KUALA LUMPUR: Pembabitan wanita dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) perlu ditingkatkan bagi memperbaiki jurang di antara lelaki dan perempuan dalam bidang berkenaan.
Profesor Fisiologi dan Ketua Sains Praklinikal, Fakulti Perubatan SEGi University, Profesor Dr Rebecca Wong Shin Yee berkata, usaha itu antara lain perlu difokuskan kepada golongan muda khususnya pelajar perempuan.
Jelasnya lagi, usaha memupuk kesedaran dan minat juga penting, selain pihak kerajaan dan swasta perlu menyediakan beberapa inisiatif seperti penyediaan geran khas untuk menggalakkan penyertaan golongan itu dalam mengembangkan kerjaya.
"Contohnya, kita memerlukan inisiatif daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
"Saya merasakan itu adalah satu inisiatif yang baik bagi golongan muda khususnya pelajar perempuan untuk mengambil bahagian lebih dalam bidang sains.
"Di samping itu, antara inisiatif lain yang boleh dilaksanakan adalah seperti geran khas yang boleh menggalakkan minat wanita atau golongan muda menjadi penyelidik, kejuruteraan, sains perubatan mahupun sains kesihatan dalam bidang kerjaya mereka.
"Pada masa sama, saya berpendapat, kita perlu lebih mengiktiraf dan memberi ganjaran seperti beberapa anugerah bagi mengiktiraf mereka yang cemerlang dalam bidang tersebut," katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat sempena sambutan Hari Antarabangsa Wanita Dalam Sains yang disambut pada 11 Februari setiap tahun.
Sambutan kali ketujuh itu bertemakan "Ekuiti, Kepelbagaian dan Tindakan: Air Menyatukan Kita" bagi usaha mempercepatkan kemajuan ke arah pencapaian SDG 6 (Air Bersih dan Sanitasi).
Pada masa sama, Prof Dr Rabecca berkata ibu bapa juga harus memainkan peranan penting dalam memberikan rangsangan dan menyokong anak-anak mereka untuk mengikuti bidang sains.
Di samping itu, beliau mengharapkan agar golongan wanita mahupun anak muda di luar sana khususnya pelajar perempuan di peringkat sekolah atau universiti untuk terus berusaha mengejar cita-cita mereka jika mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang sains dan teknologi itu.
"Bidang kerjaya sains, penyelidikan dan sains kesihatan ini sangat menyeronokkan. Jadi, jika anda sukakan sains, saya memberikan galakan penuh untuk anda meneruskan minat dan jangan mudah berputus asa dalam mengejar cita-cita anda." katanya lagi.
Prof Dr Rabecca yang tidak asing dalam bidang sains telah mengukir nama bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat dunia.
Beliau tersenarai dalam dua peratus saintis terkemuka dunia oleh Standford University pada tahun 2020 dan 2021 malahan telah berjaya menghasilkan lebih daripada 40 penerbitan dalam jurnal penyelidikan antarabangsa berimpak tinggi yang menjadi panduan serta rujukan lebih 2,700 kali oleh para penyelidik di seluruh dunia
Selain itu, beliau juga telah menerbitkan lima buku akademik dalam bidang fisiologi.
Dalam pada itu, beliau yang juga pengamal perubatan profesional yang berdaftar dan terlatih juga merupakan penerima beberapa anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
Antaranya, Anugerah Belia Cemerlang Malaysia pada 2018 dan Anugerah Pendidik Muda Paling Berpengaruh di Malaysia pada 2019.
Eton Khir
Sat Feb 12 2022
Prof Dr Rebecca berkata, usaha itu antara lain perlu difokuskan kepada golongan muda khususnya pelajar perempuan. - Gambar fail
Menteri Luar ASEAN tiba di Langkawi hadir permukiman di bawah Kepengerusian Malaysia 2025
Menteri Luar dari Asia Tenggara mula tiba di Langkawi untuk Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang dijadualkan bermula pada Sabtu.
[TERKINI] Dua nelayan hilang di perairan Pulau Undan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas dua nelayan dilaporkan hilang di perairan Pulau Undan Melaka pada petang Khamis.
KDNK 2024 Malaysia dijangka cecah 5.1 peratus berbanding 3.6 peratus pada 2023
KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.
Nahas Jeju Air: Bulu burung, darah ditemui dalam kedua-dua enjin pesawat - Sumber
PENYIASAT menemui bulu burung dan darah dalam kedua-dua enjin pesawat Jeju Air yang terhempas di Korea Selatan bulan lalu.
Dua nelayan, bot dilaporkan hilang di Pulau Undan
Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat selepas dua nelayan dilaporkan hilang di perairan Pulau Undan.
Israel dijangka luluskan gencatan senjata Gaza, perjanjian tebusan - Pejabat Netanyahu
Kabinet Israel akan bermesyuarat untuk memberikan kelulusan akhir terhadap perjanjian dengan Hamas bagi gencatan senjata di Semenanjung Gaza dan pembebasan tebusan, menurut pejabat Netanyahu.
Rekod kebangsaan 100m Zaidatul telah diiktiraf WA - KOM
Perkara itu disahkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dalam hantaran menerusi Facebook rasminya.
Prasarana sedia 300 van DRT baharu untuk keselesaan pengguna LRT, MRT - Loke
Operasi 300 van baharu yang mesra OKU tersebut akan bermula secara berperingkat antara Februari sehingga Jun depan.
Bomba Terengganu pantau 21 lokasi hakisan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menjalankan rondaan di 21 lokasi pantai tumpuan ramai yang kini diancam bahaya akibat hakisan.
PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.
Banjir: Kerajaan akan ambil kira kawasan selamat dan tinggi untuk bina sekolah baharu
Kerajaan akan mengambil kira kawasan yang selamat dan tinggi bagi pembinaan sekolah baharu pada masa hadapan sebagai langkah memastikan bangunan sekolah kekal kondusif dan selamat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
MOSTI akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.
KPM laksana intervensi semua segmen bagi tingkat penglibatan murid dalam STEM - Fadhlina
Kementerian Pendidikan sedang melaksanakan intervensi di peringkat semua segmen bagi meningkatkan penglibatan murid dalam STEM.
MOSTI mulakan gerak kerja 100 saintis di bawah program STI 1003
MOSTI memulakan gerak kerja 100 saintis di bawah program STI 1003 pada awal Oktober, dalam usaha meningkatkan minat pelajar sekolah kepada bidang STEM.
24,000 pelajar sertai program Jurutera Angkasa Muda, pupuk minat stem dalam generasi pelapis
MOSTI memperkasakan minat pelajar dalam bidang STEM menerusi program Jurutera Angkasa Muda yang menyaksikan penyertaan seramai 24,000 murid dari daerah Kuala Langat.
Maxis lancar Program Biasiswa 2024, tumpu subjek STEM
Program itu menggabungkan bantuan kewangan dengan pendedahan industri bagi membolehkan pelajar mencapai aspirasi mereka.
Hab STEM di 27 kampus IPGM harap dimanfaat komuniti, sekolah - Fadhlina
Hab STEM adalah usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran siswa guru, pensyarah IPGM, guru dan murid sekolah serta komuniti dalam bidang STEM.