Lebih ramai pelancong dijangka menaiki Langkawi SkyCab, sebuah sistem kereta kabel yang dikendalikan oleh Panorama Langkawi Sdn Bhd di sini tahun ini, meskipun berlaku satu insiden kerosakan sistem kereta kabel berkenaan pada Februari lepas.
Pengarah Panorama Langkawi Datuk Azizan Noordin berkata perjalanan menaiki kereta kabel yang menjadi tarikan utama pelancong di pulau ini sejak lebih 15 tahun lepas, disasarkan untuk menerima 1.5 juta pengunjung berbanding 1.2 juta yang direkodkan tahun lepas.
"Berdasarkan bilangan pelancong yang datang selepas kejadian itu Februari lepas, ternyata ia tidak memberi sebarang kesan negatif dan tidak menghalang pelancong daripada terus menaiki kereta kabel itu," katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa anjuran Panorama Langkawi malam tadi.
Dalam kejadian 18 Februari itu, seramai 1,048 pelancong dan 78 kakitangan terkandas di puncak gunung serta di dalam kereta kabel apabila sistem mengalami kerosakan. Bagaimanapun, kesemua mereka selamat dibawa turun kira-kira tujuh jam kemudian.
Beliau berkata sejak kejadian itu, selain menggantikan bahagian dan kabel yang rosak, penyelenggaraan menyeluruh dilakukan oleh pembekal sistem, Doppelmayr Garaventa Group dari Austria.
Menurut Azizan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) iaitu badan induk kepada Panorama Langkawi, ciri-ciri keselamatan tambahan seperti kemudahan telekomunikasi dan papan tanda keselamatan dalam pelbagai bahasa turut diadakan.
Beliau berkata sehari selepas kejadian itu, kira-kira 6,000 orang mendaftar untuk menaiki kereta kabel berkenaan dan angka itu terus berada dalam lingkungan sama dalam tempoh beberapa bulan seterusnya.
"Kami juga merancang untuk membawa sistem hiburan sebagai tarikan tambahan kepada perjalanan menaiki kereta kabel dan kami akan terus menaik tarafnya untuk memenuhi piawaian keselamatan tertinggi," katanya.
Sebagai sebuah produk yang telah menarik pelancong terbesar ke Langkawi sejak beberapa tahun lepas, beliau berkata Langkawi SkyCab akan terus menjadi pengukur bagi menilai minat pelancong dan untuk menerajui promosi produk lain di pulau ini.
"Tahun lepas, pelancong luar dari China, India dan negara Timur Tengah menyumbang 60 peratus kepada kadar penumpang. Kami berhasrat untuk meningkatkannya kepada 70 peratus tahun ini melalui promosi berterusan kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 12 2018

Langkawi SkyCab terus menjadi pengukur bagi menilai minat pelancong dan untuk menerajui promosi produk lain di pulau ini. - Bernama

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

Lima juta pelancong dijangka kunjungi Langkawi pada 2020
Jumlah pelancong ke Pulau Langkawi dijangka meningkat kepada lima juta orang pada 2020 hasil penganjuran Travel Mart 2018.

Kereta kabel terkandas: 89 pelancong selamat dibawa turun
Pasukan teknikel terpaska menggunakan usaha secara manual bagi menggerakkan kereta kabel turun ke base station.

Perkhidmatan bas pelancongan 'Hop-On Hop-Off' dijangka diperluas ke Pulau Pinang
Pulau Pinang mempunyai potensi untuk diadakan perkhidmatan bas pelancongan 'Hop-On Hop-Off' kerana terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati oleh pelancong.