Ahli Pas yang sanggup melelong sehelai baju-T vintaj untuk membantu kos guaman dalam kes saman terhadap Sarawak Report di United Kingdom menerima dengan terbuka keputusan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah.
Wan Shafiq Wan Abdul Rahman, 29 tahun, yang berjaya menjual sehelai baju-T vintaj kumpulan rock The Rolling Stones pada harga RM600, berkata jauh di lubuk hatinya sememangnya tidak mahu Abdul Hadi meneruskan kes saman tersebut kerana ia melibatkan kos yang tinggi.
Namun, kata Wan Shafiq disebabkan Abdul Hadi ingin meneruskan saman terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown, sebagai ahli parti yang setia, dia cuba membantu dengan caranya.
"Kalau sudah tidak jadi saman tak mengapalah, tak perlu lagi saya 'korbankan' t-shirt yang lain pulak.
"RM400 ribu itu besar jumlahnya dan dengan jumlah tersebut macam-macam program boleh dibuat," katanya ketika dihubungi oleh Astro AWANI.
Wan Shafiq menjelaskan dia langsung tidak menyesal biarpun Abdul Hadi memutuskan untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah selepas dia menjual baju-T vintagenya itu.
"Tidak ada sekelumit pun rasa terkilan atau menyesal menjual t-shirt The Rolling Stones itu.
"Saya memang sayang t-shirt saya, tapi perjuangan yang Tuan Guru Abdul Hadi bawa ini, lagi saya sayang," katanya lagi.
Awal Januari lepas, Naib Presiden Pas Idris Ahmad membuat rayuan umum untuk mengumpul dana bagi menampung kos guaman kes saman Abdul Hadi terhadap Clare.
Namun, pada 2 Februari lalu, Abdul Hadi memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terhadap Clare di luar mahkamah di London, United Kingdom.
BACA: Pas rayu bantu tampung kos saman Sarawak Report
BACA: Lelong T-shirt vintage untuk bantu Pas
BACA: Presiden Pas, Hadi Awang tarik balik tuntutan saman terhadap Rewcastle Brown
BACA: Pas tak kisah artikel Sarawak Report tak diturunkan
Irwan Muhammad Zain
Sun Feb 03 2019
!['Bila tarik balik saman, tak perlu lagi saya jual baju-T lain' - Ahli Pas 'Bila tarik balik saman, tak perlu lagi saya jual baju-T lain' - Ahli Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71546910640_TBLELONGBAJU.jpg)
Wan Shafiq menjelaskan dia langsung tidak menyesal biarpun Abdul Hadi memutuskan untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah selepas dia menjual baju-T vintagenya itu. - Gambar fail
![Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739602867_AmirHamzah.jpg)
Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukan hanya membantu penerima yang layak menangani kos sara hidup tetapi juga turut merancakkan ekonomi setempat.
OpenAI tolak bidaan USD97.4 bilion daripada konsortium diterajui Musk
Pengendali ChatGPT, OpenAI, menolak bidaan bernilai AS$97.4 bilion (RM431.8 bilion) daripada konsortium diterajui oleh bilionair Elon Musk, dengan alasan bahawa syarikat pemula itu bukan untuk dijual.
Joehari Ayub sah presiden baharu FAM
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.
Beliau menang tanpa bertanding selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan itu pada kongres pemilihan FAM penggal 2025-2029 yang berlangsung pada Sabtu.
Beliau menang tanpa bertanding selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan itu pada kongres pemilihan FAM penggal 2025-2029 yang berlangsung pada Sabtu.
Ada banyak jawatankuasa boleh bincang isu hal ehwal bukan Islam
Tiada keperluan untuk mewujudkan portfolio menteri yang menjaga hal ehwal agama bukan Islam.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
Kerajaan MADANI tidak pinggir mana-mana kaum
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun wujud dakwaan beliau hanya mementingkan kaum tertentu, khususnya Melayu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan bersifat adil kepada semua.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun wujud dakwaan beliau hanya mementingkan kaum tertentu, khususnya Melayu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan bersifat adil kepada semua.
![Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739606304_SaifuddinNasutionI.jpg)
Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin
Maritim Malaysia sedang menjalankan siasatan dalaman dari pelbagai sudut termasuk aspek SOP berhubung insiden di perairan Tanjung Rhu, Selangor.
Kes tembak Tg Rhu: Siasatan libat SOP penggunaan senjata api
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan siasatan secara terperinci termasuk aspek prosedur operasi standard (SOP) penggunaan senjata api berhubung insiden tembakan membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, dekat Banting, Selangor pada 24 Januari lalu.
Semak Akta SOSMA, teliti hak asasi manusia keselamatan negara
Kementerian dalam negeri akan menjelaskan keputusan kerajaan untuk meneliti semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Parlimen minggu hadapan.
[TERKINI] Suspek kes bunuh Norshamira direman tujuh hari
Seorang lelaki berusia 53 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang peniaga wanita di tepi sungai Kuantan, direman selama tujuh hari
![Hamas, warga Gaza berkumpul menjelang pembebasan tiga tebusan Hamas, warga Gaza berkumpul menjelang pembebasan tiga tebusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739604378_hostagerelease.jpg)
Hamas, warga Gaza berkumpul menjelang pembebasan tiga tebusan
Angggota Hamas dan penduduk tempatan berkumpul di bandar selatan Gaza, Khan Younis menjelang pembebasan tiga tebusan yang dijangka berlaku pada Sabtu.
![Saman fitnah Sultanah Nur Zahirah terhadap editor Sarawak Report diteruskan Saman fitnah Sultanah Nur Zahirah terhadap editor Sarawak Report diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51648469749_sultanahnurzahirah.jpg)
Saman fitnah Sultanah Nur Zahirah terhadap editor Sarawak Report diteruskan
Ia keputusan pesuruhjaya kehakiman John Lee pada Isnin yang menolak permohonan Rewcastle Brown untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu pelupusan prosiding jenayahnya.
!['Apa kesalahan Sajat, Rewcastle Brown? Tolonglah cari Jho Low ...' - RSN Rayer 'Apa kesalahan Sajat, Rewcastle Brown? Tolonglah cari Jho Low ...' - RSN Rayer](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41632825032_RSRayer.jpg)
'Apa kesalahan Sajat, Rewcastle Brown? Tolonglah cari Jho Low ...' - RSN Rayer
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengubah tumpuan dalam mencari individu yang dikehendaki.
![Saman Sarawak Report: Rayuan Rewcastle Brown didengar 26 Nov Saman Sarawak Report: Rayuan Rewcastle Brown didengar 26 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41604399448_ClareRewcastleBrow.jpg)
Saman Sarawak Report: Rayuan Rewcastle Brown didengar 26 Nov
Peguam Rewcastle Brown, Americk Sidhu dan peguam Sultanah Nur Zahirah, Datuk Mohd Haaziq Pillay Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan tarikh pendengaran rayuan itu.
![Kes SRC Najib: Clare sifatkan perbicaraan sebagai menarik Kes SRC Najib: Clare sifatkan perbicaraan sebagai menarik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/61554288603_najibrazak.jpg)
Kes SRC Najib: Clare sifatkan perbicaraan sebagai "menarik"
Clare Rewcastle Brown sifatkan perbicaraan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razal sebagai "menarik"
!['Pas, saya tidak bayar Rewcastle Brown RM1.4juta' - Hadi 'Pas, saya tidak bayar Rewcastle Brown RM1.4juta' - Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61551933108_HajiHadiAwang.jpg)
'Pas, saya tidak bayar Rewcastle Brown RM1.4juta' - Hadi
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan tiada bayaran sebanyak RM1.4 juta dibuat seperti dakwaan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
![Rafizi dedah akaun digunakan Hadi Awang wujud Rafizi dedah akaun digunakan Hadi Awang wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61551434684_RafiziRamli.jpg)
Rafizi dedah akaun digunakan Hadi Awang wujud
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan kewujudan akaun yang digunakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membayar Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown RM1.4 juta.
![Isu terima dana dari BN, SPRM siasat bekas pemimpin Pas Isu terima dana dari BN, SPRM siasat bekas pemimpin Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71534165008_SPRM.jpg)
Isu terima dana dari BN, SPRM siasat bekas pemimpin Pas
Siasatan masih diteruskan terhadap isu PAS terima dana daripada kerajaan terdahulu.
![Setiausaha Agung Pas beri keterangan di SPRM Setiausaha Agung Pas beri keterangan di SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/51551326675_PAS.jpg)
Setiausaha Agung Pas beri keterangan di SPRM
Pemimpin Pas itu tiba pada kira-kira 9.20 pagi, menurut sumber SPRM kepada media yang menunggu di luar ibu pejabat SPRM di sini.
![Hadi bayar RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report - Anwar Hadi bayar RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81551282233_AnwarIbrahimPRK.jpg)
Hadi bayar RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report - Anwar
Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai bukti berbentuk penyata bank bahawa Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membayar RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
![Isu dana RM90 juta: SPRM harus dirombak semula - Khairuddin Isu dana RM90 juta: SPRM harus dirombak semula - Khairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41526177414_KHAIRUDDINABU.jpg)
Isu dana RM90 juta: SPRM harus dirombak semula - Khairuddin
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya dirombak semula akibat masalah integriti dan persepsi rakyat yang masih negatif terhadap badan itu sendiri kini.