KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes seorang pengarah syarikat bergelar Datuk Seri atas pertuduhan rasuah RM15 juta bagi mendapatkan projek milik agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bermula Mei tahun depan di Mahkamah Sesyen di sini.
Hakim Rozina Ayob menetapkan perbicaraan kes membabitkan Datuk Seri Sim Choo Thiam berlangsung selama 10 hari bermula 6 hingga 10 dan 13 hingga 17 Mei 2024.
"Kedua-dua pihak mempunyai masa untuk membuat sebarang permohonan berkaitan kes ini, sebelum perbicaraan bermula. Mahkamah menetapkan pengurusan kes seterusnya pada 21 Feb tahun depan," kata Rozina.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Asma Ahmad berkata pihaknya akan memanggil 20 saksi untuk memberi keterangan dan akan mengemukakan pernyataan saksi pada perbicaraan kes itu.
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Sim berkata pihaknya menyerahkan dua surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memperincikan butiran dalam pertuduhan pada 6 dan 19 Jun lepas.
"Bagaimanapun, kami belum menerima maklum balas untuk kedua-dua surat itu. Oleh itu, kami akan memfailkan dua permohonan kepada mahkamah berdasarkan Seksyen 153 dan 154 Kanun Tatacara Jenayah," kata peguam itu.
Nor Asma berkata pihaknya menerima surat tersebut dan arahan yang diterima adalah mengekalkan butiran dalam pertuduhan tersebut.
Pada 10 Mei lepas, Sim, 53, didakwa meminta suapan wang berjumlah RM15 juta daripada Pengarah Urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd, Hep Kim Hong melalui Syed Abu Zafran Syed Ahmad.
Ia sebagai dorongan untuk seorang pegawai badan awam, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang ketika itu Menteri Dalam Negeri, membantu Asia Coding Centre untuk mendapatkan apa-apa projek milik agensi di bawah KDN.
Sim juga berdepan tiga lagi pertuduhan menerima bagi dirinya suatu suapan, iaitu wang tunai berjumlah RM15 juta daripada individu sama (Hep) sebagai dorongan untuk Hamzah melakukan perkara serupa.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Shaas Holdings dan di kawasan letak kereta di Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1 di sini antara Jun 2021 dan 30 Julai 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023

Hakim Rozina Ayob menetapkan perbicaraan kes membabitkan Datuk Seri Sim Choo Thiam berlangsung selama 10 hari bermula 6 hingga 10 dan 13 hingga 17 Mei 2024. -Gambar hiasan

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.

Institusi pondok rakan strategik KDN, polis perkukuh kefahaman Islam – Saifuddin Nasution
Institusi pondok memiliki kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama dengan KDN dan PDRM.

KDN kenal pasti calon Ketua Pengarah AKPS - Saifuddin Nasution
Proses pemilihan calon terbaik untuk mengemudi AKPS telah dibincangkan bersama Perdana Menteri selepas mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

KDN perkenal pas khas pelabur mulai 1 April - Saifuddin
Pas khas kepada pelabur atau kumpulan ekspatriat akan dikeluarkan mulai 1 April ini bagi membolehkan mereka tinggal lebih lama di negara ini untuk urusan perniagaan.

KDN dalam fasa teliti 73 kesalahan dalam SOSMA - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti 73 kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tujuan semakan semula.

Penambahbaikan proses permit masuk pasangan warganegara dilaksanakan 1 Sept
Penambahbaikan proses permit masuk bagi pasangan warganegara akan dilaksanakan mulai 1 Sept depan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

16 pegawai, anggota polis dibuang kerja pada Januari
Seramai 16 pegawai dan anggota polis dibuang kerja pada Januari lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu
Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan bersedia untuk meneliti semula Sosma khususnya beberapa seksyen yang termaktub dalam Sosma.