GOMBAK: Seorang pelajar tingkatan lima dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia akibat keracunan makanan, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Arrifin Mohamad Nasir berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia dua hari selepas dipercayai selepas menjamah bihun dan telur goreng tercemar itu.
Menurutnya, dalam kejadian pertama pada Sabtu lalu, yang melibatkan pelajar berusia 17 tahun, mangsa dikatakan makan makanan yang dibawa pulang oleh ibunya selepas menghadiri satu program di sebuah sekolah agama di Sungai Cincin, Gombak, di sini.
“Selepas makan, mangsa dan ibu bapanya mengalami cirit-birit.
“Dua hari kemudian, kira-kira pukul 1.30 petang, bapa mangsa menyedari anak lelakinya itu tidak sedarkan diri dan bertindak menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan, di sini, pada Selasa.
Noor Arrifin memberitahu, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas pemeriksaan dilakukan penolong pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur.
Dalam kejadian kedua melibatkan seorang bayi perempuan, beliau memberitahu, mangsa juga telah makan makanan lebihan yang dibawa ayahnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah sama.
“Dua hari kemudian, ibu mangsa mendapati kanak-kanak itu mengalami deman selain muntah dan cirit-birit. Dia kemudian membawa mangsa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.
“Kanak-kanak itu bagaimanapun meninggal dunia ketika sedang mendapat rawatan,” ujarnya.
Mayat kedua-dua mangsa katanya dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.
Berdasarkan siasatan awal, beliau memberitahu, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Difahamkan makanan itu disediakan pihak luar yang ditempah oleh penganjur program berkenaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ketua Balai Gombak, Inspektor Heirme Che Mad di talian 014-2389151 atau pegawai penyiasat, Inspektor Khalpna Rajandhiran (012-5018901) atau mana-mana balai polis berhampiran.
Umavathi Ramayah
Tue Jun 11 2024
![Bihun, telur goreng tercemar ragut nyawa pelajar tingkatan 5, kanak-kanak 2 tahun Bihun, telur goreng tercemar ragut nyawa pelajar tingkatan 5, kanak-kanak 2 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718081636_NoorArrifinMohamad.jpg)
Asisten Komisioner Noor Arrifin Mohamad Nasir berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia dua hari selepas dipercayai makan makanan tercemar itu. - Gambar fail
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
![13 murid alami keracunan makanan 13 murid alami keracunan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732806358_KeracunanPoisoning.jpg)
13 murid alami keracunan makanan
Seramai 13 murid Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar keracunan selepas makan makanan yang disediakan di kantin sekolah itu.
![34 jatuh sakit dalam penerbangan dari Guam ke Jepun, disyaki akibat keracunan makanan 34 jatuh sakit dalam penerbangan dari Guam ke Jepun, disyaki akibat keracunan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731060729_JapanAirlines.jpg)
34 jatuh sakit dalam penerbangan dari Guam ke Jepun, disyaki akibat keracunan makanan
Seramai 34 penumpang dalam dua penerbangan yang membawa sekumpulan pelajar sekolah menengah dari Guam ke Jepun mengalami gejala disyaki akibat keracunan makanan, lapor Agensi Berita Kyodo.
![22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan 22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731046038_keracunanmakanan.jpg)
22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.
![Lebih 100 pelanggan alami keracunan makanan selepas makan di restoran Lebih 100 pelanggan alami keracunan makanan selepas makan di restoran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718855081_SakitPerut.jpg)
Lebih 100 pelanggan alami keracunan makanan selepas makan di restoran
Laporan berkaitan kejadian itu diterima oleh PKD Kota Bharu daripada klinik swasta dan hospital kerajaan yang merawat pesakit terbabit.
![Keracunan makanan: Pengusaha kantin SK Chepor akan didakwa - Exco Keracunan makanan: Pengusaha kantin SK Chepor akan didakwa - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51727768319_Sivanesan.jpg)
Keracunan makanan: Pengusaha kantin SK Chepor akan didakwa - Exco
Pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor bakal dikenakan tindakan perundangan susulan kejadian keracunan makanan 25 Sept lepas.
!['MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih 'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727436866_MRSMTerendakterdai.jpg)
'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih
MRSM Terendak yang mempunyai 663 pelajar itu adalah yang paling teruk pernah dilawatinya, sehingga terdapat najis tikus di dapur masak Dewan Selera sekolah berkenaan.
![Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727435585_DrAsyrafWajdiDusu.jpg)
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
![Keracunan makanan: Kantin SK Chepor diarah tutup dua minggu Keracunan makanan: Kantin SK Chepor diarah tutup dua minggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727318577_FeisulIdzwanMustap.jpg)
Keracunan makanan: Kantin SK Chepor diarah tutup dua minggu
Arahan itu dikeluarkan apabila pemeriksaan semalam mendapati penilaian premis makanan berasaskan risiko adalah tidak memuaskan.
![86 murid SK Chepor keracunan makanan 86 murid SK Chepor keracunan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727263480_KhairudinAbuHanipa.jpg)
86 murid SK Chepor keracunan makanan
Difahamkan, kesemua mangsa mengalami gejala sakit perut, muntah, cirit birit dan sakit kepala selepas makan beberapa jenis makanan ketika waktu rehat.
![JKNT rekod 33 episod keracunan makanan setakat Ogos lepas JKNT rekod 33 episod keracunan makanan setakat Ogos lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726918744_kasemaniembong.jpg)
JKNT rekod 33 episod keracunan makanan setakat Ogos lepas
Sebanyak 33 episod keracunan makanan direkodkan di Terengganu sejak Januari hingga Ogos lepas.