KUANTAN: Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1), ANIH Berhad menjangkakan jumlah kenderaan yang banyak di lebuh raya tersebut hujung minggu ini, sempena cuti umum Hari Wesak.
Pengurus Besar Kanan Ketua ANIH Berhad Radzimah Mohd Radzi berkata bermula hari ini hingga Isnin (16 Mei), pihaknya menjangkakan 160,000 kenderaan akan menggunakan Lebuhraya KLK manakala LPT1 akan merekodkan 60,000 kenderaan.
"Sehubungan itu, pengguna yang bakal memulakan perjalanan pada Sabtu diingatkan untuk masuk ke lebuh raya sebelum 9 pagi bagi memastikan perjalanan yang lebih selesa disebabkan keadaan trafik di Lebuhraya KLK sentiasa menunjukkan peningkatan setiap hujung minggu.
"ANIH Berhad juga mengingatkan pengguna lebuh raya untuk berhati-hati dan memandu dengan berhemah, cermat serta sabar demi keselesaan dan keselamatan semua," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Pengguna juga dinasihatkan memastikan baki e-wallet, Touch n'Go dan SmartTag mereka mencukupi untuk perjalanan yang lancar.
Untuk mendapatkan maklumat terkini, boleh melayari laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia dan ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik, Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM 1800-88-7752 dan LPT-Line di talian 1-700-818-700.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022
Sebanyak 160,000 kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya KLK manakala LPT1 akan merekodkan 60,000 kenderaan. - Gambar fail/ Twitter @LLMinfotrafik
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Gencatan senjata di Gaza bawa harapan yang sangat diperlukan - IOM
Amy Pope berkata skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah "amat besar," dan menyeru usaha yang "mendesak dan bersatu" serta sokongan berskala besar di semua peringkat.
KPDN keluar notis kepada peniaga jual gulai kambing harga 'kayangan'
KPDN mengeluarkan notis bertulis kepada pemilik perniagaan yang tular di media sosial kerana disyaki menjual gulai kambing pada harga tidak munasabah.
Festival Sarkas Antarabangsa Monte Carlo ke-47 bermula
Artis sarkas dari seluruh dunia berkumpul setiap tahun di Monaco untuk meraih hadiah pada festival itu.
Pertunjukan tanglung Zigong rai warisan budaya
Pertunjukan tanglung antarabangsa Zigong ke-31 yang membuka tirainya sejak Jumaat lalu terus meriah dengan kehadiran pengunjung yang hadir dari pelbagai lokasi. Ia menampilkan karya-karya tanglung yang kreatif, menarik serta rekaan tanglung gergasi yang mempesonakan.
Tiada kesesakan luar biasa di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama masih terkawal dan tiada kesesakan luar biasa berlaku setakat 10.30 malam ini.
Bilangan kenderaan dijangka meningkat di Lebuhraya Karak, LPT1 hujung minggu ini
Sebanyak 160,000 kenderaan akan menggunakan Lebuhraya KLK manakala LPT1 akan merekodkan 60,000 kenderaan.
Aidilfitri: Usah tergesa-gesa, biar lambat asal selamat - Najib
Najib menasihati pemandu agar mengikuti waktu perjalanan yang telah dicadangkan supaya dapat mengelak daripada terlibat dalam kesesakan di lebuh raya utama negara.
Aliran trafik di beberapa lebuh raya masih bergerak perlahan malam ini
PLUS dan LLM menasihati pengguna lebuh raya supaya memandu dengan berhati-hati dalam cuaca hujan selain mengawasi jarak keselamatan kenderaan.