit Lew: 436 keping gambar diperoleh daripada telefon bimbit
Saksi ketujuh perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa sebanyak 436 keping gambar telah diperoleh daripada sebuah telefon bimbit je