KONSERT keenam program realiti Big Stage 2019 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam sebentar tadi.
Sebanyak lapan peserta yang berasal dari Malaysia, Indonesia dan Korea Selatan berentap di pentas Big Stage 2019.
Santesh telah diumumkan tersingkir untuk minggu keenam.
Walau bagaimanapun, juri tetap Judika mengambil keputusan menggunakan imunitinya justeru Dinda Permata terselamat pada minggu ini.
Tujuh peserta melangkah ke minggu ketujuh dan bakal mempersembahkan dua persembahan iaitu Road To Final dan Duet.
Dayang Nurfaizah diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika.
BACA: Big Stage 2019: Tiada lagi Santesh, ini kedudukan markah keseluruhan konsert ke-6!
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan sistem pemarkahan beserta komen-komen yang telah diberikan:
Lagu Pilihan Juri Tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza
Han-Byul - Love Someone 83.67%
"Persembahan awak sangat bagus. Awak nampak 'relax' dan saya boleh lihat awak cukup latihan. Menyanyi bukan sahaja untuk menunjukkan siapa yang mampu menyanyi dengan baik tetapi emosi juga penting," - Dayang Nurfaizah.
Neeta Manisha - Pujaan Hati 81.00%
"Jaga kesihatan kerana vokal senjata untuk penyanyi walaupun tengah sibuk. Nyanyian tadi agak longgar serta tidak 'smooth'. Saya lihat awak cuba olah mengikut cara tersendiri. Saya boleh terima nyanyian awak pada malam ini. Cuma saya nak tegur mata awak sepatutnya bersinar semasa menyanyi bukan bersedih," - Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Azdrin - Jangan Cintai Aku Apa Adanya 78.33%
"Saya sangat suka 'tone' suara awak, pemilihan lagu ini sangat tepat. Saya enjoy dengar nyanyian awak. Awak ada cara tersendiri," - Dayang Nurfaizah.
Irfan Haris - Hanya Rindu 75.17%
"Lagu ini memerlukan rasa yang sangat mendalam. Saya tahu sepenuhnya tentang lagu ini kerana penyanyi asal Andmesh ada datang bertemu saya sebelum membuat lagu ini. Awak kena belajar lagi mengenai nada lagu ini," - Judika.
Kucaimars - Ragaman 75.00%
"Awak cukup berani untuk sampaikan lagu ini dengan rentak yang perlahan. Saya puji usaha yang diberikan oleh awak untuk persembahan pembukaan. Namun, awak tak sempat tunjuk kehebatan kerana terlalu lama dengan persembahan 'balada shuffle'. Saya faham bagi seorang lelaki untuk konsisten bukan perkara mudah tetapi nampak macam semput tadi," - Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Dinda Permata - Anta Permana 72.50%
"Saya memilih lagu ini kerana ingin lihat sudut nyanyian yang berbeza. Awak menyanyi terlalu santai walaupun saya tahu awak cuba sampaikan dengan gaya manja. Saya dapat lihat peningkatan dari segi lenggok, awak menyanyikan dengan cara tersendiri," - Datuk Seri Siti Nurhaliza.
"Lagu ini makanan awak sepatutnya boleh menyanyikan dengan lebih bagus. Pada awal persembahan suara awak sudah tidak jelas tetapi nyanyian awak bukan tidak bagus," - Judika.
Santesh - Jikalau Kau Cinta 70.50%
"Lagu ini sebenarnya susah untuk dinyanyikan kerana perlu menjaga pernafasan dan tenaga. Saya sedikit kecewa kerana bahagian yang awak terlupa lirik dan nampak jelas dari raut wajah. Lagi satu, di penghujung persembahan tenaga awak sudah berkurangan," - Judika
"Saya percaya lagu ini awak mampu membawanya dengan penuh bertenaga. Awak kena ingat ini pertandingan. Jangan terlalu memaksa jika tidak mampu untuk menyanyikan dengan 'key' yang tinggi, tidak salah untuk awak turunkannya. Awak juga nampak sangat gugup," - Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Fieya Julia - Kamu dan Kenangan 69.83%
"Lagu seperti ini awak sepatutnya pada mula lagi menangis. Makin lama 'feel' awak sudah kurang kerana dibayangi bayangan arwah ibu. Walau apa-apa pun, persembahan awak baik," - Judika
'Battle Round'
Kucaimars VS Fieya Julia - Hutang
"Dari segi keserasian itu saya nampak, awak berdua tidak kelihatan seperti sedang berlawan. Dari segi siapa lagi menyerlah pulak saya tidak tahu nak cakap siapa. Saya nampak kedua-duanya sudah memberi yang terbaik," - Dayang Nurfaizah.
Adzrin VS Irfan Haris - Mahakarya Cinta
"Saya suka lagu ini dinyanyikan oleh dua orang penyanyi. Apabila 'battle' lelaki sesama lelaki ini ada bahaya. Awak berdua sudah menyanyikan dengan kerjasama yang baik dalam masa yang sama sudah menunjukkan kekuatan masing-masing. Tahniah kerana sudah menyanyikan dengan baik," - Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Dinda Permata VS Santesh - Lagu Untukmu
"Satu persembahan yang bertenaga. Saya nampak perbezaan kedua-dua persembahan berbanding yang pertama tadi," - Dayang Nurfaizah.
Han-Byul VS Neeta Manisha - Bang Bang
"Satu penutup yang luar biasa. Masing-masing sedang bertanding tetapi tidak lupa untuk menjaga nyanyian masing-masing. Ini merupakan satu pertandingan yang tidak dijangkakan," - Judika.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
Gempak
Sun Sep 22 2019
Tujuh peserta melangkah ke minggu ketujuh dan bakal mempersembahkan dua persembahan iaitu Road To Final dan Duet.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa – 21 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Parlimen bakal anjur program lahir generasi lebih peka fungsi Parlimen
Parlimen Malaysia akan mengadakan program dengan usahama sekolah-sekolah menengah luar bandar dalam misi untuk terus merakyatkan institusi parlimen.
Hanya 30 peratus anggota bomba Pulau Pinang dibenarkan cuti Tahun Baharu Cina
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang hanya membenarkan 30 peratus daripada 935 pegawai dan anggotanya bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Agenda AWANI: Trump 2.0 | Jangkaan awal
Dengan kembali ke Rumah Putih, Donald Trump sebagai Presiden AS ke-47 dijangka melaksanakan beberapa langkah kontroversi sebagai janjinya untuk menjadikan Ámerika Hebat Kembali’. Sejauh mana ia signifikan untuk hubungan antarabangsa? Diskusi 9 malam
AWANI Tonight | 20 Jan 2025
AWANI Tonight | 20 Jan 2025
KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
Sze Fei-Nur Izzuddin disaran lebih selektif pilih kejohanan - Razif
Beregu nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani disaran supaya hanya mengambil bahagian dalam kejohanan peringkat tertinggi yang berstatus sekurang-kurangnya Super 750.
Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.
Big Stage 2023: Nadeera Zaini melompat gembira Siti Nurhaliza puji skil dan suara bagus!
Bintang Big Stage, Nadeera Zaini terperanjat apabila mendapat pujian daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza usai membuat persembahan.
Format baharu! Big Stage 2023 akan lain daripada yang lain
Selepas menobatkan Elica Paujin sebagai juara tahun lepas, rancangan realiti, Big Stage yang popular dengan slogan Dominasi BBNU kembali lagi buat musim kelima.
Sherry Alhadad positif COVID-19
Memohon doa daripada peminat, Sherry berjanji akan kembali mengemudi rancangan Big Stage Ahad ini.
Big Stage 2022: Aisha Retno bersedia untuk tampil dengan sisi lain
Aisha akan bersaing bersama lagi 10 peserta lain antaranya Ajoi Zainal, Tegar, Lia Aziz, dan Daniel Chuer.
Ajoi Zainal, Aisha Retno dan 'Jerung Merah' antara peserta Big Stage musim keempat
11 peserta akan bersaing untuk merebut gelaran Juara Big Stage 2022.
Tiga tahun menjalin cinta, Azzam Sham, Sheryl Shazwanie ikat tali pertunangan
Tahniah buat Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie.
'All Together Now Malaysia' bakal ketengah bakat baharu
ATNM akan bersiaran setiap Ahad bermula 6 Jun 2021 di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.
'Saya harap tak kena buli' - Sherry Alhadad teruja ke udara bersama JoHaRa 1 Mac ini
Mesti ramai yang tak sabar nak tunggu Sherry Alhadad ke udara bersama JoHaRa Pagi ERA.
Rindu terpendam, Hafiz Zainal luah melalui lagu
Setelah beberapa minggu menjalani proses rakaman, akhirnya Hafiz, 27, selamat melancarkan -baby- baharunya yang berjudul Rindu pada 6 November lalu.
Astro sediakan kandungan menarik sempena Maulidur Rasul
Sempena dengan sambutan tersebut, Astro berbesar hati mempersembahkan pelbagai pengisian menarik dari saluran Oasis, NAURA, dan Warna.