SEPANG: Pelumba dari Afrika Selatan Brad Binder mencatatkan masa terpantas pada dua sesi latihan bebas menjelang Kejuaraan Motosikal Dunia Grand Prix Malaysia 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini semalam.
Pelumba Red Bull KTM Factory Racing itu mencatatkan masa terpantas satu minit dan 59.479 saat (s) dalam sesi latihan bebas 1 (FP1) pada sebelah pagi, sebelum hujan lebat menyebabkan sesi latihan bebas 2 (FP2) tergendala pada sebelah petang.
Binder 0.097s lebih pantas daripada pelumba Team SUZUKI ECSTAR Alex Rins yang berada pada kedudukan kedua pada sesi sebelah pagi.
Juara dunia enam kali Marc Marquez dari Repsol Honda Team mencatatkan masa ketiga terpantas iaitu hanya 0.144s di belakang Alex, manakala Enea Bastianini dari Gresini Racing MotoGP di tempat keempat dengan 1:59.875s.
Juara bertahan Fabio Quartararo dari Monster Energy Yamaha MotoGP menduduki tempat ketujuh dengan 2:00.543s manakala pendahulu carta kejohanan Francesco Bagnaia of Ducati Lenovo Team gagal tersenarai dalam 10 terpantas, ketinggalan hanya 0.003s dalam sesi pertama.
Bagnaia kini mendahului kejohanan dengan 14 mata dengan berbaki dua perlumbaan musim ini dan berpeluang untuk bergelar juara dunia jika beliau menang di Sepang dan meraih sekurang-kurangnya kedudukan keempat di Quartararo.
Sesi pagi berjalan lancar, namun hujan lebat pada tengah hari menyebabkan sesi kedua tergendala dan menjejaskan masa yang dicatat pelumba Moto2 dan kelas Premier.
Dalam Moto2, Augusto Fernandez dari Red Bull KTM Ajo melakukan masa terpantas 2:06.816s dalam FP1 manakala rakan sepasukannnya Pedro Acosta di tempat kedua (2:07.644s) dan pelumba Elf Marc VDS Racing Team, Tony Arbolino di tempat ketiga dengan 2:07.867s.
Dua pelumba kebangsaan Azroy Hakeem Anuar dan Kasma Daniel Kasmayudin yang memegang slot wild card untuk kelas Moto2, masing-masing merekodkan 2:11.216s dalam FP1 dan 2:12.071s (FP2) sekali gus berada pada kedudukan dua terakhir.
"Saya berdepan masalah teknikal pada FP1 apabila motosikal hidup tapi tak boleh pulas pendikit dan pada FP2 pula jentera dah ok, tetapi saya cuma dapat dua pusingan dalam keadaan litar kering sebelum hujan lebat. Saya harap semua akan bertambah baik esok," kata Kasma Daniel.
Sementara itu, dalam kategori Moto3, seorang lagi pelumba wild card kebangsaan Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok menjadi pelumba ke-16 terpantas dengan merekodkan 2:13.448s dalam FP1, manakala Dennis Foggia dari Leopard Racing mengungguli sesi latihan dengan masa 2:12.348s juga dalam FP1.
"Semasa FP1 saya rasa kuat dan juga yakin dengan jentera, tetapi ketika FP2 cuaca sangat panas dan saya cuba untuk cari penalaan terbaik untuk jentera namun ada masalah dengan cengkaman dan saya cuba buat long run dan berharap pasukan dapat perbaiki segala masalah esok untuk terus ke Q2," kata Damok.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2022

Pelumba Red Bull KTM Factory Racing itu mencatatkan masa terpantas satu minit dan 59.479 saat (s) dalam sesi latihan bebas 1 (FP1) pada sebelah pagi. - Gambar fail/ Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.

MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.

MotoGP: Jorge Martin akhiri musim penuh gaya bergelar juara
Jorge Martin berjaya mengakhiri perlumbaan di podium tertinggi kejuaraan berprestij itu.

Barcelona mungkin anjur perlumbaan kemuncak MotoGP 2024 - Dorna Sports
Ezpeleta berkata mereka sedang berbincang dengan kerajaan Catalonia untuk mengadakan perlumbaan terakhir di lokasi berkenaan.

MotoGP perlumbaan Barcelona agak mencabar - Bagnaia
Pelumba kelahiran Itali itu mengakui cabaran Litar de Catalunya selepas melalui pengalaman terjatuh di litar berkenaan pada Jun lalu.

PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa hadir ke perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.

Malaysia bukan destinasi kemuncak MotoGP - Azhan
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkemungkinan tidak menganjurkan pusingan kemuncak Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang sepatutnya berlangsung di Valencia.

MotoGP: Khairul Idham Pawi patah tangan kiri, terlepas perlumbaan sebenar esok
Khairul Idham Pawi dan Helmi Azman terlibat dalam kemalangan pada penghujung perlumbaan pusingan kelayakan 1 bagi kelas Moto2 MotoGP Malaysia.

MotoGP: Bagnaia pecahkan rekod sepusingan SIC, duduki petak pertama
Juara Dunia Francesco Bagnaia yang sekali lagi mencatatkan rekod baharu sepusingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang.

FIM MiniGP Malaysia: Qabil Irfan sedia gegar Sepang
Walaupun masih berusia 12 tahun, dia optimis dengan latihan yang secukupnya mampu meningkatkan penggalamannya.