KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Selayang hari ini menetapkan 12 hari bermula 18 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menghadapi dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, pada Julai lepas.
Hakim Nor Rajiah Mat Zin menetapkan 18 dan 19 Jan serta 10 hari pada Februari untuk perbicaraan selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud memaklumkan kes itu melibatkan kepentingan awam.
"Saya mohon kes ini dibicarakan dalam masa terdekat pada Disember tahun ini dan lebih kurang 10 saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan," kata Masri.
Peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud, yang mewakili Muhammad Sanusi berkata pihaknya mengakui kes anak guamnya adalah kes berprofil tinggi, namun pembelaan memohon agar kes tersebut dibicarakan bermula Januari tahun depan.
BACA: Kronologi kes Muhammad Sanusi atas tuduhan menghasut
Terdahulu, Masri memberitahu mahkamah bahawa terdapat pindaan berhubung dua pertuduhan dihadapi Muhammad Sanusi dan memohon supaya pertuduhan itu dibacakan dan dibicarakan bersama kerana ia membabitkan kejadian dan saksi sama.
Pindaan itu membabitkan perubahan pada seksyen pertuduhan kerana sebelum ini, Muhammad Sanusi didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 namun dipinda kepada Seksyen 4(1)(b) akta sama.
Sementara itu, sebaik pertuduhan pindaan dibacakan kepadanya, Muhammad Sanusi yang bersut biru berkata, "Faham pertuduhan Yang Arif, mengaku tidak bersalah".
Mengikut kedua-dua pertuduhan pindaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Kedah itu didakwa telah menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara - Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada 11 malam, 11 Julai lepas.
Kedua-dua pertuduhan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, ketika sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Osman Affendi Mohd Shalleh, hakim itu membenarkan permohonan pendakwaan agar kes di mahkamahnya dipindahkan di hadapan hakim Nor Rajiah untuk dibicarakan bersama.
Ini selepas Masri memaklumkan kepada hakim Osman Affendi bahawa ungkapan yang didakwa dibuat tertuduh dalam ucapan melibatkan saksi sama.
"Oleh itu, pihak pendakwaan memohon agar kes di mahkamah ini dapat dipindahkan di Mahkamah Sesyen 2 (hakim Nor Rajiah) untuk dibicarakan bersama mengikut Seksyen 165 Kanun Tatacara Jenayah," kata Masri.
Beliau berkata pihak pendakwaan juga telah menyerahkan dokumen antaranya transkrip rakaman ucapan kepada pembelaan hari ini.
Awang Armadajaya berkata pihaknya tidak membantah permohonan untuk memindahkan kes.
Pada prosiding hari ini, pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob, Nor Azizah Aling dan Nadia Mohd Izhar manakala Awang Armadajaya turut dibantu peguam Wan Rohimi Wan Daud, Mohd Tajuddin Abd Razak dan Datuk Fariz Imran Mustafa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023

Muhammad Sanusi (foto) menghadapi dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, pada Julai lepas. -Gambar fail

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.

Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.

Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.

Kedah salur bantuan banjir RM500 kepada semua keluarga terjejas
Kerajaan Negeri Kedah akan menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir.

Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.

MB Kedah berpindah, kediaman terjejas banjir
Pekarangan kediaman itu mula dinaiki air dari Sungai Anak Bukit awal pagi semalam.

Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.

Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.

Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.

MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB
Muhammad Sanusi berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.