Kerana bingit mendengar tangisan bayinya, seorang bapa tergamak bertindak menghentak bayinya ke lantai sehingga bayi itu koma, dan mengalami pendarahan otak.
Tindakan itu bagaimanapun mendapat pembalasan selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas lelaki tersebut, Mohd Amri Ismail, 29.
Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhkan hukuman tersebut ke atas gelandangan yang mengaku bersalah atas tuduhan cubaan membunuh bayi berusia empat bulan.
Ketika membuat keputusan itu, Zaman berkata, tindakan tertuduh boleh menyebabkan bayi yang masih kecil itu meninggal dunia.
“Mesej yang jelas perlu disampaikan kepada masyarakat agar penderaan kanak-kanak tidak menjadi kes yang berterusan,” katanya.
Mengikut pertuduhan, Mohd Amri didakwa telah melakukan cubaan bunuh bayi yang juga anak kandungnya itu yang menyebabkan kecederaan iaitu pendarahan otak akibat dihentak ke lantai.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik tingkat 2, Jalan Lorong Haji Taib Chow Kit jam 7.30 petang, 4 November 2017.
Dakwaan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan boleh didenda dan jika kesalahan itu menyebabkan kecederaan, dia boleh di penjara sehingga 20 tahun.
Sementara itu berdasarkan fakta kes, seorang doktor yang juga pengadu dalam kes itu menerima seorang pesakit iaitu seorang bayi daripada seorang ibu angkat yang memaklumkan bayi tersebut jatuh.
Hasil CT Scan ke atas mangsa mendapati terdapat pendarahan pada otak bayi tersebut dan berada dalam keadaan koma.
Hasil siasatan, didapati bapa kandung bayi itu telah menjaganya ketika ibu angkatnya tiada, dan kejadian tersebut telah dilihat oleh bapa angkat bayi tersebut.
Pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal agar dapat memberi pengajaran kepada masyarakat kerana terdapat banyak kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak.
“Sewajarnya seorang bapa menjaga dan melindungi anaknya namun tertuduh seolah-olah tidak sedar kelakuannya walaupun telah dihalang oleh abang angkatnya,” katanya.
Sinar Harian
Sat Mar 10 2018
!['Bingit' dengar tangisan, bapa hentak bayi sendiri ke lantai hingga koma 'Bingit' dengar tangisan, bapa hentak bayi sendiri ke lantai hingga koma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41520648887_campakbayi.jpg)
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas lelaki tersebut, Mohd Amri Ismail, 29. - Foto Sinar Harian
Kem. Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli tahun ini – Rafizi
Rafizi berkata ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk merangsang sumbangan gas asli bernilai RM52 bilion kepada pertumbuhan ekonomi menerusi pelan hala tuju itu.
![Ciri penterjemahan teks terbina WhatsApp akan diproses terus dari peranti Ciri penterjemahan teks terbina WhatsApp akan diproses terus dari peranti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739431249_WhatsApp.jpg)
Ciri penterjemahan teks terbina WhatsApp akan diproses terus dari peranti
Pengguna dilihat perlu memuat turun pek bahasa pilihan, selepas selesai semua teks perbualan atau dari dalam saluran boleh diterjemah secara automatik.
Industri gas: Akses kepada pembiayaan cabaran peralihan tenaga lebih mampan
Malaysia serta negara setara di rantau ini yang amat bergantung kepada gas asli, yang telah dikenal pasti untuk pertumbuhan sosioekonomi.
AirAsia X: Penumpang melonjak 41% kepada lebih 4 juta pada 2024
Kapasiti tempat duduk juga meningkat sebanyak 35% tahun ke tahun kepada 4.8 juta tempat duduk tahun lepas.
KDNK 2024: Ekonomi dijangka kukuh, menepati unjuran
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang hingga 5.3% pada 2024, namun cabaran ketidaktentuan global pada 2025 menuntut persediaan kerajaan.
Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
Golongan pelajar asnaf yang terpilih sebagai penerima biasiswa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) harus menggunakan peluang itu sebaik mungkin untuk mengubah nasib diri dan keluarga mereka yang terbelenggu dengan kemiskinan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, selain itu mereka juga diseru untuk terus menunjukkan akhlak yang baik, sebagai sebahagian daripada usaha menunjukkan keluhuran Islam kepada golongan bukan Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, selain itu mereka juga diseru untuk terus menunjukkan akhlak yang baik, sebagai sebahagian daripada usaha menunjukkan keluhuran Islam kepada golongan bukan Islam.
![Lelaki maut, motosikal kuasa tinggi terbakar dalam nahas dua kenderaan Lelaki maut, motosikal kuasa tinggi terbakar dalam nahas dua kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739439974_tbmautkemalangan.jpg)
Lelaki maut, motosikal kuasa tinggi terbakar dalam nahas dua kenderaan
Motosikal mangsa musnah 90 peratus akibat perlanggaran.
![Finas, JTK bekerjasama turun padang pantau pematuhan syarat penerbitan filem, drama Finas, JTK bekerjasama turun padang pantau pematuhan syarat penerbitan filem, drama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709803558_TBAZMIRSAIFUDDIN.jpg)
Finas, JTK bekerjasama turun padang pantau pematuhan syarat penerbitan filem, drama
Finas akan bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi memantau pematuhan kepada syarat-syarat penerbitan filem atau drama di negara ini.
![Tiada kenaikan harga LPG Petros di Sarawak Tiada kenaikan harga LPG Petros di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715597513_petros.jpg)
Tiada kenaikan harga LPG Petros di Sarawak
Tiada kenaikan harga bagi gas petroleum cecair (LPG) Petros di seluruh negeri ini walaupun berlaku gangguan bekalan akibat banjir di Bintulu baru-baru ini.
![Penipuan pelaburan: Pesara rugi RM1.7 juta diperdaya 'Profesor' Penipuan pelaburan: Pesara rugi RM1.7 juta diperdaya 'Profesor'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738999305_HusseinOmarKhan.jpg)
Penipuan pelaburan: Pesara rugi RM1.7 juta diperdaya 'Profesor'
Mangsa dijanjikan pulangan lumayan dan membuat 16 transaksi melibatkan enam akaun bank berbeza.
![Sumbang mahram: Bapa durjana dipenjara 15 tahun, lima sebatan Sumbang mahram: Bapa durjana dipenjara 15 tahun, lima sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734668333_TBCourtHammer.jpg)
Sumbang mahram: Bapa durjana dipenjara 15 tahun, lima sebatan
Perbuatan keji seorang bapa melakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya yang berusia 11 tahun terbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima sebatan.
![Bapa MK K-Clique meninggal dunia Bapa MK K-Clique meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729999797_TBMKClique.jpg)
Bapa MK K-Clique meninggal dunia
PENYANYI rap, MK K-Clique memaklumkan bahawa bapanya, Hamdan Abdul Razak telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Ahad.
![Faisal Halim sudah mula lakukan senaman ringan - Bapa Faisal Halim sudah mula lakukan senaman ringan - Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719637393_BapakepadaFaisalH.jpg)
Faisal Halim sudah mula lakukan senaman ringan - Bapa
Pemain Selangor FC, Faisal Halim sudah mula melakukan senaman ringan di samping meneruskan sesi fisioterapi, kata bapanya.
![Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/41442737822_kemalangan.jpg)
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
![Lelaki rogol anak kandung hingga lahir dua anak Lelaki rogol anak kandung hingga lahir dua anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705748685_WanitaTrauma.jpg)
Lelaki rogol anak kandung hingga lahir dua anak
Perbuatan suspek berusia 40-an itu terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 20 tahun membuat laporan polis.
![Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713498777_Bbunuhbabyjpg.jpg)
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
![Bapa tumbuk anak mengaku tidak bersalah miliki parang Bapa tumbuk anak mengaku tidak bersalah miliki parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699241196_Lelaki.jpg)
Bapa tumbuk anak mengaku tidak bersalah miliki parang
Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.
![Remy Ishak kini bergelar bapa Remy Ishak kini bergelar bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690435550_IGjadibapa.jpg)
Remy Ishak kini bergelar bapa
Pelakon Remy Ishak mengumumkan isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada pukul 11.17 pagi ini di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
![Aliff Syukri seronok jual durian serendah RM5 sekilo! Aliff Syukri seronok jual durian serendah RM5 sekilo!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686358843_DatukAliffSyukri.jpg)
Aliff Syukri seronok jual durian serendah RM5 sekilo!
Aliff Syukri juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada yang membeli.
![Sebak tonton persembahan 'Januari', Dina Nadzir bakal teruskan perjuangan di GV9 Sebak tonton persembahan 'Januari', Dina Nadzir bakal teruskan perjuangan di GV9](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666682623_DINANADZIR.jpg)
Sebak tonton persembahan 'Januari', Dina Nadzir bakal teruskan perjuangan di GV9
Lebih membuatkan Dina terharu apabila Jaclyn Victor berkunjung ke rumahnya di Johor Bahru pada hari Isnin untuk memberi semangat.